|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
HYATT MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN BAGI APPLE LEISURE GROUP, MEWUJUDKAN PEMIMPIN DUNIA DI DALAM PERJALANAN RIADAH DAN MEWAH YANG TERANGKUM
Wednesday 03/11/2021
Resort dan spa Dreams Las Mareas (Foto: Business Wire)
Berkedudukan Baik untuk Menguasai Permintaan Perjalanan Riadah yang Signifikan dan Berkembang dengan Penawaran Hujung-ke-Hujung yang Dipertingkatkan dan satu Portfolio yang Semakin Dipelbagaikan
Mengesahkan Komitmen Penjualan Aset yang Diperluaskan untuk Menjana satu Hasil Tambahan $2 Bilion menjelang Akhir 2024; Melengkapkan Sepenuhnya Komitmen Sedia Ada
CHICAGO, 3 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini mengumumkan bahawa Hyatt telah melengkapkan pengambilalihan Apple Leisure Group® (ALG) yang diumumkan sebelum ini, sebuah kumpulan perkhidmatan pengurusan resort mewah, pelancongan dan hospitaliti terkemuka, daripada ahli gabungan bagi KKR dan KSL Capital Partners, LLC.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211102005724/en/ Hyatt menggandakan jejak resort global mereka melalui penambahan portfolio jenama AMR™ Collection bagi ALG, yang terdiri daripada kira-kira 100 hotel dan resort yang beroperasi di 10 buah negara, serta satu saluran 24 perjanjian yang dilaksanakan di Amerika dan Eropah. Hasilnya, Hyatt kini menawarkan satu daripada koleksi resort mewah terangkum yang terbesar di dunia, termasuk destinasi baharu untuk Hyatt seperti Acapulco, Curaçao, Kepulauan Canary, Menorca dan St. Martin. Melalui pengambilalihan ini, Hyatt telah menambahkan hartanah di 11 pasaran baharu di Eropah dan mengembangkan jejak jenama mereka di Eropah sebanyak 60%, mengukuhkan potensi pertumbuhan bagi Hyatt di sebuah rantau yang kritikal untuk permintaan perjalanan riadah global.
Di samping itu, Hyatt menawarkan lebih banyak pilihan dan pengalaman bagi tetamu mewah dan pangkalan pelanggan mereka dan meningkatkan pengalaman perjalanan riadah hujung ke hujung melalui:
- Unlimited Vacation Club® oleh AMR™ Collection, sebuah kelab keahlian eksklusif di mana ahlinya menikmati kadar pilihan dan faedah lain di hartanah AMR™ Collection yang mengambil bahagian
- ALG Vacations®, satu daripada penyedia percutian berpakej terbesar dan platform pengedaran perjalanan senggang di Amerika Utara yang berkhidmat untuk Amerika Syarikat, Mexico dan Caribbean
- Amstar, sebuah syarikat pengurusan perkhidmatan destinasi terkemuka
- Trisept Solutions®, sebuah platform teknologi perjalanan senggang yang unik
Hyatt sedang menentukan cara bagaimana program kesetiaan World of Hyatt® dan Unlimited Vacation Club® ALG boleh membawa nilai tambah dan faedah kesetiaan unik kepada pangkalan ahli masing-masing. Hyatt merancang untuk menyepadukan AMR™ Collection ke dalam World of Hyatt pada tahun 2022 supaya ahli boleh memperoleh dan menebus mata World of Hyatt di lebih 100 hotel dan resort AMR™ Collection.
