ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 25, 2024 -Isnin

 
  MARY KAY INC. DAN YAYASAN MARY KAY ASH MENERUSKAN KOMITMEN DALAM PENCEGAHAN DAN PENGHAPUSAN KEGANASAN GLOBAL BERASASKAN JANTINA

Thursday 25/11/2021



Table
Vesna Jaric, Pegawai Bertanggungjawab, Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Foto: Mary Kay Inc.)
 
Komitmen kepada Gabungan Tindakan Kesaksamaan Generasi mengenai Keganasan Berasaskan Jantina dan Perkongsian Diperbaharui dengan Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita dan CARE Menggariskan Misi Jenama itu untuk Melindungi Wanita dan Gadis di seluruh Dunia

DALLAS, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai pengiktirafan kepada Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan terhadap Wanita yang akan datang yang memulakan 16 Hari bagi Aktivisme Terhadap Keganasan Berasaskan Jantina, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash hari ini mengumumkan satu komitmen bersama yang diperbaharui untuk pencegahan dan penghapusan keganasan berasaskan jantina dengan menyertai Gabungan Tindakan Kesaksamaan Generasi mengenai Keganasan Berasaskan Jantina. Komitmen itu—yang didedahkan oleh organisasi itu semasa Forum Kesaksamaan Generasi Wanita PBB di Paris baru-baru ini— hanyalah langkah terbaharu yang dilakukan oleh jenama kecantikan terkenal itu dan badan amalnya demi kepentingan meningkatkan kehidupan wanita di mana sahaja.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211124005749/en/ 

Gabungan Tindakan mengenai Keganasan Berasaskan Jantina, yang diketuai bersama oleh Wanita PBB dan oleh Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB), antara pemimpin lain, adalah satu pergerakan global yang berkuasa menggerakkan kerajaan, pertubuhan antarabangsa, dermawan, dan sektor swasta untuk menyampaikan kemajuan transformasi ke arah penghapusan keganasan berasaskan jantina melalui empat tindakan konkrit:

· Mewujudkan dasar, perundangan dan persekitaran sumber yang membolehkan;
· Meningkatkan pemprograman pencegahan yang didorong oleh bukti;
· Meningkatkan perkhidmatan yang komprehensif, boleh diakses dan berkualiti bagi  mangsa yang terselamat;
· Memboleh dan memperkasakan organisasi berautonomi yang diterajui oleh gadis dan hak wanita untuk menggunakan kepakaran mereka.

Satu matlamat bagi Gabungan Tindakan Keganasan Berasaskan Jantina Kesaksamaan Generasi adalah untuk mempunyai 550 juta lebih wanita dan gadis tinggal di negara-negara yang mempunyai undang-undang dan dasar-dasar yang melarang semua bentuk keganasan berasaskan jantina terhadap wanita dan gadis menjelang tahun 2026, antara lain. Semasa Forum itu, Wanita PBB komited untuk menguatkan sokongan dan pembiayaan kepada organisasi hak wanita dengan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mendapatkan geran minimum 100 juta USD yang akan diperuntukkan melalui Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB) sepanjang lima tahun akan datang.

“Terdapat kecemasan keganasan global berasaskan jantina,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Pelaburan untuk Mary Kay Inc., dan Naib Presiden bagi Lembaga Pengarah Yayasan Mary Kay AshSM. “Keganasan yang dialami oleh wanita dan gadis amat kurang dilaporkan—tetapi dianggarkan 1 dalam 3 wanita dan 1 dalam 4 gadis telah mengalami keganasan fizikal atau seksual daripada pasangan intim. Kita mesti mengambil tindakan sekarang. Sejak tahun 2000, Yayasan Mary Kay Ash telah menganugerahkan lebih daripada $58 juta kepada tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Komitmen kami kepada Gabungan Tindakan Mengenai Keganasan Berasaskan Jantina akan membolehkan kami untuk menghulurkan bantuan lebih jauh lagi.”

“Sejak tahun 1963, Mary Kay telah membuat satu komitmen untuk meningkatkan kehidupan gadis dan wanita di mana sahaja,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Orang Ramai bagi Mary Kay Inc. “Kami berbesar hati untuk menyertai kerajaan, sektor swasta dan NGO di seluruh dunia yang mempunyai aspirasi yang sama dalam ikrar ini untuk mencegah dan menghapuskan keganasan berasaskan jantina. Mencapai ekuiti sebenar akan mengubah dunia seperti yang kita ketahui—melabur di dalam wanita adalah kebaikan yang paling berkuasa yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan perubahan yang bermakna.”

Tahun lepas, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash bergabung tenaga dengan Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB) dan CARE, dua pejuang hak wanita, untuk meneruskan misi mereka bagi mencapai sebuah dunia yang bebas daripada keganasan terhadap wanita.

Sejak tahun 1996, Tabung Amanah PBB telah menyokong 609 pertubuhan dengan nilai keseluruhan $198 juta di 140 buah negara dan wilayah, melabur dalam penyelesaian yang diterajui masyarakat sivil yang berinovatif dan berasaskan bukti serta inisiatif yang mengubah kehidupan di peringkat nasional dan tempatan. Melalui perkongsian mereka dengan Tabung Amanah PBB, Mary Kay telah menyumbang untuk membiayai projek yang mengubah kehidupan untuk melindungi wanita dan gadis di 68 buah negara dan wilayah pada tahun 2021.

