ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TAIWANTRADE.COM MEMPERKENALKAN PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN PALING BERKUALITI DI PAMERAN DALAM TALIAN KESEJAHTERAAN DAN PENJAGAAN WARGA EMAS

Monday 15/11/2021



Table
 
Taiwantrade.com mempersembahkan produk penjagaan kesihatan teratas di Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas (Grafik: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Taiwantrade.com perkenalkan Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas dari November 2021 hingga Januari 2022, menampilkan produk-produk berkualiti tinggi dan para pembekal dalam bidang profesional dalam industri penjagaan warga emas, penjagaan kesihatan, dan kesejahteraan dari Taiwan. Antara produk-produk yang diketengahkan dalam pameran adalah pendakap & sokongan perubatan, peralatan penjagaan kesihatan & pemulihan, stokin mampatan, penarik kerusi roda, pembalut luka hidrokloid, produk penjagaan rambut & salon, lain-lain. Terokai pelbagai tawaran-tawaran hebat sekarang di: https://pse.is/3qhak8.

Siaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat keluaran penuh di sini
https://www.businesswire.com/news/home/20211114005318/en/

Dengan wabak yang masih berleluasa, Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas menawarkan pembeli akses mudah dan selamat kepada pelbagai jenis produk yang berkualiti dari Taiwan. Pameran dalam talian termasuk hampir 1,000 produk daripada lapan pembekal Taiwan yang sangat hebat, pelawat bukan sahaja boleh melayari imej 360 darjah dan video untuk melihat dengan lebih dekat tentang butiran produk tetapi juga dapat menggunakan perkhidmatan penyumberan untuk berhubung dengan pembekal dalam talian.
 
IRUFA, pakar pendakap 3D elastic knitted spacer fabric, memperkenalkan barisan penuh sokongan sukan dan perubatan, terapi magnet dan produk terapi sinaran inframerah jarak jauh. GRACE CARE ialah pembekal profesional pendakap dan sokongan, peralatan pemulihan ortopedik dan peralatan perlindungan sukan. MISHENG merupakan pakar dalam reka bentuk dan pembuatan produk penjagaan kesihatan seperti pakaian rawatan elektroterapi, perangsang elektrik dan pad pemanas lembap.
 
Turut menyertai pameran tersebut adalah LE SHIN, memperkenalkan stokin perubatan dan stokin mampatan yang biasa dalam saiz panjang dan bahan yang berbeza, dan TRIDA, mempamerkan koleksi produk pembalut luka hidrokoloid seperti plaster hidrokoloid, pad jerawat, alas kaki dan pembalut yang melekat.
 
Syarikat-syarikat lain yang hebat seperti OZER, ARTIST COSMETICS, dan JUN KUANG juga memperkenalkan produk-produk terbaik mereka untuk kesejahteraan dan penjagaan warga emas.
 
Dengan lebih daripada 70,000 pembekal berkualiti dan pangkalan data yang mengandungi lebih 660,000 produk, Taiwantrade.com adalah platform penyumberan yang menawarkan perkhidmatan penyumberan yang boleh dipercayai dan cekap untuk pembeli berhubung dengan pembekal dan industri Taiwan. Ia dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA). Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembeli Taiwantrade.com, sila lawati https://www.taiwantrade.com

Pautan:

1. Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas: https://pse.is/3qhak8
2. IRUFA INDUSTRIAL GROUP CO., LTD. https://irufa.en.taiwantrade.com/
3. GRACE CARE INTERNATIONAL CO., LTD. 
https://gcare-support.en.taiwantrade.com/
4. LE SHIN INTERNATIONAL CO., LTD. https://youleg.en.taiwantrade.com/
5. TRIDA CO., LTD. https://igiban.en.taiwantrade.com/ 

Siaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat keluaran penuh di sini
https://www.businesswire.com/news/home/20211114005318/en/

Hubungi

Media


Syarikat: TAITRA
Nama: Ms. Lily Chen
Emel: lilychen@taitra.org.tw 

Sumber : Taiwan External Trade Development Council

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.