ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​MAJLIS MENANDATANGANI PROJEK KERJASAMA DI ANTARA KOLEJ VOKASIONAL JINAN DAN IPB INTERNATIONAL BERLANGSUNG

Friday 10/12/2021

AsiaNet 93609

Table
 
Liu Shaohui, Timbalan Pengarah bagi Biro Pendidikan Jinan, Pang Long, Timbalan Pengarah bagi Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri bagi Kerajaan Rakyat Jinan, Gao Jisong, Pengarah bagi Pejabat Asia Amerika Oceania, Wang Chunguang, Setiausaha Parti bagi Kolej Vokasional Jinan, dan Su Xuyong, Dekan bagi Kolej Vokasional Jinan, menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu.



JINAN, China, 10 Dis., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 1 Disember, majlis menandatangani projek kerjasama di antara Kolej Vokasional Jinan dan Institut Pariwisata dan Bisnis Internasional (IPB Internasional) secara dalam talian telah diadakan di Kampus Kolej Vokasional Jinan di bandar raya Jinan di wilayah Shandong dan Kampus IPBI di Bali. Pada majlis itu, Kolej Vokasional Jinan mengumumkan penubuhan cawangan luar negara mereka yang pertama – satu pembuktian bagaimana Jinan telah membangunkan secara inovatif penyampaian kursus pendidikan vokasional mereka dalam era baharu ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai tindak balas kepada Inisiatif Belt and Road, Kolej Vokasional Jinan telah menjalankan program pendidikan yang terbuka, pelbagai dan mengandungi pelbagai aspek. Ia telah mengukuhkan pertukaran dan kerjasama mereka di peringkat antarabangsa dengan tujuan untuk memacukan pembangunan ekonomi dan sosial serantau Jinan. Sejak tahun 2018, apabila ia memulakan pengambilan dan pengajaran bagi pelajar antarabangsa, Kolej Vokasional Jinan telah merekrut lebih 200 orang pelajar antarabangsa dari 13 buah negara Asia, sekali gus mewujudkan satu jenama baharu bagi kerjasama pendidikan antarabangsa yang mereka cipta ‘Belajar di Jinan’.

Pusat Latihan Pemandu Pelancong Kebudayaan Bali Utara Kolej itu merupakan kampus pertama mereka yang ditubuhkan di luar China. Ia merupakan satu lagi langkah yang berfikiran ke hadapan sebagai tindak balas kepada Inisiatif Belt and Road dan merupakan satu langkah penting di dalam penerokaan kerjasama pendidikan di antara China dan institusi ASEAN. Mengendalikan sebuah sekolah di luar negara melambangkan kemajuan besar bagi Kolej Vokasional Jinan.

“Kami akan menggunakan peluang ini untuk meneroka model pendidikan bersama antarabangsa ‘Cina+’,” kata Wang Chunguang, Setiausaha Parti bagi Kolej Vokasional Jinan. “Kami akan menyediakan kepada pelajar Indonesia dengan program pemandu pelancong profesional dan kursus bahasa Cina, melakukan pertukaran dan kerjasama yang komprehensif melalui program pertukaran guru dan pelajar bersama, pertukaran kebudayaan, pertukaran pakar, dan kerjasama penyelidikan dalam bidang profesional untuk membuka peluang baharu di dalam kerjasama pendidikan antarabangsa.”

Sumber: Kolej Vokasional Jinan

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=410434

Kapsyen: I Made Sudjana, Presiden bagi IPB International, menyampaikan ucapan.

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=410441

Kapsyen: Liu Shaohui, Timbalan Pengarah bagi Biro Pendidikan Jinan, Pang Long, Timbalan Pengarah bagi Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri bagi Kerajaan Rakyat Jinan, Gao Jisong, Pengarah bagi Pejabat Asia Amerika Oceania, Wang Chunguang, Setiausaha Parti bagi Kolej Vokasional Jinan, dan Su Xuyong, Dekan bagi Kolej Vokasional Jinan, menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu.

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=410442

Kapsyen: Su Xuyong, Dekan bagi Kolej Vokasional Jinan, menandatangani memorandum itu dan bergaya untuk sebuah gambar berkumpulan.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.