XIAMEN, China, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekonomi marin di Xiamen dijangka menerima pembangunan berkualiti tinggi semasa tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-14 (2021-25) memandangkan ia telah baru-baru ini dijamin status sebuah bandar raya utama dalam membangunkan sektor marin di wilayah Fujian di China Timur.
Kerajaan perbandaran itu telah mengeluarkan dua rancangan pembangunan, yang menyatakan bahawa usaha perlu dibuat untuk meningkatkan peranan mereka dalam memperkukuhkan ekonomi marin wilayah itu.
Menurut rancangan itu, Xiamen akan menubuhkan kelompok strategik industri marin yang baru muncul dengan mempromosikan pengkomersilan bagi pencapaian saintifik dan teknologi.
Usaha akan dilakukan untuk mempercepatkan pembinaan sebuah zon demonstrasi nasional bagi ekonomi marin. Industri biologi marin akan juga diusahakan, dan membina pangkalan bekalan global bagi produk marin.
Xiamen akan memupuk pemacu baharu bagi pertumbuhan untuk ekonomi marin, seperti membina dirinya menjadi sebuah Pusat Perkapalan Antarabangsa Tenggara dan meningkatkan kecekapan bagi sistem pengangkutan perkapalan laut.
Pelan itu menyatakan bahawa setakat tahun 2023, Xiamen akan menubuhkan sebuah sistem perindustrian marin moden yang disokong oleh industri marin yang baru muncul, perikanan moden, logistik pelabuhan, dan pelancongan pantai mewah.
Kerajaan tempatan itu telah juga meningkatkan usaha untuk mempertingkatkan keupayaan penyelidikan asas, dan membina satu kumpulan institusi penyelidikan saintifik marin. Pelbagai langkah sokongan telah dilaksanakan untuk merangsangkan lagi kevitalan bagi inovasi saintifik dan teknologi.
Sebuah taman perindustrian berteknologi tinggi untuk industri marin dijangka dibina di Xiamen, yang akan memajukan pembangunan industri marin mewah.
Disokong oleh kehebatan teknologi dan saintifik yang kukuh, nilai keluaran bagi industri marin Xiamen akan mencecah 300 bilion yuan menjelang tahun 2025, yang dianggarkan menyumbang 30 peratus daripada jumlah KDNK bandar raya itu.
Sebagai sebuah bandar raya pelabuhan utama bagi Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Xiamen akan meningkatkan usaha untuk menarik perusahaan marin bertaraf dunia dan teknologi teras, menggalakkan perusahaan Xiamen untuk ke luar negara, dan memperdalamkan pembukaan dan kerjasama di dalam ekonomi marin.
Bandar raya itu akan membangunkan dirinya menjadi sebuah pelabuhan bertaraf dunia, sebuah bandar raya pelancongan pantai antarabangsa, sebuah pusat pertukaran kebudayaan lautan bagi negara-negara dan wilayah yang terlibat di dalam Inisiatif Belt and Road, serta sebuah model global untuk tadbir urus ekologi marin.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211126005477/en/HubungiLorraine Yuan
lorraine@hehutech.cn13911130781
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran XiamenTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA