ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  JENAMA MALAYSIA MR D.I.Y., AEON, GETHA, UNIFI, MUNCHYS, TENAGA NASIONAL, SECRET RECIPE, BOH DAN SPRITZER KESEMUANYA DINAMAKAN SEBAGAI PEMENANG KETIKA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2021 BERLANGSUNG SECARA MAYA

Wednesday 01/12/2021



LONDON, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi keempat belas bagi Anugerah Penjenamaan Dunia menyaksikan lebih 500 jenama dari lebih 60 buah negara dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun Ini” dan mengalu-alukan lebih daripada 100 orang tetamu dari seluruh dunia untuk berhubungan secara jarak jauh dan meraikan pencapaian mereka pada majlis pertama Forum itu yang berlangsung secara Maya.

Spotify, Zoom, Yakult, NetFlix, Amazon, CoCo, The Lego Group, Neutrogena, Nescafé, Nike, Heinz, L'Oréal, Starbucks, Beijing Tong Ren Tang, Google, Schwarzkopf dan VISA adalah di antara beberapa jenama terbaik Dunia yang diumumkan sebagai Pemenang Global dalam majlis dalam talian yang pertama di Istana Kensington.

Pemenang dari Malaysia termasuk Mr D.I.Y. (Anugerah peringkat Serantau), Aeon, Getha, Unifi, Munchys, Tenaga Nasional, Secret Recipe, BOH dan Spritzer. Pemenang peringkat kebangsaan lain termasuk Telstra (Australia), Carrefour (Perancis), Airland (Hong Kong), Sparco (Itali), Bangkok Bank (Thailand), Sinarmas Land (Indonesia) dan ToastBox (Singapura).

Hanya dua belas jenama dipilih untuk menerima anugerah Peringkat Serantau pada tahun ini termasuk Farmhouse, H&M, Mr D.I.Y., De'Longhi dan Pandora – satu pencapaian yang hanya boleh dicapai oleh segelintir pihak yang terpilih melalui proses pencalonan, penghakiman dan penilaian unik Forum itu, yang memerlukan 70% penyertaan pengguna untuk mencari jenama kegemaran orang awam.

“2021 adalah amat sukar bagi perniagaan di seluruh dunia. COVID-19 memaksa banyak jenama untuk menyesuaikan diri dengan satu kebiasaan baharu, dan Anugerah itu meraikan usaha yang telah dilakukan oleh perniagaan ini di dalam penjenamaan dan pemasaran mereka. Setiap pemenang telah memenangi kasih sayang dan kepercayaan pengguna mereka dan Anugerah tersebut adalah buktinya,” kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.

Lebih 1.3 juta undian pengguna telah diterima sejak permulaan Anugerah itu dan tahun ini lebih daripada 345,000 pengguna menyertai di dalam proses pencalonan di seluruh dunia. Secara purata hanya terdapat 7 jenama pemenang di setiap negara, ia membuktikan bahawa memenangi sebuah Anugerah Penjenamaan Dunia sememangnya satu pencapaian yang luar biasa.

Acara itu telah dihoskan oleh penyampai televisyen, Jemma Forte, dan Forum itu merancang untuk kembali ke Istana Kensington pada tahun depan.

Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.

###

Maklumat mengenai Anugerah Penjenamaan Dunia

Anugerah Penjenamaan Dunia adalah anugerah terunggul bagi Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian bagi beberapa jenama terbaik dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://awards.brandingforum.org.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211130005585/en/


Hubungi

Kira Heather
media@brandingforum.org
+44(0)2037439880

Sumber: Anugerah Penjenamaan Dunia

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.