ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  AZBIL MEMPERKENALKAN MODEM HART PINTAR MODEL AZ-1SHM DENGAN FUNGSI BEKALAN KUASA UNTUK RESOLUSI PANTAS BAGI MASALAH KOMUNIKASI DALAM PERANTI MEDAN

Thursday 28/10/2021



Table

Modem HART Pintar model AZ-1SHM (Foto: Business Wire)
 
TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO:6845) mengumumkan keluaran bagi Modem HART Pintar model AZ-1SHM (selepas ini, “1SHM”), yang memudahkan konfigurasi dan pelarasan bagi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART®*¹ di loji dan tapak pembuatan yang lain. 1SHM telah dilancarkan di Jepun dan wilayah lain*² pada 20 Oktober.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005489/en/

Sebuah modem HART ialah sebuah peranti antara muka komunikasi digital untuk menyediakan dan mengkonfigurasi peranti medan yang mematuhi komunikasi HART seperti penderia dan injap (“peranti HART”), yang dipasang dalam jumlah besar di tapak pembuatan. Dalam sebuah loji baharu atau diperluaskan atau semasa penyelenggaraan penutupan, kakitangan penyelenggaraan menyambungkan sebuah peranti hos melalui modem HART kepada peranti HART untuk mengkonfigurasi pelbagai parameter. Dalam sesetengah kes, satu masalah yang berkaitan dengan pendawaian, persekitaran sambungan, keserasian peranti atau bekalan kuasa mungkin menghalang satu sambungan. Untuk menyiasat dan mengurangkan masalah itu, bekalan kuasa, osiloskop atau peralatan lain mungkin diperlukan. Selain itu, peranti medan kadangkala dipasang di tempat yang sukar untuk dicapai, sekali gus meletakkan pekerja dalam keadaan bahaya.

1SHM baharu itu menyelesaikan masalah ini. Selain fungsi antara muka komunikasi, ia dilengkapi dengan fungsi untuk mengenal pasti punca masalah komunikasi semasa konfigurasi dan persediaan. Ia juga mempunyai sambungan wayarles dan fungsi bekalan kuasa, yang membolehkan penyelenggaraan yang lebih cekap dan selamat. Memandangkan modem itu boleh digunakan dengan peranti HART Azbil dan peranti syarikat lain, pekerja penyelenggaraan boleh menangani masalah komunikasi dengan selamat dan pantas dengan menggunakan satu unit tunggal 1SHM.

Produk ini telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Baik 2020 di Jepun dan Anugerah Red Dot 2021 di Jerman.

Ciri-ciri

1. LED untuk pemahaman pantas bagi status peranti
LED hadapan membolehkan pengguna untuk melihat dengan serta merta status kuasa dan komunikasi. Kesilapan asas yang menyebabkan masalah sambungan (tiada bekalan kuasa, ketidakserasian, dll.) dapat dikesan dengan cepat.
 
2. Diagnosis masalah komunikasi
Satu unit tunggal 1SHM dan perisian yang disertakan menyediakan fungsi yang lazimnya memerlukan peralatan khusus (osiloskop, monitor protokol, dll.), termasuk memaparkan bentuk gelombang komunikasi, tahap bunyi dan data komunikasi. Pekerja boleh mengenal pasti punca masalah komunikasi dengan cepat dan mengurangkan masa henti.
 
3. Kuasa untuk peranti medan
1SHM itu boleh menghidupkan sebuah peranti HART, sekali gus memastikan persediaan dan konfigurasi yang boleh dipercayai.
 
4. Sambungan wayarles ke hos
Peranti medan kadangkala sukar untuk dicapai. Selain itu, persekitaran kerja mungkin bertambah buruk disebabkan oleh keadaan cuaca, dan kerja penyelenggaraan di tempat yang lebih selamat dan selesa mungkin diinginkan. 1SHM itu boleh menyambung kepada peranti hos secara wayarles melalui Bluetooth Classic, oleh itu pengguna boleh bekerja di tempat yang selamat dengan selesa tanpa dihadkan oleh jarak kabel.
 
5. Reka bentuk yang mudah difahami dan mudah dilihat dengan mengambil kira ergonomik
Reka bentuk ergonomik menawarkan kebolehgunaan dan penglihatan yang tinggi.

Sasaran jualan:

Tahun Fiskal 2021: 250 unit
Tahun Fiskal 2022: 1,000 unit
Tahun Fiskal 2023: 1,500 unit

Harga jualan: 100,000 yen (tidak termasuk cukai)

Maklumat produk:
https://www.azbil.com/products/factory/solution/equipment-asset-management/
hart-foundation-fieldbus/hdfs-system/smart-hmodem/index.html


Berpandukan falsafah Kumpulan azbil iaitu “automasi berpusatkan manusia” Azbil berhasrat untuk membuat sumbangan “secara bersiri” kepada sebuah masyarakat yang mapan dan menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan.

 Transduser Jarak Jauh Boleh Alamat Lebuhraya: kaedah komunikasi yang menindih sebuah isyarat digital pada satu isyarat analog 4–20 mA.
 Keluaran Oktober adalah untuk China, Asia Tenggara, Jerman, Amerika Syarikat dan lokasi lain. 1SHM akan tersedia di Korea Selatan pada pertengahan November.

* HART® ialah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Kumpulan FieldComm.
* Bluetooth® ialah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc.

Maklumat mengenai Azbil Corporation
Azbil Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, adalah sebuah syarikat yang terkemuka di dalam bidang automasi bangunan dan perindustrian, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan mereka untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian nilai tambah yang tinggi bagi menjadikan operasi mereka lebih cekap dan mapan. Ditubuhkan pada tahun 1906, Azbil memberi perkhidmatan kepada pelanggan merentasi seluruh dunia di dalam pelbagai jenis industri dan berhasrat untuk menyumbang kepada keselamatan, keselesaan dan kepuasan orang ramai, dan pemuliharaan alam sekitar dunia. Setakat akhir Mac 2021, Azbil mempunyai lebih 10,000 orang pekerja di seluruh dunia dan menjanakan pendapatan sebanyak ¥246 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211028005489/en/

Hubungi

Robert Jones
r.jones.j7@azbil.com
+81-(0)70-4219-9296
Bahagian Perhubungan Awam
Azbil Corporation

Sumber : Azbil Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.