ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  ​GRADIANT MENGUMPULKAN LEBIH $100 JUTA DALAM PEMBIAYAAN BAHARU UNTUK PERTUMBUHAN AIR BERTEKNOLOGI BERSIH

Monday 22/11/2021



· Warburg Pincus dan Schlumberger New Energy mendahului pusingan pembiayaan
· Pembiayaan akan digunakan untuk peluang-peluang pertumbuhan strategik, pembiayaan peringkat projek, penggunaan teknologi dan pemerolehan oportunistik
· Gradiant adalah sebuah penyedia penyelesaian global dan pembangun bagi projek air berteknologi bersih

BOSTON, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian rawatan air berteknologi bersih hujung ke hujung global terkemuka dan pembangun projek, hari ini mengumumkan ia telah mengumpulkan lebih $100 juta dalam pembiayaan Siri C. Pusingan itu diketuai oleh rakan kewangan dan strategik Warburg Pincus dan Schlumberger New Energy dan telah terlebih langgan daripada sasaran awal mereka sebanyak $65 juta. Pusingan itu menjadikan jumlah pembiayaan Gradiant setakat ini kepada lebih $200 juta sejak penubuhannya.

Gradiant membangun dan menyampaikan kemudahan rawatan air dan air buangan termaju di seluruh dunia, dengan tumpuan utama di rantau Asia Pasifik yang berkembang pesat bagi pemilik dan pengilang jenama-jenama global dengan keperluan misi kritikal di dalam air berteknologi bersih dan operasi mapan. Syarikat itu menawarkan sebuah portfolio yang luas bagi teknologi dan perkhidmatan proprietari dan dipatenkan untuk penyelesaian teknologi bersih hujung ke hujung yang menumpukan pada penggunaan semula air, pemulihan sumber, kepekatan air masin untuk pelepasan cecair minimum dan sifar (MLD / ZLD), dan penyelesaian digital untuk pengoptimuman prestasi loji. Gradiant menawarkan model yang fleksibel untuk reka bentuk-bina, penyelenggaraan-operasi, dan pembiayaan bagi projek berdasarkan kepada keperluan dan keadaan khusus pelanggan.

Pembiayaan itu akan membolehkan Gradiant untuk mengembangkan lagi ke dalam pasaran dan industri strategik; membiayai sumbangan ekuiti ke dalam aset projek baharu; mempercepatkan penggunaan inovasi dan penawaran teknologi Gradiant; dan secara strategik memperoleh syarikat pelengkap dan sinergistik dalam air berteknologi bersih dan kelestarian. Syarikat itu merancang untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam sektor utama seperti makanan dan minuman, mikroelektronik, farmaseutikal, dan perlombongan, dari geografinya yang sedia ada di Asia Pasifik, Amerika Syarikat dan Timur Tengah.

“Gradiant berada pada satu trajektori pertumbuhan yang menarik, diterajui oleh sebuah pasukan pengurusan yang mantap dengan pemahaman yang mendalam tentang penyelesaian air yang diperlukan bagi pelanggan mereka untuk meningkatkan kemapanan di dalam rantaian bekalan,” kata Roy Ben-Dor, Pengarah Urusan di Warburg Pincus. “Kejayaan Gradiant yang konsisten adalah satu gambaran mengenai kemajuan yang dicapai oleh pasukan itu dalam menawarkan penyelesaian air berteknologi bersih yang berbeza dan berkesan kepada jenama-jenama utama di dunia,” kata Jeff Luse, seorang Prinsipal di Warburg Pincus yang akan juga menyertai Lembaga Pengarah syarikat itu.

Gradiant telah mengalami pertumbuhan yang hebat, dengan hasil 2021 dijangka meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya dan ramalan kewangan jangka pendek dijangka terus berkembang pada kadar yang dipercepatkan melalui tunggakan kontrak reka bina (DB) dan reka-bina-milik-kendali-urus (DBOOM) mereka yang meningkat. Pemerolehan strategik terkini bagi Sigma Water (Malaysia) dan CRS Water (Australia) telah mewujudkan peluang untuk mengakses pelanggan, aplikasi dan geografi baharu apabila digabungkan dengan teknologi air bersih Gradiant serta keupayaan pembangunan dan pembiayaan projek. Pertumbuhan Gradiant baru-baru ini didorong oleh kejayaan projek di Asia Pasifik yang signifikan, di mana perindustrian pesat rantau ini dan pertumbuhan penduduk telah memacukan permintaan untuk air bersih dan teknologi yang mapan.

