ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  OAG MELANCARKAN PLATFORM AMARAN MAKLUMAN PENERBANGAN BAHARU

Wednesday 17/11/2021



Produk Pemberitahuan dan Pengesanan Segera Memenuhi Keperluan Pelanggan yang Berubah

LONDON, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, penyedia terkemuka dunia bagi data perjalanan dan pandangan, hari ini mengumumkan pelancaran Amaran Makluman Penerbangan, produk pengesanan dan pemberitahuan baharu mereka yang menyampaikan perubahan kepada jadual penerbangan dalam masa nyata.

Sebagai tindak balas kepada permintaan pelanggan untuk makluman yang pantas dan boleh dipercayai yang mempercepatkan perubahan penting, ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang membolehkan pelanggan untuk mendapatkan kemas kini segera tentang jadual penerbangan pembawa supaya mereka boleh mengendalikan kemeruapan data dalam masa nyata.

“Makluman adalah satu penyelesaian yang sangat diperlukan bagi pelanggan kami yang menguruskan tempahan atau operasi dan sesiapa sahaja yang bergantung kepada ketepatan bagi perubahan penting ini untuk memacukan perniagaan mereka. Kemeruapan data ini sepanjang 18 bulan yang lalu telah menjadi satu cabaran yang semakin meningkat, oleh itu pelanggan kami memerlukan kami untuk memberitahu mereka tentang perkara yang berubah dalam masa nyata,” kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif, OAG.

Pelancaran Amaran Makluman Penerbangan OAG adalah yang terbaharu di dalam satu gelombang inovasi produk baharu yang dikuasakan oleh platform teknologi baharu mereka, OAG Metis, yang menyaksikan keluaran Maklumat Langsung Penerbangan, satu platform yang dibolehkan oleh Snowflake untuk mengakses dan menyepadukan data yang tersedia untuk pertanyaan, pada awal tahun ini.

Evolusi dan cita-cita bagi API Makluman Penerbangan OAG terus meningkat untuk melengkapkan pelanggan dengan data yang meliputi penerbangan penuh dan perjalanan tempahan, dengan ketersediaan yang sudah nyata bagi Data Status Penerbangan ke dalam suit API. Akses melalui satu API tunggal membolehkan pelanggan OAG untuk berinovasi, bertindak balas dengan lebih pantas dan skala yang lebih cepat.

Phil Callow berkata, “Kami sedang menginovasi dengan pantas untuk memenuhi keperluan yang berubah bagi sektor pelancongan. Pelaburan kami di dalam OAG Metis dan perkongsian teknologi hebat dengan Snowflake dan Microsoft Azure membolehkan kami untuk memberi perkhidmatan kepada keseluruhan ekosistem untuk menskala dan melayani pelbagai pasaran dengan pantas dan cekap.”

OAG mempunyai pelanggan merentasi ekosistem perjalanan dan dibenamkan di dalam enjin tempahan, aplikasi perjalanan dan hospitaliti, aplikasi syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian, metasearch, enjin carian dan aplikasi penjejakan penerbangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amaran Makluman Penerbangan, sila layari https://www.oag.com/flight-info-alerts.

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211116005080/en/


Hubungi

Media:
Chrissy Azevedo, Corporate Ink bagi pihak OAG
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.