GlobalAnalyst membantu pelabur mencari peluang baharu dan mempelbagaikan portfolio merekaGREENWICH, Conn., 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah firma pembrokeran global, hari ini memperkenalkan GlobalAnalyst, sebuah peranti baharu yang membolehkan pelabur untuk membandingkan penilaian relatif dan metrik kewangan bagi saham di seluruh dunia.
GlobalAnalyst direka bagi pelabur yang berminat di dalam kepelbagaian portfolio antarabangsa untuk menemui syarikat-syarikat yang kurang nilai yang mungkin mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih besar. Menyedari bahawa ia boleh menjadi mencabar bagi pelabur untuk menilai merit relatif bagi saham-saham yang didagangkan dalam mata wang yang berbeza, Interactive Brokers mencipta sebuah peranti yang mudah namun berkuasa untuk membandingkan sebarang jumlah saham mengikut pelbagai metrik dalam satu daripada 27 mata wang pilihan pengguna. Begitu juga, pengguna boleh membeli dan menjual serta mengikuti saham-saham ini dalam mata wang pilihan mereka, kesemuanya dalam sebuah akaun pada satu skrin.
Dengan menggunakan GlobalAnalyst, pelabur boleh mencari saham mengikut wilayah, negara, industri, permodalan pasaran dan mata wang untuk mengenal pasti saham yang kurang nilai di seluruh dunia. Satu jadual yang memaparkan pasaran semasa dan pelbagai metrik kewangan, seperti Nisbah P/E/G (PE dibahagikan dengan kadar pertumbuhan pendapatan kompaun tiga tahun). PEG di bawah 1.0 mencadangkan sebuah syarikat dinilai rendah, manakala PEG di atas 1.0 mencadangkan sebuah syarikat telah dinilai terlalu tinggi.
“Selain menawarkan pilihan pelaburan daripada lebih 135 pasaran global, kami terus menyediakan kepada pelabur dengan teknologi dan peranti terkemuka untuk membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat,” kata Thomas Peterffy, Pengerusi dan Pengasas bagi Interactive Brokers. “GlobalAnalyst adalah sebuah peranti yang hebat bagi pelabur individu dan peniaga yang canggih untuk memulakan carian mereka, ingin mengambil kesempatan daripada faedah melabur secara global. Kami menekankan bahawa analisis menyeluruh mesti sentiasa mengikuti penemuan awal.”
Kesederhanaan GlobalAnalyst menjadikannya amat berguna bagi mana-mana pelabur yang menjalankan satu carian pantas untuk saham antarabangsa dan tersedia secara percuma di laman web Interactive Brokers:
Amerika Syarikat:
ibkr.com/ganalystUnited Kingdom:
ibkr.co.uk/ganalystEropah Tengah:
interactivebrokers.hu/ganalystEropah Barat:
ibkr.ie/ganalystSingapura:
ibkr.com.sg/ganalystAustralia:
ibkr.com.au/ganalystHong Kong:
ibkr.hk/ganalystKanada:
ibkr.ca/ganalystMaklumat mengenai Interactive Brokers Group, Inc.:Ahli gabungan Interactive Brokers Group menyediakan pelaksanaan perdagangan automatik dan penjagaan bagi sekuriti, komoditi dan pertukaran asing sepanjang masa di lebih 135 pasaran di pelbagai negara dan mata wang, daripada satu Akaun Pelaburan Bersepadu IBKR tunggal kepada pelanggan di seluruh dunia. Kami memberi perkhidmatan kepada pelabur individu, dana lindung nilai, kumpulan perdagangan proprietari, penasihat kewangan dan memperkenalkan broker. Tumpuan kami selama empat dekad terhadap teknologi dan automasi telah membolehkan kami untuk melengkapkan pelanggan kami dengan satu platform yang unik dan canggih bagi menguruskan portfolio pelaburan mereka. Kami berusaha untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan harga pelaksanaan dan perdagangan yang menguntungkan, peranti pengurusan risiko dan portfolio, kemudahan penyelidikan dan produk pelaburan, kesemuanya pada kos yang rendah atau tanpa kos, sekali gus menempatkan mereka untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan. Barron menempatkan Interactive Brokers pada kedudukan #1 dengan 5 dari 5 bintang dalam Tinjauan Broker Dalam Talian Terbaik, 26 Februari, 2021 mereka.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211130005343/en/HubungiInteractive Brokers Group, Inc.
Media: Katherine Ewert,
media@ibkr.comSumber : Interactive Brokers Group, Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA