ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  NTHU: SEBUAH MODEL KELESTARIAN

Monday 06/12/2021



Table

​Universiti Nasional Tsing Hua telah dianugerahkan dengan Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan. Presiden Hocheng Hong (tengah) dan Ketua Pegawai Kelestarian Tai Nyan-hwa (dua dari kiri), Pengarah Pejabat Kelestarian Lin Fu-ren (pertama dari kiri), Naib Presiden dan Ketua Staf King Chung-Ta (dua dari kanan ), Dekan bagi Kolej Antarabangsa Doong Ruey-an (pertama dari kanan). (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) telah dianugerahkan dengan Anugerah Kelestarian Universiti Taiwan pada Anugerah Kelestarian Korporat Taiwan (TCSA) ke-14 yang diadakan oleh Institut Taiwan bagi Tenaga Lestari (TAISE) pada 17 November. Terserlah di antara 38 universiti yang mengambil bahagian, NTHU telah disenaraikan pada kedudukan pertama di dalam penilaian komprehensif, dan di dalam pertandingan individu juga menerima Anugerah Kepimpinan Rangkuman Sosial dan Anugerah Emas Laporan Kelestarian Universiti.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211202005031/en/

Hakim-hakim menyebut cara teladan di mana NTHU telah membina kecekapan teras mereka di dalam pengajaran dan penyelidikan untuk bertindak balas dengan tindakan konkrit dalam memenuhi keperluan pembangunan lestari, termasuk pelaksanaan bagi sebuah kempen di seluruh kampus untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon. Di samping itu, mereka kagum dengan etika tempat kerja NTHU yang menekankan kepelbagaian dan kesaksamaan, serta cara fakulti dan kakitangan diberikan ganjaran untuk prestasi cemerlang dalam penyelidikan, pengajaran, kaunseling dan perkhidmatan awam, yang kesemuanya telah memberi kesan positif kepada masyarakat yang lebih besar dan meningkatkan profil antarabangsa universiti itu. Dari segi kelestarian, NTHU telah secara konsisten menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan moto sekolah mereka, “To Oneself Be True, Give Nature Its Due.”

Presiden Hocheng Hong berkata bahawa keindahan alam semula jadi kampus itu adalah seiring dengan prinsip kelestarian. Selain menjadi universiti pertama di Taiwan yang melantik seorang ketua pegawai kelestarian, NTHU mempunyai sebanyak 517 kursus peringkat siswa yang berkaitan dengan kelestarian, dan 216 di peringkat siswazah, yang kesemuanya berjumlah 13% daripada kursus di sekolah itu.

Naib presiden kanan dan ketua pegawai kelestarian NTHU Tai Nyan-hwa menegaskan bahawa untuk memperdalamkan konsep kelestarian di semua peringkat, setiap jabatan pentadbiran dan akademik telah melantik seorang pegawai kelestarian, kesemua 26 daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Kelestarian, yang bertemu setiap dua bulan untuk membincangkan perkembangan terkini dan menyelaraskan usaha mereka.

Pengarah Pejabat Kelestarian Lin Fu-ren berkata memandangkan penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan awam merupakan tugas paling penting bagi sebuah universiti, usaha awal sekolah itu dalam menggalakkan kelestarian tertumpu kepada menggalakkan guru, penyelidik dan pelajar untuk menyepadukan prinsip bagi kelestarian ke dalam kerja mereka yang berterusan. Ramai ahli fakulti di NTHU sedang menjalankan penyelidikan yang berkait rapat secara langsung dengan 17 matlamat pembangunan mapan yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam proses itu, mereka telah menunjukkan cara bagaimana memberi perhatian kepada sesuatu isu yang menjanakan perubahan positif.

Lin berkata sebagai tambahan kepada Biasiswa Rising Sun yang berterusan untuk pelajar yang kurang bernasib baik dari segi kewangan, NTHU telah menubuhkan sebuah dana khas untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran akibat daripada pandemik COVID-19, yang kedua-duanya berkait dengan matlamat kelestarian PBB iaitu “tiada kemiskinan” dan “pendidikan berkualiti.”

Lin juga menegaskan bahawa untuk menjadikan pembangunan lestari sebagai satu kenyataan memerlukan menanam benih kelestarian di dalam jiwa pelajar, supaya apabila mereka tamat pengajian, benih ini akan bertunas dan tumbuh kukuh di seluruh masyarakat.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211202005031/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.