ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  MSG SPORTS DAN MSG ENTERTAINMENT MENGUMUMKAN PERKONGSIAN PEMASARAN TANDATANGAN DENGAN INFOSYS

Thursday 18/11/2021



Infosys Dinamakan Rakan Inovasi Digital Rasmi

Perkongsian Termasuk Penciptaan Pusat Arahan di The Garden – Akan Menyampaikan Kemas Kini Operasi Masa Nyata untuk Meningkatkan Pengalaman Peminat

Infosys Akan Juga Meningkatkan Penglibatan Peminat Melalui Statistik Permainan Mendalam bagi New York Knicks dan Rangers

NEW YORK, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Madison Square Garden Sports Corp. (NYSE: MSGS) (“MSG Sports”), Madison Square Garden Entertainment Corp. (NYSE: MSGE) (“MSG Entertainment”) dan Infosys (NYSE: INFY), sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan dan perundingan digital generasi akan datang, hari ini mengumumkan satu Perkongsian Pemasaran Tandatangan berbilang tahun – menjadikan Infosys sebagai Rakan Inovasi Digital Rasmi bagi harta MSG utama termasuk New York Knicks, New York Rangers dan Madison Square Garden Arena.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211117005291/en/


Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, MSG Entertainment dan Infosys akan mewujudkan sebuah pusat arahan digital di dalam The Garden, yang menampilkan platform perkhidmatan dan platform teknologi Infosys. Melalui pengeluaran data dan analitik yang berterusan, pusat arahan itu akan menyediakan kakitangan di tapak dengan pengawasan masa nyata yang dipertingkatkan bagi operasi acara. Wawasan bernilai ini akan membolehkan kakitangan MSG untuk membuat keputusan segera bagi membantu menyampaikan pengalaman peminat yang lebih cekap dan lancar. Di samping itu, tetamu akan mempunyai akses untuk memilih data secara langsung, bagi membolehkan mereka memilih segala-galanya daripada pintu masuk/keluar yang terbaik kepada pilihan makanan dan minuman yang paling mudah.

“Madison Square Garden mengalu-alukan berjuta-juta orang setiap tahun dan satu daripada keutamaan kami yang paling penting ialah mencari cara baharu untuk menyampaikan suatu pengalaman bertaraf dunia kepada setiap seorang daripada mereka, sehingga ke butiran paling kecil – perkongsian Infosys ini membantu kami melakukan perkara itu ,” kata Andrew Lustgarten, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MSG Sports dan Presiden bagi MSG Entertainment. “Infosys berkongsi visi kami untuk menggunakan data dan analitik bagi meningkatkan pengalaman tetamu, dan kami tidak boleh lebih teruja kerana mereka menyertai kami dalam satu perkongsian yang begitu penting dan bersepadu.”

“Sebagai sebuah perniagaan yang memahami kewajipan bagi perusahaan untuk memacukan prestasi mapan, kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ikonik Madison Square Garden ketika ia terus berkembang menjadi sebuah arena pintar,” kata Salil Parekh, Ketua Pegawai Eksekutif, Infosys. “Sebagai rakan inovasi digital, kami akan menyampaikan kelebihan termaju bagi platform kami untuk membuka kunci nilai bagi MSG melalui kecekapan baharu yang membolehkan peminat untuk melibatkan diri dalam semua aspek acara di The Garden supaya mereka lebih lagi menghargai pengalaman MSG itu.”

Infosys akan meningkatkan pengalaman peminat Knicks dan Rangers dan menghubungkan seterusnya peminat dengan pasukan mereka dengan menyampaikan statistik yang mendalam semasa permainan. Infosys telah juga menjadi rakan penyampai bagi Infosys Concourse di tingkat 6 dan Tingkat Suite Infosys di tingkat 9 di The Garden. Infosys akan menerima penyatuan jenama yang besar di seluruh kawasan ini, serta penunjuk digital dan statik di semua permainan Knicks dan Rangers dan sebagai sebahagian daripada Siri Konsert Arena.