“Pemerolehan Hyatt terhadap ALG melambangkan satu detik yang menentukan jenama dalam sejarah kami lebih 60 tahun dan membina di atas legasi kami sebagai sebuah peneraju hospitaliti,” kata Mark Hoplamazian, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Hyatt. “Hyatt dan ALG mempunyai portfolio jenama yang saling melengkapi dan berkongsi komitmen yang mendalam terhadap pengalaman rakan sekerja dan tetamu yang tertumpu kepada penjagaan. Setelah pertama kali memasuki ruang terangkum mewah yang berkembang pesat pada tahun 2013, kami berada pada kedudukan yang ideal untuk menguasai permintaan yang signifikan dan meningkat bagi perjalanan riadah dan melanjutkan layanan bertaraf dunia yang kami sediakan kepada pelbagai pengembara baharu. Kami teruja untuk mengalu-alukan pasukan ALG ke dalam keluarga Hyatt, dan berharap dapat bekerjasama untuk mencapai tahap pertumbuhan baharu dan penciptaan nilai untuk semua pihak yang berkepentingan – termasuk pemegang saham, pemilik, pelanggan, tetamu, ahli dan rakan sekerja kami.”
“Hari ini menandakan permulaan bagi bab ALG seterusnya, di mana kami akan terus membina di atas kesetiaan dan reputasi yang kukuh yang telah kami wujudkan melalui jenama dan perkhidmatan pelancongan mewah kami, kini sebagai sebahagian daripada Hyatt,” kata Alejandro Reynal, ketua pegawai eksekutif dan presiden, Apple Leisure Group. “Kami amat percaya bahawa kami boleh mencapai lebih banyak bersama-sama dan teruja dengan peluang yang berada di hadapan untuk keluarga kami yang lebih besar, termasuk ahli pasukan ALG kami, yang teruja untuk menyertai organisasi global yang lebih besar. Dengan kepakaran tambahan Hyatt, kami menjangka dapat mempercepatkan pengembangan kami ketika kami mengalu-alukan lebih ramai pelancong dan menjadikan impian percutian menjadi kenangan sepanjang hayat.”
Perniagaan ALG akan terus diterajui oleh Alejandro Reynal dan pasukan kepimpinan ALG yang ada sekarang. ALG akan beroperasi sebagai sebuah unit perniagaan yang berbeza di dalam Hyatt. Encik Reynal telah menyertai pasukan kepimpinan eksekutif Hyatt dan melapor terus kepada Encik Hoplamazian.
Pada September 2021, Hyatt memenuhi komitmen pelupusan aset mereka yang diumumkan pada tahun 2019 sebanyak $1.5 bilion yang menghasilkan lebih daripada $3 bilion dalam hasil yang direalisasikan sejak strategi pelupusan aset mereka dilancarkan pada tahun 2017, pada satu gabungan gandaan lebih 17x EBITDA. Hyatt juga mengesahkan komitmen mereka untuk menjana tambahan $2 bilion dalam hasil daripada pelupusan aset menjelang akhir tahun 2024.
Penasihat Berkaitan dengan urus niaga tersebut, BDT & Company, LLC dan J.P. Morgan berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Hyatt, dan Latham & Watkins LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang mereka. PJT Partners berperanan sebagai penasihat kewangan kepada ALG, dan Simpson Thacher & Bartlett LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang mereka. Deutsche Bank Securities Inc. berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada KKR dan KSL Capital Partners. Istilah “Hyatt” itu digunakan dalam siaran akhbar ini untuk kemudahan merujuk kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih ahli gabungannya.
