Edisi ke-7 bagi persidangan global terulung itu akan diadakan pada 15 Jun, 2022, dengan tema, “Mereka Bentuk Sistem Terbenam dengan Ketangkasan, Kualiti, Jaminan & Keselamatan”BENGALURU, India, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LDRA, dengan kerjasama rakan-rakan industri dan persatuan, hari ini mengumumkan bahawa edisi ketujuh bagi Sidang Kemuncak Jaminan & Keselamatan Terbenam (ESSS) 2022 akan diadakan pada 15 Jun. Dengan tema “Mereka Bentuk Sistem Terbenam dengan Ketangkasan, Kualiti, Jaminan & Keselamatan,” persidangan dan ekspo itu akan diadakan secara maya untuk tahun kedua berturut-turut. Ini akan membolehkan lebih ramai orang terlibat dalam membangun, menguji dan memperakui sistem terbenam misi kritikal untuk mengetahui tentang kemajuan teknologi terkini.
Dengan usaha berterusan untuk memperkasakan komuniti terbenam dan menjangkau kepada sebuah audiens global, ESSS 2022 datang dengan sesi teknikal eksklusif, sebuah platform dalam talian yang interaktif dan gabungan yang tepat bagi rakan industri untuk perangkaian. Acara itu memberi tumpuan kepada empat trek industri: Aeroangkasa & Pertahanan, Automotif, Perindustrian dan Perubatan.
“Sama ada hadir secara peribadi atau maya, ESSS membolehkan kami untuk meneruskan usaha kami untuk menyokong industri terbenam yang kritikal jaminan dan keselamatan,” kata Ian Hennell, Pengarah – Operasi, LDRA. “Forum yang komprehensif ini mendidik dan memaklumkan masyarakat tentang kemajuan teknologi dan keperluan untuk membina kualiti ke dalam sistem masa depan.”
ESSS 2022 akan termasuk kandungan yang menarik dan bermaklumat, termasuk sebuah perbincangan panel, “Pembangunan yang Dipacu oleh Standard dalam sebuah Dunia Tangkas.” Ia akan juga termasuk sesi ucaptama industri, dan sesi teknikal yang menangani semua genre di dalam komuniti terbenam, daripada jurutera perisian, pembuat keputusan, profesional bertauliah sehingga kepada perwakilan daripada badan kerajaan dan kawal selia.
Menurut Shinto Joseph, Pengarah – Operasi Asia Tenggara, LDRA, dan Penganjur bagi ESSS, “ESSS 2022 akan mengumpulkan pemimpin merentasi kerajaan, inovasi teknologi, perniagaan dan badan standard untuk membentangkan keadaan amalan dan inovasi yang membantu profesional dalam memanfaatkan teknologi pintar. Perbincangan panel itu mengenai pembangunan dipacu oleh standard dalam sebuah dunia yang tangkas akan menjadi sangat berharga, kerana ia secara khusus ‘menangani isu-isu yang bakal dihadapi oleh kebanyakan industri akan datang, termasuk EV, UAV, IIoT, sistem autonomi, dll.”
Untuk maklumat lanjut tentang peluang-peluang penajaan, penyerahan kertas dan pendaftaran untuk ESSS 2022, sila layari
www.embedded-safety-security.com.
Maklumat mengenai LDRASelama lebih 40 tahun, LDRA telah membangun dan memacukan pasaran untuk perisian yang mengautomasikan analisis kod dan ujian perisian bagi pasaran kritikal keselamatan, misi, jaminan dan perniagaan. Bekerjasama dengan pelanggan untuk mencapai pengecaman dan penghapusan ralat awal, serta pematuhan penuh terhadap standard industri, LDRA mengesan keperluan melalui analisis statik dan dinamik kepada unit ujian dan pengesahan bagi pelbagai jenis platform perkakasan dan perisian. Menawarkan satu kehadiran di seluruh dunia, LDRA mempunyai ibu pejabat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman dan India ditambah dengan satu rangkaian pengedar yang meluas. Untuk maklumat lanjut tentang suit peranti LDRA, sila layari
http://www.ldra.com/.
Maklumat mengenai ESSS®Memberi tumpuan kepada aspek jaminan dan keselamatan bagi sistem terbenam kritikal, Sidang Kemuncak Jaminan & Keselamatan Terbenam (ESSS) adalah satu arena eksklusif bagi seluruh komuniti terbenam untuk belajar, berinteraksi dan memupuk. LDRA memacukan inisiatif yang berjaya ini dengan sokongan daripada rakan-rakan, pelanggan, badan industri & profesional serta agensi kerajaan. Ketahui lebih lanjut di
www.embedded-safety-security.com.
Pembaca boleh mengarahkan soalan kepada:Mark James
E-mel:
mark.james@ldra.com Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211108006207/en/HubungiMedia:Kelly Wanlass, Hughes Communications, Inc., Perhubungan Media
Tel: +1 (801) 602-4723, E-mel:
kelly@hughescom.netMark James, LDRA, Pengurus Pemasaran
Tel: +44 (0) 151 649-9300, E-mel:
mark.james@ldra.comSumber : LDRA
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.