Selain itu, Infosys akan bekerjasama dengan Knicks Gaming, sebuah jenama esports MSG Sports. Infosys akan mengemukakan rakan bagi Pusat Latihan Permainan Knicks, sebaik sahaja kemudahan baharu itu siap. Infosys bekerjasama dengan Knicks Gaming untuk meningkatkan tahap esport atau sukan elektronik -- menggunakan penyelesaian yang berinovatif dan dikuasakan oleh data untuk membantu meningkatkan prestasi. Ini termasuk memperibadikan kandungan latihan bagi pemain melalui penggunaan AI bagi mengoptimumkan proses pembelajaran.

Maklumat mengenai Madison Square Garden Sports Corp.

Madison Square Garden Sports Corp. (MSG Sports) (NYSE: MSGS) adalah sebuah syarikat sukan profesional terkemuka, dengan koleksi aset yang termasuk: New York Knicks (NBA) dan New York Rangers (NHL); dua pasukan liga pembangunan -- Westchester Knicks (NBAGL) dan Hartford Wolf Pack (AHL); dan pasukan esports melalui Counter Logic Gaming, sebuah organisasi esport Amerika Utara yang terkemuka, dan Knicks Gaming, sebuah francais NBA 2K League. MSG Sports juga mengendalikan dua pusat prestasi pasukan sukan profesional -- Pusat Latihan MSG di Greenburgh, NY dan Pusat Prestasi CLG di Los Angeles, CA. Maklumat lanjut boleh didapati di www.msgsports.com.

Maklumat mengenai Madison Square Garden Entertainment Corp.

Madison Square Garden Entertainment Corp. (MSG Entertainment) adalah sebuah pemimpin di dalam hiburan langsung. Syarikat itu mempersembah atau menghoskan pelbagai acara dalam koleksi tempat mereka yang pelbagai: Madison Square Garden New York, Teater Hulu di Madison Square Garden, Dewan Muzik Radio City dan Teater Beacon; dan Teater Chicago. MSG Entertainment juga sedang membina sebuah tempat canggih baharu di Las Vegas, MSG Sphere di The Venetian. Selain itu, Syarikat itu menampilkan penerbitan asal -- Christmas Spectacular Dibintangi Radio City Rockettes - dan melalui Boston Calling Events, menghasilkan Boston Calling Music Festival. Dua rangkaian sukan dan hiburan serantau Syarikat itu, MSG Network dan MSG+, menyampaikan pelbagai kandungan sukan secara langsung dan program lain. Juga di bawah payung MSG Entertainment ialah Tao Group Hospitality, dengan jenama makan hiburan dan hiburan malam termasuk: Tao, Marquee, Lavo, Beauty & Essex, Cathédrale, Hakkasan dan Omnia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.msgentertainment.com.

Maklumat mengenai Infosys Ltd.

Infosys adalah sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan dan perundingan digital generasi akan datang. Kami membolehkan pelanggan di lebih 50 buah negara mengemudii transformasi digital mereka. Dengan lebih empat dekad pengalaman di dalam menguruskan sistem dan cara kerja perusahaan global, kami dengan mahir mengemudi pelanggan kami melalui perjalanan digital mereka. Kami melakukannya dengan membolehkan perusahaan dengan teras dikuasakan AI yang membantu mengutamakan pelaksanaan bagi perubahan. Kami juga memperkasakan perniagaan dengan digital skala yang tangkas untuk menyampaikan tahap prestasi dan kepuasan pelanggan yang belum pernah dicapai sebelum ini. Agenda pembelajaran kami yang sentiasa aktif memacukan peningkatan berterusan mereka melalui membina dan memindahkan kemahiran digital, kepakaran dan idea daripada ekosistem inovasi kami.

Layari www.infosys.com untuk melihat cara bagaimana Infosys (NSE, BSE, NYSE: INFY) boleh membantu perusahaan anda mengemudi seterusnya.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211117005291/en/


Hubungi

MSG:
Ryan Watson/212-465-5945
Ryan.Watson@msgsports.com

Infosys:
Harini Babu/469-996-3516
Harini_Babu@infosys.com

Sumber : Madison Square Garden Sports Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.