ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN CARLOS BELTRAN NAIB PRESIDEN KANAN, PEGAWAI PENGUNDERAITAN HARTA TANAH GLOBAL

Tuesday 09/11/2021



BOSTON & SINGAPURA, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan pelantikan Carlos Beltran sebagai Naib Presiden Kanan, Pegawai Pengunderaitan Harta Tanah Global.

“Ketika portfolio harta tanah kami terus berkembang, kami sedang mengembangkan kepimpinan yang mengawasi pendekatan berdisiplin dan jangka panjang kami untuk pengunderaitan di seluruh dunia,” kata Dean LaPierre, Ketua Pegawai Pengunderaitan, Harta Tanah & Marin, BHSI. “Carlos mempunyai pengalaman dan kepakaran luar biasa yang terkumpul selama lebih 24 tahun di dalam pasaran insurans harta tanah global. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau ke dalam pasukan kepimpinan harta tanah global kami.”

Carlos menyertai BHSI pada tahun 2018, sebagai Naib Presiden, Pengurus Pengunderaitan Harta Tanah untuk Timur Tengah, sebelum mengambil alih peranan sebagai Ketua bagi Talian Pihak Pertama untuk Asia. Sebelum ke BHSI, beliau menghabiskan hampir 16 tahun dalam jawatan yang semakin kanan di Chubb di seluruh dunia. Beliau akan berpindah dari Singapura ke Amerika Syarikat dan boleh terus dihubungi di carlos.beltran@bhspecialty.com.

Berkshire Hathaway Specialty Insurance (www.bhspecialty.com) menyediakan insurans harta tanah komersil, kecederaan, penjagaan kesihatan liabiliti profesional, talian eksekutif dan profesional, liabiliti transaksional, jaminan, marin, perjalanan, program, kemalangan & kesihatan, kehilangan terhenti perubatan, pemilik rumah dan multinasional. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua barisan produk mungkin berbeza-beza. Ia menaja jamin di atas kertas bagi Berkshire Hathaway bagi kumpulan syarikat insurans Indemniti Nasional, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Brisbane, Cologne, Dubai, Dublin, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Munich, Paris, Perth, Singapura, Sydney dan Toronto.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211108006007/en/

Hubungi

MEDIA
JoAnn Lee / +1 617.936.2937

Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.