ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MARY KAY INC. MENGGALAKKAN USAHAWAN MUDA UNTUK MENYELESAIKAN KESAKSAMAAN JANTINA DI TEMPAT KERJA MELALUI SIRI DUNIA NETWORK FOR TEACHING ENTREPRENEURSHIP (NFTE) BAGI CABARAN INOVASI

Friday 05/11/2021



Table
 
Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi Mary Kay meminta pelajar untuk memikirkan cara bagaimana menggalakkan kesaksamaan di tempat kerja dan memastikan akses yang sama rata kepada peluang ekonomi untuk wanita dan gadis. (Foto: Mary Kay Inc.)
 

DALLAS, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, hari ini mengumumkan Siri Dunia kedua mereka bagi Cabaran Inovasi (WSI) dengan perkongsian bersama Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Pada tahun kedua perkongsian mereka dengan NFTE, Mary Kay menaja Siri Dunia NFTE bagi Inovasi 2021, satu pengalaman pendidikan global yang menjemput golongan muda yang berumur antara 13-24 tahun untuk menyalurkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka untuk mencari penyelesaian bagi cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia hari ini dan membantu memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB sambil memupuk sebuah set minda keusahawanan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211104005178/en/

Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi Mary Kay menggalakkan golongan muda dari seluruh dunia untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif bagi menangani Matlamat Pembangunan Mapan 5: Kesaksamaan Gender. Secara khusus, cabaran ini meminta pelajar memikirkan cara untuk menggalakkan kesaksamaan di tempat kerja dan memastikan akses yang sama rata kepada peluang ekonomi bagi wanita dan gadis. Pra-Covid, data yang berdekad lamanya menunjukkan peningkatan wanita dalam tenaga kerja - walaupun jurang gaji masih berterusan - lebih ramai wanita menyertai pasaran buruh setiap tahun. Tetapi pandemik menyebabkan kehilangan pekerjaan yang tidak seimbang yang memberi kesan kepada wanita, dan sejak tahun 2020, pendakian kepada kesaksamaan tenaga kerja telah meningkat dengan lebih curam.

“Mary Kay tahu mengenai pentingnya keusahawanan dan peranan yang dimainkannya di dalam dunia pada hari ini dan pada masa hadapan, itulah sebabnya kami melabur setiap tahun dalam program dan inisiatif untuk membantu memperkasakan wanita dan gadis di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Kami mahu membantu bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan tetapi membantu mereka mengejar impian mereka di seluruh dunia. Kami sangat teruja dengan cabaran ini yang sangat berkaitan dengan misi teras syarikat kami.”

NFTE adalah sebuah organisasi pendidikan global yang tidak mencari keuntungan yang memberi tumpuan kepada membawa kuasa keusahawanan kepada belia dalam komuniti berpendapatan rendah. Siri Dunia bagi Inovasi (WSI) itu menjemput cabaran tajaan korporat untuk menangani Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Dengan jangkauan kepada 100,000 pelajar di seluruh dunia, pada tahun 2020, NFTE menerima hampir 4,000 peserta pelajar dari semua latar belakang yang menghantar idea dalam Cabaran WSI itu dan hampir 350 pelajar mengambil bahagian di dalam cabaran tajaan Mary Kay yang pertama untuk menangani Matlamat Pembangunan Mapan 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab. Tiga pemenang Cabaran 2020 Mary Kay ialah:

· Tempat Pertama: Loop Tee Loop
o Loop Tee Loop adalah sebuah kilang tekstil lyocell yang menyatukan gelung pakaian lestari dengan perkhidmatan pengumpulan kitar semula pakaian seragam dari Metro Manila di Filipina.
· Tempat Kedua: SwagSwap
o SwagSwap adalah sebuah rangkaian sosial yang berpusat di Amerika Syarikat untuk aktiviti berjimat cermat, yang membolehkan pertukaran pakaian rakan ke rakan bagi golongan remaja.
· Tempat Ketiga: Project DBrand
o Project DBrand adalah satu perkhidmatan unik yang mengeluarkan nama jenama daripada pakaian seragam yang telah digunakan supaya ia boleh  digunakan semula, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Menyokong pembangunan keusahawanan bagi golongan muda adalah penting untuk membantu membina sebuah dunia yang lebih baik bagi generasi akan datang,” kata J.D. LaRock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NFTE. “Setiap tahun, kami terus mendapat inspirasi oleh inovasi yang dibayangkan oleh generasi usahawan seterusnya, dan kami berharap untuk melihat semua idea baharu itu daripada pesaing WSI pada tahun 2021. Kami berterima kasih kepada Mary Kay Inc. di atas sokongan mereka bagi tahun kedua mengemukakan cabaran global yang kritikal ini untuk membantu memajukan kesaksamaan di tempat kerja dan mencapai akses yang sama rata kepada peluang ekonomi untuk wanita dan gadis.”

Sebagai tambahan kepada Siri Dunia bagi Inovasi, Mary Kay menyokong program Keusahawanan dalam Setiap Sekolah NFTE, dengan membawa perjalanan keusahawanan melalui kurikulum kepada pelajar merentasi Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa; dan menaja Cabaran Keusahawanan Belia Serantau NFTE di mana pelajar membuka peluang perniagaan untuk mendapatkan modal benih dalam sebuah persekitaran yang kompetitif.

Siri Dunia NFTE bagi Inovasi 2021 dipersembahkan oleh Yayasan Citi dan menampilkan cabaran daripada Bank of the West, Yayasan Citi, Ernst & Young LLP (EY US), Mary Kay, Inc., Maxar Technologies, PIMCO dan Saint-Gobain. Cabaran dilancarkan pada 15 September dan penyertaan harus diserahkan menjelang 15 Disember. Penghakiman bermula pada Januari 2022. Finalis akan diumumkan pada Februari dan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Dunia bagi Inovasi dan semua cabaran, sila layari https://innovation.nfte.com.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com

Maklumat mengenai NFTE
 
Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE) adalah sebuah organisasi global yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan keusahawanan berkualiti tinggi kepada pelajar sekolah menengah dan tinggi dari komuniti yang kurang sumber, serta program untuk pelajar kolej dan orang dewasa. NFTE akan menjangkau ke lebih 45,000 orang pelajar pada tahun akademik ini, dengan program di 25 negeri merentasi Amerika Syarikat dan di 20 buah negara tambahan. Sejak penubuhan kami, kami telah mendidik lebih satu juta pelajar melalui program dalam sekolah, luar sekolah, kolej, dan kem musim panas, yang ditawarkan secara peribadi dan dalam talian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami mempromosikan kapitalisme inklusif dan membina generasi berikut bagi usahawan yang berbeza, sila layari www.nfte.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211104005178/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. Global
marykay.com/newsroom
(+1) 972-687-5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.