Maklumat mengenai Hyatt Hotels Corporation Hyatt Hotels Corporation, yang beribu pejabat di Chicago, adalah sebuah syarikat perhotelan global terkemuka yang menawarkan 20 jenama utama. Sehingga 30 Jun, 2021, portfolio Syarikat itu termasuk lebih 1,000 hotel dan hartanah terangkum di 68 buah negara merentasi enam benua. Matlamat Syarikat itu adalah untuk menjaga orang ramai agar mereka dapat menjadi yang terbaik untuk memberitahu keputusan perniagaan dan strategi pertumbuhan mereka dan berhasrat untuk menarik dan mengekalkan pekerja utama, membina perhubungan dengan tetamu dan mewujudkan nilai bagi pemegang saham. Anak syarikat bagi Syarikat itu mengendali, mengurus, memberi francais, memiliki, menyewa, membangun, melesenkan, atau menyediakan perkhidmatan kepada hotel, resort, kediaman berjenama, dan hartanah pemilikan percutian, termasuk di bawah nama-nama jenama Park Hyatt®, Miraval®, Grand Hyatt®, Alila®, Andaz®, The Unbound Collection oleh Hyatt®, Destination oleh Hyatt™, Hyatt Regency®, Hyatt®, Hyatt Ziva™, Hyatt Zilara™, Thompson Hotels®, Hyatt Centric®, Caption oleh Hyatt, JdV oleh Hyatt™, Hyatt House®, Hyatt Place®, tommie™, UrCove, dan Hyatt Residence Club®, dan mengendalikan program kesetiaan World of Hyatt® yang menyediakan faedah yang berbeza dan pengalaman eksklusif untuk ahli-ahlinya yang dihargai. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyatt.com. Maklumat mengenai Apple Leisure Group® Apple Leisure Group® (ALG) adalah sebuah kumpulan pengurusan, perjalanan dan perhotelan berjenama resort Amerika Utara yang terkemuka dengan satu model perniagaan unik yang melayani pelancong dan destinasi di seluruh dunia. ALG, melalui kumpulan syarikat-syarikat gabungannya, secara konsisten menyampaikan nilai yang luar biasa kepada pelancong dan prestasi yang kukuh kepada pemilik dan rakan kongsi resort dengan memanfaatkan portfolio jenama mereka secara strategik termasuk: AMResorts LP, atau satu atau lebih ahli gabungannya yang secara kolektif menyediakan perkhidmatan jualan, pemasaran, dan pengurusan jenama kepada jenama resort dan hotel di bawah AMR™ Collection termasuk jenama mewah 5-bintang dan 4-bintang yang telah memenangi anugerah termasuk Secrets® Resorts & Spas, Dreams® Resorts & Spas, Breathless® Resorts & Spas, Zoëtry® Wellness & Spa Resorts, Alua® Hotels & Resorts, Sunscape® Resorts & Spas; ALG Vacations®, satu daripada penjual terbesar bagi pakej percutian dan penerbangan sewa khas di Amerika Syarikat untuk perjalanan ke Mexico dan Caribbean, dengan jenama-jenama yang teguh: Apple Vacations®, Funjet Vacations®, Travel Impressions®, CheapCaribbean.com®, BeachBound®, Blue Sky Tours®, Southwest Vacations®, dan United Vacations®; program keahlian eksklusif Unlimited Vacation Club®; perkhidmatan pengurusan destinasi yang terbaik di dalam kelasnya yang disediakan oleh Amstar DMC; dan penyedia penyelesaian teknologi berinovatif Trisept Solutions®, yang menghubungkan lebih 88,000 ejen pelancongan dengan pembekal pelancongan terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan Apple Leisure Group®, sila layari www.appleleisuregroup.com. Kenyataan yang berpandangan ke Hadapan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan di dalam siaran akhbar ini, yang bukan merupakan fakta sejarah, adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian tahun 1995. Kenyataan ini termasuk kenyataan mengenai pemerolehan Syarikat itu ke atas Apple Leisure Group®, termasuk jangkaan faedah kewangan dan operasi yang dihasilkan daripada pemerolehan itu, kelebihan tetamu dan pemilik yang timbul daripada pemerolehan itu, jumlah dan ketepatan masa bagi pelupusan aset masa depan dan unjuran gandaan jualan bagi pelupusan aset tersebut, jangkaan pertumbuhan bagi perjalanan mewah global dan adunan hasil bilik riadah bagi keseluruhan sistem Syarikat itu, unjuran pendapatan berasaskan yuran masa depan bagi syarikat gabungan itu, jangkaan faedah dan nilai tambah daripada program kesetiaan World of Hyatt dan tawaran keahlian Apple Leisure Group, rancangan, strategi, pandangan, prestasi kewangan, unjuran, cadangan pembiayaan, prospek atau peristiwa masa depan dan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui yang sukar untuk diramalkan. Akibatnya, keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar kami mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu dengan penggunaan perkataan seperti "mungkin", "boleh", "mengharapkan", "bermaksud", "merancang," "mencari," "menjangka," "percaya," "anggaran," "meramalkan," "potensi," "teruskan," "kemungkinan," "akan," dan variasi bagi istilah ini dan ungkapan yang serupa, atau negatif bagi istilah ini atau ungkapan yang serupa. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu semestinya didasarkan kepada anggaran dan andaian bahawa, walaupun dianggap wajar oleh kami dan pengurusan kami, ia sememangnya tidak pasti. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza secara material daripada jangkaan semasa termasuk, antara lain, risiko yang berkaitan dengan penyempurnaan pemerolehan ke atas Apple Leisure Group®, termasuk kejadian berkaitan dengan hutang tambahan material; keupayaan Syarikat itu untuk mengintegrasikan dengan jayanya pekerja dan operasi Apple Leisure Group ke dalam Syarikat itu; keupayaan untuk merealisasikan jangkaan faedah dan sinergi daripada pemerolehan Apple Leisure Group® secepat atau sejauh yang dijangkakan; jangka masa bagi pandemik COVID-19 dan kadar pemulihan berikutan pandemik itu, sebarang kebangkitan semula tambahan, atau varian COVID-19; kesan jangka pendek dan jangka panjang bagi pandemik COVID-19 itu, termasuk permintaan bagi perjalanan, perniagaan sementara dan kumpulan, dan tahap keyakinan pengguna; impak pandemik COVID-19, sebarang kebangkitan semula tambahan, atau varian COVID-19, dan kesan tindakan yang diambil oleh kerajaan, perniagaan, dan individu sebagai tindak balas, terhadap ekonomi global dan serantau, batasan atau larangan perjalanan, dan aktiviti ekonomi, termasuk jangka masa dan besarnya impak terhadap kadar pengangguran dan perbelanjaan pengguna mengikut budi bicara; pengagihan vaksin COVID-19 secara meluas dan penerimaan yang luas oleh penduduk umum terhadap vaksin tersebut; keupayaan bagi pemilik pihak ketiga, pemegang francais, atau rakan niaga hospitaliti untuk mengemudi dengan jayanya kesan pandemik COVID-19, sebarang kebangkitan semula tambahan, atau varian COVID-19; ketidaktentuan ekonomi secara umum di pasaran global utama dan keadaan ekonomi global yang semakin buruk atau tahap pertumbuhan ekonomi yang rendah; kadar dan rentak pemulihan ekonomi berikutan kemerosotan ekonomi; kekangan dan gangguan rantaian bekalan global; risiko yang menjejaskan segmen mewah, resort dan penginapan terangkum; tahap perbelanjaan dalam segmen perniagaan, riadah dan semua segmen termasuk keyakinan pengguna; penurunan dalam penghunian dan purata kadar harian; jarak penglihatan terhad berhubung tempahan masa depan; kehilangan kakitangan utama; keadaan politik dan geo-politik domestik dan antarabangsa, termasuk pergolakan politik atau sivil atau perubahan di dalam dasar perdagangan; permusuhan, atau perasaan takut terhadap permusuhan, termasuk serangan pengganas di masa depan, yang mempengaruhi perjalanan; kemalangan yang berkaitan dengan perjalanan; bencana alam atau buatan manusia seperti gempa bumi, tsunami, puting beliung, taufan, banjir, kebakaran liar, tumpahan minyak, insiden nuklear, dan pandemik atau penyakit berjangkit global, seperti pandemik COVID-19, atau kebimbangan wabak seperti itu; keupayaan kami untuk dengan jayanya mencapai tahap keuntungan operasi tertentu di hotel yang mempunyai ujian prestasi atau jaminan yang memihak kepada pemilik pihak ketiga