ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  BUKU 'LITERASI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA' DAPAT MEMBANTU KELUARGA MALAYSIA

Thursday 18/11/2021



Table

YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan buku ‘Literasi Kewangan Islam Di Malaysia’ dalam satu sesi secara dalam talian di Radio IKIM. (Dari kiri: Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, YBhg. Dr Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Kanan sekali: Pn. Nur Syahidah Abdul Jalil)


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menerbitkan buku ‘Literasi Kewangan Islam Di Malaysia’, yang telah dilancarkan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu sesi secara dalam talian di Radio IKIM.

Beliau dalam ucapannya antara lain berkata, penerbitan buku ini memang kena pada masanya. Berdasarkan statistik terkini kadar celik kewangan dalam kalangan  masyarakat Malaysia masih rendah iaitu sekitar 36-40 peratus berbanding 59 peratus bagi Singapura dan lebih 70 peratus bagi  negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi atau Organisation For Economic Operation And Development (OECD).

“Untuk membina ‘khayra ummah’, umat Islam memerlukan kekuatan  harta dan pengurusan kewangan yang baik. Sejajar dengan tema pentadbiran hal ehwal Islam yang  dibawa iaitu ‘Bersama Agensi Islam Menyantuni Keluarga Islam Mendepani COVID-19’, usaha yang dibuat oleh IKIM, UKM dan AKPK melalui penerbitan buku ini boleh dianggap sebagai satu  usaha yang boleh membawa KELUARGA MALAYSIA keluar daripada kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.” Beliau berkata demikian selepas sesi Wawancara Khas Bersama YB Menteri yang bertajuk ‘Kefahaman Islam Dalam Membawa Gagasan Keluarga Malaysia’ dalam slot Destinasi di Radio IKIM yang turut dihadiri oleh Dr Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.

Melalui usaha-usaha dan program celik kewangan, anggota masyarakat diharap dapat membina kembali kekuatan ekonomi baik di peringkat individu, keluarga mahupun komuniti dan  negara. Buku ini boleh didapati di www.ikimniaga.my atau dengan menghubungi Unit Pemasaran Dan Promosi Bahagian Ekonomi Dan Pemasaran IKIM di talian 03-62046386.

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
18 November 2021
 
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my


Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.