“Pelanggan kami adalah pemilik jenama Fortune 100 global di dalam pasaran dan industri teras,” kata Anurag Bajpayee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Gradiant. “Dengan tema biasa bahawa mereka guna dan merawat jumlah air yang luar biasa untuk operasi misi kritikal yang menjadikan dunia berputar untuk produk dan perkhidmatan penting mereka. Pelanggan kami semakin menghadapi tekanan kewangan dan sosial untuk menerajui pembangunan mapan dengan memaksimumkan penggunaan semula air & pemulihan sumber serta meminimumkan pembuangan ke alam sekitar dan penggunaan tenaga. Mereka melihat kepada Gradiant untuk inovasi, kepimpinan, dan pelaksanaan. Penyelesaian kami berada di tempat yang menarik untuk membolehkan pelanggan kami mencapai matlamat kelestarian mereka bagi memenuhi jangkaan pihak berkepentingan dan komuniti yang mereka layani.”

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan kepakaran Gradiant dalam pengurusan sumber & pemulihan serta rawatan air buangan termaju melalui sinergi di dalam teknologi dan pasaran strategik,” kata Ashok Belani, Naib Presiden Eksekutif, Schlumberger New Energy. “Gradiant menawarkan penyelesaian air bersih yang boleh mengubah keadaan yang boleh kami manfaatkan untuk bergerak ke arah visi bersama kami bagi masa depan yang mapan.”

Maklumat mengenai Gradiant

Gradiant adalah sebuah penyedia penyelesaian global terkemuka dan pemaju bagi projek air berteknologi bersih untuk rawatan air dan air buangan termaju. Penyelesaian teguh, hujung ke hujung Gradiant serta kepakaran penghantaran dan operasi teknikal yang terbukti membolehkan rawatan mapan dan kos efektif bagi cabaran air yang paling kompleks. Gradiant telah diasaskan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) untuk menyelesaikan masalah rawatan air yang paling mencabar melalui teknologi mapan untuk memberi satu kesan positif kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Gradiant memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka di seluruh dunia dari ibu pejabat korporat mereka di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, ibu pejabat serantau dan pusat R&D di Singapura, dan anak syarikatnya Gradiant India (Chennai), Gradiant China (Shanghai, Ningbo), Sigma Water (Malaysia), Gradiant Australia (Sydney), Gradiant Energy Services (Houston dan Midland, Texas, Amerika Syarikat) dan Gradiant Middle East (Arab Saudi). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gradiant.com.

Maklumat mengenai Warburg Pincus

Warburg Pincus LLC adalah sebuah pelabur pertumbuhan global terkemuka. Firma itu mempunyai lebih daripada $67 bilion dalam aset ekuiti persendirian di bawah pengurusan. Portfolio aktif firma itu yang terdiri daripada lebih 215 syarikat sangat dipelbagaikan mengikut peringkat, sektor dan geografi. Warburg Pincus ialah sebuah rakan berpengalaman kepada pasukan pengurusan yang ingin membina syarikat yang tahan lama dengan nilai mapan. Ditubuhkan pada tahun 1966, Warburg Pincus telah mengumpulkan 20 dana ekuiti persendirian, yang telah melabur lebih daripada $97 bilion di lebih 960 syarikat di lebih 40 buah negara. Firma itu beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di Amsterdam, Beijing, Berlin, Hong Kong, Houston, London, Luxembourg, Mumbai, Mauritius, San Francisco, São Paulo, Shanghai, dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.warburgpincus.com.

Maklumat mengenai Schlumberger New Energy

Schlumberger ialah penyedia terkemuka dunia bagi teknologi kepada industri tenaga global. Schlumberger New Energy meneroka saluran baharu bagi pertumbuhan dengan memanfaatkan modal intelektual dan perniagaan Schlumberger di pasaran tenaga baru muncul, dengan tumpuan kepada teknologi tenaga rendah karbon dan neutral karbon. Aktiviti mereka termasuk usaha niaga di dalam domain hidrogen, litium, penyimpanan tenaga, penangkapan dan pengasingan karbon, kuasa geoterma dan geotenaga untuk pemanasan dan penyejukan bangunan. Ketahui lebih lanjut di www.slb.com/newenergy.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211117005345/en/

Hubungi

Felix Wang
Gradiant, Naib Presiden Pemasaran
fwang@gradiant.com

Sumber : Gradiant

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.