kami; impak pengubahsuaian dan pembangunan semula hotel; risiko yang berkaitan dengan rancangan peruntukan modal, program pembelian balik saham, dan pembayaran dividen, termasuk satu pengurangan, atau penghapusan atau penangguhan, aktiviti pembelian balik atau pembayaran dividen; sifat bermusim dan kitaran perniagaan hartanah dan hospitaliti; perubahan di dalam pengaturan pengedaran, seperti melalui perantara perjalanan internet; perubahan di dalam cita rasa dan pilihan pelanggan kami; perhubungan dengan rakan sekerja dan kesatuan pekerja dan perubahan di dalam undang-undang buruh; keadaan kewangan, dan perhubungan kami dengan, pemilik hartanah pihak ketiga, pemegang francais, dan rakan niaga hospitaliti; kemungkinan ketidakupayaan pemilik pihak ketiga, pemegang francais, atau rakan pembangunan untuk mengakses modal yang diperlukan bagi membiayai operasi semasa atau melaksanakan rancangan pertumbuhan kami; risiko yang berkaitan dengan potensi pemerolehan dan pelupusan dan pengenalan konsep jenama baharu; garis masa bagi pemerolehan dan pelupusan dan keupayaan kami untuk dengan jayanya mengintegrasikan pemerolehan yang telah dilengkapkan dengan operasi sedia ada; kegagalan untuk menyelesaikan dengan jayanya urus niaga yang dicadangkan (termasuk kegagalan untuk memenuhi syarat penutupan atau mendapatkan kelulusan yang diperlukan); keupayaan kami untuk melaksanakan dengan jayanya strategi kami untuk mengembangkan perniagaan pengurusan dan francais kami dan pada masa yang sama mengurangkan pangkalan aset hartanah kami dalam jangka masa yang disasarkan dan pada nilai yang dijangkakan; penurunan di dalam nilai aset hartanah kami; penamatan perjanjian pengurusan atau francais kami yang tidak dijangka; perubahan di dalam undang-undang cukai persekutuan, negeri, tempatan, atau asing; kenaikan di dalam kadar faedah dan kos operasi; turun naik kadar pertukaran mata wang asing atau penyusunan semula mata wang; kekurangan penerimaan bagi jenama baharu atau inovasi; turun naik am bagi pasaran modal dan keupayaan kami untuk mengakses pasaran tersebut; perubahan di dalam persekitaran persaingan di dalam industri kami, termasuk sebagai akibat daripada pandemik COVID-19, penyatuan industri, dan pasaran di mana kami beroperasi; keupayaan kami untuk mengembangkan dengan jayanya program kesetiaan World of Hyatt dan tawaran keahlian Apple Leisure Group; insiden siber dan kegagalan teknologi maklumat; hasil prosiding bagi undang-undang atau pentadbiran; dan pelanggaran peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan francais kami; dan risiko lain yang dibincangkan di dalam pemfailan Syarikat dengan SEC, termasuk laporan tahunan kami pada Borang 10-K dan laporan suku tahunan pada Borang 10-Q, yang mana pemfailan boleh didapati dari SEC. Kami mengingatkan anda untuk tidak terlalu bergantung pada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi pada tarikh berkenaan. Kami tidak memikul tanggungjawab atau berkewajiban untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini untuk mencerminkan keputusan sebenar, maklumat baharu atau peristiwa masa depan, perubahan di dalam andaian atau perubahan dalam faktor lain yang mempengaruhi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, kecuali seperti diperlukan oleh undang-undang. Sekiranya kami mengemas kini satu atau lebih kenyataan yang berpandangan ke hadapan, tidak ada kesimpulan harus dibuat bahawa kami akan membuat kemas kini tambahan berhubung dengan kenyataan tersebut atau kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang lain.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211102005724/en/
Hubungi
Hubungan Media: Franziska Weber +1 312 780 6106 franziska.weber@hyatt.com
Hubungan Pelabur: Noah Hoppe +1 312 780 5991 noah.hoppe@hyatt.com
Sumber: Hyatt Hotels Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA |
|
|
|
|
|