ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  FORUM INOVASI UNTUK BUMI SEJUK (ICEF) MENGUMUMKAN PELAN HALA TUJU DI COP26 UNTUK MEMANFAATKAN POTENSI PEMINERALAN KARBON YANG TIDAK DIGUNAKAN

Monday 29/11/2021

Asianet 93205

TOKYO, 29 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Pelan hala tuju ICEF telah dibentangkan pada satu acara sampingan rasmi pada Persidangan Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) dan ia membincangkan “Laluan kepada Neutraliti Karbon menjelang 2050” dengan organisasi yang dihoskan bersama: Institut Antarabangsa untuk Analisis Sistem Gunaan (IIASA), Institut Tenaga dan Sumber (TERI) dan Institut Kebangsaan bagi Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (RIVM).
https://www.youtube.com/watch?v=Wc5TrR6PI58
 
Pada Pavilion Jepun bagi sesi ke-26 Persidangan bagi Pihak-pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP26), acara pelancaran pelan hala tuju telah diadakan, di mana “Inisiatif perindustrian, kerajaan dan akademik untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050” telah dibincangkan dengan penceramah dari Inisiatif CEM CCUS, Universiti Columbia dan Hitachi.
https://www.youtube.com/watch?v=E1mkwmBL09o
 
-Pelan hala tuju ICEF “Pemineralan Karbon”
Setiap tahun, ICEF (*) memberi tumpuan kepada satu teknologi yang dijangka menyumbang dengan ketara kepada pelepasan sifar bersih jangka panjang dan mewujudkan sebuah pelan hala tuju.
 
(*) ICEF adalah sebuah platform antarabangsa yang diketuai oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun dan Pertubuhan Pembangunan Teknologi Perindustrian dan Tenaga Baharu (NEDO) sejak tahun 2014. Misi itu adalah untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim melalui langkah-langkah berinovatif. Sesi ICEF tahun ini telah diadakan sebagai sebahagian daripada “Minggu ‘Melampaui Sifar’ Tokyo.”
https://www.meti.go.jp/english/policy/energy_environment/
global_warming/roadmap/tokyo_beyond-zero_week/index.html

 
Pelan hala tuju terkini memaparkan pemineralan karbon, satu proses semula jadi di mana karbon dioksida (CO2) menjadi terikat dalam batu sebagai sebuah mineral pepejal, menyingkirkan CO2 secara kekal daripada atmosfera.

Dalam proses semula jadi ini, jenis batuan tertentu bertindak balas dengan CO2 dan air, menetapkan CO2 sebagai sebuah mineral tidak berbahaya tanpa menggunakan tenaga. Pemineralan karbon boleh dilaksanakan di berpuluh-puluh buah negara di seluruh dunia oleh kerana simen dan sisa industri seperti sanga keluli boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada galian semula jadi yang terdapat di pelbagai negara. Galian yang ditaburkan ke tanah dijangka mempercepatkan proses pemineralan karbon dan menghasilkan faedah sekunder sebagai baja dan pembaikan tanah untuk tanah ladang. Dengan pelepasan CO2 global pada masa ini iaitu kira-kira 33.5 bilion tan (*), adalah dianggarkan bahawa pemineralan karbon boleh mengurangkan CO2 sebanyak beberapa bilion tan menjelang tahun 2050.
(*) Buku Panduan EDMC bagi Statistik Tenaga & Ekonomi Jepun & Dunia 2021: pelepasan pada 2018.
 
Untuk butiran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202111123283-O1-50jW2OFl.pdf

Laman web rasmi: https://www.icef.go.jp/
Saluran YouTube rasmi:
https://www.youtube.com/channel/UC7ouNL9NbvDomDTfiubi8iw

Sumber: Sekretariat ICEF

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.