Pada tahun 2021, Tabung Amanah PBB menandakan ulang tahun mereka ke-25 dalam pemberian geran, sokongan dan komitmen untuk mengukuhkan masyarakat sivil dan organisasi hak wanita. Sempena ulang tahun mereka, Tabung itu menjemput semua orang untuk mengambil tindakan dan menyertai perjuangan melalui cabaran pendanaan awam mereka, #Give25forUNTF25, untuk memastikan masyarakat sivil dan organisasi hak wanita mendapat sumber pembiayaan jangka panjang dan fleksibel.

“Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash telah bergabung tenaga untuk mencapai cita-cita 5 Matlamat Pembangunan Lestari dan menamatkan keganasan terhadap wanita dengan memastikan pembiayaan jangka panjang, teras dan fleksibel kepada organisasi hak manusia di seluruh dunia yang merupakan penggerak balas pertama kepada wanita dan gadis yang terselamat,” kata Vesna Jaric, Pegawai Bertanggungjawab, Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita. “Ketika dunia terus mengalami krisis yang bertindan dan pelbagai, yang dikaitkan dengan peningkatan kadar keganasan terhadap wanita, mengancam keuntungan dalam hak wanita, perkongsian awam-swasta adalah sama pentingnya untuk membolehkan hasil yang berkekalan bagi wanita dan gadis di seluruh dunia.”

Ditubuhkan pada tahun 1945, CARE adalah sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang bekerja di seluruh dunia untuk menyelamatkan nyawa, membasmi kemiskinan, mencapai keadilan sosial dan memperjuangkan untuk wanita dan gadis. Wanita dan gadis adalah tumpuan teras bagi CARE kerana bukti menunjukkan bahawa menangani ketidaksamaan jantina adalah kunci untuk bertindak balas secara berkesan kepada krisis, mengatasi kemiskinan dan memastikan semua orang hidup dengan bermaruah dan selamat. Pada tahun 2020, Mary Kay memeterai satu perkongsian global dengan CARE untuk menyokong Kempen Tindak Balas Krisis organisasi itu dan komitmen untuk menghapuskan keganasan berasaskan jantina di mana sahaja termasuk tetapan kemanusiaan.

“Adalah mustahil bagi wanita dan gadis untuk mencapai kesaksamaan apabila keganasan dan gangguan seksual mengancam keselamatan mereka setiap hari,” kata Michelle Nunn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CARE. “Di seluruh dunia, kes keganasan berasaskan jantina telah meningkat dengan ketara semasa pandemik COVID-19, dengan panggilan ke talian bantuan meningkat 5 kali ganda di sesetengah negara dan wanita terkurung dengan si pendera. Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash bekerjasama dengan CARE untuk memastikan kami dapat mengurangkan risiko keganasan berasaskan jantina dan menyediakan penjagaan menyeluruh bagi mangsa yang terselamat. Semasa 16 Hari Aktivisme, kami meminta orang ramai untuk menyertai kami dalam menjawab seruan dan menyokong perubahan struktur dan sosial bagi menamatkan keganasan terhadap wanita di seluruh dunia.”

Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash menyertai penyokong hak wanita di seluruh dunia dalam meraikan ulang tahun ke-25 bagi Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita dan ulang tahun ke-75 CARE.

Tema global itu, yang ditetapkan oleh Kempen UNiTE Setiausaha Agung PBB, untuk 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Jantina 2021 ini, yang akan berlangsung dari 25 November hingga 10 Disember 2021, ialah “Mengorenkan Dunia: Tamatkan keganasan terhadap wanita sekarang!”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Yayasan Mary Kay Ash

Dengan berpandukan impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana jua, Yayasan Mary Kay Ash℠ mengumpul dan mengagihkan dana untuk melabur dalam penemuan penyelidikan kanser untuk mencari penawar bagi kanser yang berkaitan dengan wanita dan menghentikan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, Yayasan Mary Kay Ash℠ telah menyumbang lebih daripada $80 juta kepada organisasi yang selari dengan misi dua matlamat mereka. Selain itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan komuniti, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita dapat menjadikan dunia lebih baik untuk kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menyumbang, dan menyertai usaha yang menyelamatkan nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayashfoundation.org, temui kami di Facebook dan Instagram, atau ikuti kami di Twitter.

Maklumat mengenai Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita

Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB), yang diuruskan oleh Wanita PBB bagi pihak sistem PBB, merupakan satu-satunya mekanisme pemberian geran global yang khusus untuk membasmi semua bentuk keganasan terhadap wanita dan gadis. Dalam tempoh 25 tahun kewujudannya, ia telah menyokong 609 organisasi, melabur di dalam penyelesaian yang diterajui masyarakat sivil yang berinovatif dan berasaskan bukti serta projek yang mengubah kehidupan. Projek yang dibiayai itu memberi tumpuan kepada mencegah keganasan, melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar bagi menangani dan menghapuskan keganasan terhadap wanita dan gadis, dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting bagi mangsa yang terselamat. Ketahui lebih lanjut di untf.unwomen.org  dan ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter.

Maklumat mengenai CARE

Ditubuhkan pada tahun 1945 dengan penciptaan Pakej CARE®, CARE adalah sebuah organisasi kemanusiaan terkemuka yang memerangi kemiskinan global. CARE mempunyai lebih daripada tujuh dekad pengalaman menyampaikan bantuan kecemasan semasa krisis. Tindak balas kecemasan kami memberi tumpuan kepada keperluan bagi populasi yang paling mudah terjejas, terutamanya gadis dan wanita. Tahun lepas CARE bekerja di 100 buah negara dan menjangkau kepada hampir 70 juta orang di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.care.org.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211124005749/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.