ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  OSAKA MENGADAKAN PARTI BESAR YANG DISAMPAIKAN OLEH JAWATANKUASA EKSEKUTIF PARTI MIDOSUJI UNTUK MEMPROMOSIKAN EKSPO 2025

Monday 13/12/2021

AsiaNet 93457

OSAKA, Jepun, 13 Dis, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Untuk membina momentum bagi EKSPO 2025 Osaka, Kansai, “Parti Musim Sejuk Nakanoshima – Laluan ke EKSPO 2025 –“ telah diadakan di bandar raya Osaka pada 28 November.

Acara itu telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif bagi Parti Midosuji yang terdiri daripada kerajaan-kerajaan wilayah dan perbandaran Osaka dan entiti lain.

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202111304122?p=images

Gabenor Osaka Hirofumi Yoshimura dan Datuk Bandar Ichiro Matsui telah mengisytiharkan pembukaan parti itu.

Kenji Wakamiya, menteri bagi Eksposisi Dunia 2025 di Osaka, memberitahu kira-kira 4,500 orang penonton, “Saya ingin anda untuk membantu membina momentum bagi EKSPO 2025 Osaka, Kansai.”

Wakamiya menggesa penonton untuk menggalakkan lebih banyak negara agar menyertai ekspo itu. “Kami merancang untuk menjemput 150 buah negara untuk menyertai ekspo itu. Tetapi untuk mencapai itu, kami perlu memastikan penyertaan 90 buah lagi negara. Saya ingin anda berkongsi tarikan ekspo itu dengan dunia melalui media sosial.”

Dua kumpulan, yang akan membuat persembahan pada Hari Jepun di Ekspo Dubai pada 11 Disember, turut menyertai parti itu. Satu unit khas yang terdiri daripada pelajar sekolah vokasional tempatan dan pelawak Charlotte, yang mempunyai lebih 1.35 juta pengikut di luar negara, menyanyikan lagu, dan Syarikat OSK Nippon Revue yang meraikan ulang tahun ke-100 penubuhannya pada tahun 2022 turut mempersembahkan sebuah tarian.

Hiroyuki Ishige, setiausaha agung bagi Persatuan Jepun untuk Eksposisi Dunia 2025, berkata penganjur akan cuba mengurangkan masa menunggu sebelum memasuki pavilion semasa ekspo itu. “Orang ramai mempunyai tanggapan bahawa mereka perlu menunggu lama untuk memasuki sesebuah pavilion di sesebuah ekspo, tetapi kami ingin mengurangkannya sebanyak mungkin, sebaik-baiknya kepada sifar,” kata beliau.

Dengan menyatakan “Dilahirkan Semula” sebagai tema bagi pavilion Wilayah/Bandar Raya Osaka, Datuk Bandar Matsui berkata beliau menjangkakan pavilion itu dapat menunjukkan Osaka sedang giat mempromosikan kesihatan orang ramai.

“Kami ingin mewujudkan sebuah pavilion kesihatan Osaka untuk memberi peluang kepada pelawat menikmati pelbagai pengalaman, termasuk yang melibatkan perubatan pencegahan, untuk membantu orang ramai menikmati umur yang panjang, dan menunjukkan kepada dunia bahawa Osaka memainkan satu peranan penting di dalam mempromosikan kesihatan,” kata Datuk Bandar itu.

Pasangan pop popular dan duta ekspo Kobukuro menyempurnakan parti itu dengan satu persembahan secara langsung.

Sumber: Jawatankuasa Eksekutif bagi Parti Midosuji

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.