DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tiga menteri kerajaan UAE akan menyertai menteri-menteri dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Forum Perniagaan Global ASEAN yang pertama, yang berlangsung di Ekspo 2020 Dubai pada 8 hingga 9 Disember.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005531/en/Dianjurkan oleh Dewan Dubai dengan kerjasama Ekspo 2020 Dubai, GBF ASEAN akan diadakan di bawah tema
Perbatasan Baharu. Forum itu, yang menampilkan lebih 40 orang penceramah dan 25 panel perbincangan, akan meneroka perubahan dinamik bagi negara-negara ASEAN dan peluang-peluang untuk meningkatkan hubungan perdagangan, perniagaan dan pelaburan dua hala di antara kedua-dua rantau itu.
Mewakili UAE di GBF ASEAN ialah T.Y.T. Reem Al Hashemi, Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa dan Ketua Pengarah bagi Ekspo 2020 Dubai; T.Y.T. Omar Sultan Al Olama, Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jarak Jauh; dan T.Y.T. Dr Thani Al Zeyoudi, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar Negeri.
Tiga orang menteri UAE itu akan berucap pada acara itu bersama-sama dengan T.Y.T. Abdul Aziz Al Ghurair, Pengerusi bagi Lembaga Dewan Dubai dan T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dewan Dubai.
Menteri-menteri kerajaan dari rantau ASEAN yang menyertai forum itu termasuk T.Y.T. Ramon Lopez, Setiausaha (Menteri), Jabatan Perdagangan & Industri, Republik Filipina; T.Y.T. William Dar, Setiausaha (Menteri), Jabatan Pertanian, Republik Filipina; T.Y.T. Fortunato De La Pena, Setiausaha (Menteri), Setiausaha Sains dan Teknologi, Naib Pengerusi, Majlis Angkasa Filipina, Republik Filipina; T.Y.T. Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung, Sekretariat ASEAN; dan Mohmed Razip Haji Hasan, Ketua Pengarah, Pusat Pelancongan Islam.
“Barisan penceramah berkaliber tinggi itu mencerminkan komitmen kuat dari UAE dan negara-negara ASEAN dalam mengembangkan kerjasama ekonomi dan memanfaatkan sinergi perdagangan dan pelaburan sedia ada. Terdapat potensi yang luas untuk menjalin perkongsian baharu di antara perniagaan UAE dan rakan sejawatan mereka dari ASEAN dan kami berharap untuk menerokainya pada forum akan datang,” kata T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dewan Dubai.
Nota EditorDitubuhkan pada tahun 1965, Dewan Perniagaan & Industri Dubai adalah sebuah entiti awam yang tidak mencari untung, yang misinya adalah untuk mewakili, menyokong dan melindungi kepentingan komuniti perniagaan di Dubai dengan mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang menggalakkan, menyokong pembangunan perniagaan, dan dengan mempromosikan Dubai sebagai sebuah hab perniagaan antarabangsa.
*Sumber: AETOSWireLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005531/en/HubungiRuba Abdel HalimPengurus, Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat, +97142028450
ruba.halim@dubaichamber.comSumber: Dewan Perniagaan & Industri DubaiTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA