ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  GUIZHOU MENUAI HASIL TANAMAN YANG LUAR BIASA BANYAKNYA DENGAN PENGELUARAN BIJIRIN MENINGKAT 3.49 PERATUS PADA TAHUN 2021

Monday 13/12/2021

AsiaNet 93611

GUIYANG, China, 13 Dis., 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) berkata pada 6 Dis bahawa Guizhou telah mencatatkan satu lagi hasil tanaman yang luar biasa banyaknya, dengan pengeluaran bijirin meningkat 3.49 peratus tahun ke tahun, jumlah pengeluaran bijirin Guizhou mencecah hampir 10.949 juta tan pada tahun 2021.

Jumlah kawasan semaian adalah 41.8155 juta mu (kira-kira 2.802 juta hektar), meningkat 1.22 peratus tahun ke tahun.

Pada 30 November, Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Guizhou telah menjemput pakar-pakar untuk mengukur pengeluaran bagi padi saka dalam satu ladang percubaan di Daerah Sinan, Bandar raya Tongren di Wilayah Guizhou.

Ia merupakan tahun kedua bagi tuaian di ladang padi ini dan hasilnya telah mencecah 843.3 kg bagi setiap mu (kira-kira 0.067 hektar), yang menunjukkan kejayaan langkau sejuk bagi padi saka di Guizhou.

Untuk mencapai matlamat bagi pengeluaran bijirin tahun ini dan bagi meningkatkan kawasan penanaman, pengeluaran bijirin telah menjadi satu daripada sistem penilaian prestasi kerajaan Guizhou dalam kerajaan di semua peringkat. Pemimpin kerajaan di semua peringkat bertanggungjawab untuk meningkatkan pengeluaran bijirin tempatan.

Pemimpin di Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Guizhou telah bertanggungjawab ke atas lebih 1,000 mu (kira-kira 67 hektar) ladang dan pemimpin kerajaan di semua peringkat bertanggungjawab ke atas 108 tanah ladang demonstrasi. Jumlah keseluruhan kawasan itu mencecah hampir 100,000 mu (kira-kira 6,700 hektar). Tindakan ini telah meningkatkan pengeluaran makanan di kawasan yang berbeza.

Sejak Ogos, pengeluaran bijirin di kawasan yang berbeza di Guizhou telah mencapai hasil yang hebat. Di Daerah Zheng'an di Bandar raya Zunyi, hasil sorgum telah mencecah 541.7 kg bagi setiap mu (kira-kira 0.067 hektar), yang merupakan rekod tertinggi bagi Guizhou.

Di Pangkalan Demonstrasi Keledek Kadar Hasil Tinggi di Daerah Sinan, Bandar raya Tongren, purata hasil bagi keledek telah mencecah 4327.9 kg bagi setiap mu, yang mencatatkan satu rekod baharu di Guizhou.

Di Kota Xingyi di Qiandongnan Miao dan Wilayah Autonomi Dong, hasil pengeluaran bagi beras telah mencapai 1123.87 kg bagi setiap mu, yang memecahkan rekod di Guizhou.

Di Daerah Nayong di Bandar raya Bijie, hasil pengeluaran bagi jagung mencapai 1059.1 kg bagi setiap mu, yang mencatatkan satu rekod baharu di Guizhou.

Pada tahun 2021, Guizhou telah melancarkan satu program untuk membina ladang bertaraf tinggi dan merancang untuk membina 2.5 juta mu (kira-kira 167.5 ribu hektar) ladang tambahan.

Mengikut program ini, satu kumpulan pemandu bijirin dan minyak berkualiti tinggi yang terdiri daripada 93 orang pakar dan 2,256 koresponden sains dan teknologi akan turun padang untuk mengajar petani mengenai pengetahuan pertanian dan kemahiran penanaman.

Berdasarkan kepada prinsip “melaraskan tanah ladang agar sesuai dengan mesin penanaman” dan “melaraskan mesin penanaman agar sesuai dengan tanah ladang”, 1.42 juta set mesin pertanian telah digunakan untuk menanam bijirin dan meningkatkan pengeluaran makanan dari musim bunga sehingga musim luruh. Mekanisasi komprehensif bagi tanaman bijirin utama di Guizhou telah meningkat daripada 41 peratus kepada 43 peratus.

Di masa hadapan, Guizhou akan menggunakan sepenuhnya kelebihan ekologi dan memperuntukkan sumber pengeluaran secara munasabah untuk mencapai satu pembangunan yang diselaraskan di antara pengeluaran bijirin dan pembangunan ekonomi serta membina satu asas yang kukuh untuk pencergasan semula luar bandar dan pemodenan pertanian.

Sumber: Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Guizhou

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.