KAWASAKI, Jepun, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah pengganding foto automotif output transistor bervoltan tinggi, “
TLX9188,” untuk komunikasi isyarat terpencil dalam peralatan automotif, termasuk kenderaan mobiliti elektrik. Penghantaran besar-besaran bermula hari ini.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211117005019/en/ Transistor foto bervoltan tinggi TLX9188 memberikan penarafan voltan pemancar-pengumpul sebanyak 200V, 2.5 kali lebih tinggi daripada
TLX9185A Toshiba yang ada sekarang, yang pertama untuk syarikat
[1] itu. Dengan menentukan nilai maksimum untuk ciri-ciri pensuisan (masa hidup, masa mati), pengganding foto baharu itu boleh digunakan sebagai sebuah suis satu arah. Ia juga boleh digunakan dalam litar maklum balas bagi isyarat analog dalam peralatan 100V hingga 200V, membantu untuk mengurangkan kos litar penggunaan.
Nota:
[1] Untuk sebuah pengganding foto automotif
PenggunaanPeralatan automotif
· Sistem Pengurusan Bateri: pemantauan voltan, pengesanan geganti mekanikal, pengesanan kerosakan bumi, dsb.
· Maklum balas isyarat analog, dsb.
Ciri-ciri· Voltan kerosakan pengumpul-pemancar tinggi: V
(BR)CEO=200V (min)
· Nisbah pemindahan pengasingan tinggi: I
C/I
F=100% (min), taraf GB
· Voltan pengasingan tinggi: BV
S=3750Vrms (min)
· Julat penilaian suhu operasi yang luas: T
opr=-40 hingga 125°C
· Layak AEC-Q101
· Diperakui IATF 16949 diperakui
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TLX9188 Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengganding foto Toshiba.
Isolators/Solid State Relays Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai peranti automotif Toshiba.
Automotive Devices Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLX9188
Beli Dalam Talian Pertanyaan PelangganJabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik.
Tel: +81-44-548-2218
https://toshiba.semicon-storage.com/jp/contact.html *Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage CorporationToshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian dan penyimpanan semikonduktor termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.htmlLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211117005019/en/ HubungiPertanyaan Media:Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jpSumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA