ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. MENYOKONG PROJEK YANG DITERAJUI USAHAWAN WANITA UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN AIR DI MONTERREY DALAM PERKONGSIAN DENGAN THE NATURE CONSERVANCY

Wednesday 03/11/2021



Table

Mary Kay Inc. telah menghasilkan sebuah filem pendek dengan perkongsian bersama The Nature Conservancy untuk membantu menceritakan kisah pemerkasaan dan pemuliharaan semula jadi bagi Angelica dan Mujeres Unidas Para La Conservación de Laguna de Sanchez. (Foto: Mary Kay Inc.)


MONTERREY, Mexico, 3 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan penajaan sebuah projek untuk meningkatkan keselamatan air di Monterrey dengan perkongsian bersama The Nature Conservancy. Projek itu, yang diketuai oleh sekumpulan usahawan wanita, memberi tumpuan kepada memulihkan spesies pokok tempatan di kawasan sekitar di bandar raya Monterrey untuk membantu mengekalkan perkhidmatan ekosistem, mengurangkan risiko dan kesan banjir di bandar raya itu, dan memulihkan hutan yang terdegradasi di wilayah itu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211102006106/en/

Bandar raya Monterrey pada masa ini menempatkan empat juta orang. Terletak di sebuah kawasan yang secara semula jadi terdedah kepada kejadian hidrometeorologi yang melampau seperti taufan dan banjir, bandar raya itu sering menghadapi cabaran bekalan air yang serius. Berhampiran bandar raya itu adalah Taman Negara Cumbres de Monterrey, sebuah rizab semula jadi yang dilindungi yang menyumbang kira-kira 60% air yang datang ke bandar raya itu. Kawasan itu juga menyokong kawalan aliran air hujan lebat yang memberi kesan kepada orang ramai, ternakan tempatan dan infrastruktur bandar. Untuk mengekalkan daya ketahanan alam sekitar, litupan tumbuhan perlu dipulihkan dan pengeluaran tumbuhan asli di tapak semaian harus dipastikan. Walaupun Suruhanjaya Kebangsaan bagi Kawasan Semula Jadi Terlindung Mexico (CONANP) telah menetapkan peraturan yang memerlukan penggunaan spesies asli untuk penghutanan semula, tapak semaian hutan di wilayah itu tidak mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini. Kawasan itu juga menawarkan peluang yang sangat sedikit kepada petani tempatan untuk membangunkan aktiviti ekonomi selenggara diri.

“Kami sangat gembira kerana dapat mengharapkan bantuan ini yang menggalakkan kami untuk terus bekerja demi manfaat alam semula jadi dan berupaya untuk menjanakan sumber yang meningkatkan ekonomi tempatan kami,” kata Doña Angelica, ketua bagi Mujeres Unidas Para La Conservación de Laguna de Sanchez, satu daripada organisasi rakan The Nature Conservancy di Mexico. “Dengan bantuan ini kami akan dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi loji yang akan digunakan dalam penanaman semula hutan pada masa hadapan.”

Mary Kay dan The Nature Conservancy menyokong sekumpulan usahawan wanita di dalam komuniti Laguna Sanchez yang mengetuai satu inisiatif unik untuk memerangi cabaran ini. Kumpulan pemilik tanah ini mengeluarkan beberapa spesies tumbuhan asli untuk digunakan bagi projek penanaman semula hutan di taman negara itu. Projek itu bukan sahaja akan menangani keperluan yang semakin meningkat bagi spesies ini, tetapi juga meningkatkan mata pencarian untuk keluarga mereka dan ahli masyarakat luar bandar. Tapak semaian hutan mereka mempunyai kapasiti untuk menanam kira-kira 45,000 pokok setahun, termasuk pain putih (Pinus pseudostrobus) dan pain batu (Pinus cembroides). Spesies ini, termasuk di dalam satu alat saintifik yang dibangunkan oleh The Nature Conservancy untuk pemulihan ekologi di kawasan itu, terkenal kerana mencegah hakisan, menggalakkan penyusupan air, toleransi kemarau, dan mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula.

“Memperkasakan wanita dan memelihara sumber Bumi adalah dua daripada tonggak matlamat Mary Kay,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Sebagai seorang penyokong untuk kepimpinan wanita, kami amat bangga untuk melihat bagaimana pemimpin tempatan ini mengemudi perubahan di dalam komuniti kami, memainkan satu peranan penting di dalam pemeliharaan sumber semula jadi kami yang paling berharga dan memupuk sebuah masa depan yang mapan untuk beribu-ribu keluarga di wilayah itu.”

Untuk membantu menceritakan kisah pemerkasaan dan pemuliharaan semula jadi bagi Angelica dan Mujeres Unidas Para La Conservación de Laguna de Sanchez, Mary Kay Inc. telah menghasilkan sebuah filem pendek dengan kerjasama The Nature Conservancy. Ditulis, diarah dan dihasilkan oleh sebuah pasukan yang kesemuanya terdiri daripada wanita, Forest of Hope adalah satu perjalanan ke barisan hadapan bagi perjuangan untuk menyelamatkan planet kita daripada ancaman perubahan iklim dan tingkah laku manusia yang memusnahkan, di mana kita melihat sekumpulan penyokong pemuliharaan wanita boleh melakukan satu perbezaan. Tonton treler Forest of Hope di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut mengenai Mary Kay di www.marykayglobal.com

Maklumat mengenai The Nature Conservancy

The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua kehidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami sedang menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211102006106/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972-687-5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.