ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  WEBINAR 'LIBERALISME DAN PENYEMPITAN AGAMA: APAKAH PANDUAN ISLAM'

Wednesday 24/11/2021



Table

YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merasmikan Webinar "Liberalisme dan Penyempitan Agama : Apa Panduan Islam?"


KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Liberalisme dan Penyempitan Agama: Apakah Panduan Islam?’ secara dalam talian, bagi membincangkan dua aliran pemikiran dan pentafsiran terhadap agama yang tersasar dari prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) yang menjadi teras kepada tradisi keilmuwan Islam sejak awal.

Aliran pemikiran liberal yang dipengaruhi oleh falsafah sekular Barat  mengandaikan bahawa ajaran Islam perlu disesuaikan dan diubah selari dengan perkembangan zaman. Pada satu ekstrem yang lain, terdapat kecenderungan  melampau dalam kalangan sebahagian kelompok masyarakat Islam yang memberikan tafsiran sempit dan keras terhadap sumber agama dengan menekankan kepada perkara-perkara furu’, tafsiran-tafsiran literal, serta mengetepikan tafsiran berwibawa ulama-ulama Islam yang muktabar.

Webinar yang telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini bertujuan untuk membincangkan sudut pandang Islam terhadap dua kecenderungan pemikiran dan pendekatan terhadap agama ini serta memberikan panduan kepada masyarakat Islam mengenai pentafsiran Islam yang sebenar. 

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Idris menyatakan bahawa wacana yang dianjurkan oleh IKIM  ini harus diteruskan sebagai usaha menyelesaikan masalah kecelaruan akal fikiran terutamanya dalam kalangan umat Islam serta dalam konteks membina Keluarga Malaysia yang lebih terpelajar, bersatu-padu dan beradab.

4 orang pembentang telah dijemput untuk membentangkan tajuk-tajuk yang relevan kepada perbincangan webinar ini iaitu: i) Dr. Azmil Zainal Abidin, Pensyarah Kanan daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya; ii) Prof. Madya Dr. Khalif Muammar, Pengarah Raja Zarith Sofia Center of Advanced Studies on Islam Science and Civilization (RZS CASIS), UTM; iii) Dr. Adian Husaini, Ketua Umum, Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia dan; iv)  Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, IKIM.

IKIM mengharapkan agar webinar ini akan menyumbang secara bermakna kepada pemeliharaan dan pengekalan ciri kesederhanaan dan keadilan sebagai peribadi penting umat Islam serta mampu memberi impak kepada usaha-usaha memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat secara keseluruhan.

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
24 November 2021

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my


Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.