ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  BEYOND2020 MENINGKATKAN AKSES AIR BAGI 18,000 WARGA FILIPINA DI KAWASAN LUAR BANDAR TANAH TINGGI

Thursday 16/12/2021



Table

Beyond2020 Filipina (Foto: AETOSWire)
 

· Pengerahan terbaharu itu meningkatkan dengan ketara kehidupan bagi dua komuniti tanah tinggi dengan mendapatkan bekalan air yang boleh dipercayai 24/7 dengan menggunakan teknologi neutral karbon

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beyond2020 kembali ke Asia Tenggara berikutan penglibatan mapan utama di Indonesia dan Kemboja, dengan satu pengerahan yang meningkatkan kualiti kehidupan bagi 18,000 orang di Filipina dengan meningkatkan akses air dan mengurangkan kos air sebanyak 85%. Empat pam ram hidraulik dan 13 kios sedang digunakan untuk memberi impak kepada 3,000 penduduk di kampung Cabagnaan di Wilayah Negros Occidental dan 15,000 orang di 14 kampung merentasi Altavista di Wilayah Leyte.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005619/en/

Teknologi berinovatif itu merupakan satu peningkatan bagi sebuah sistem yang dicipta lebih 240 tahun lalu yang membawa air naik ke atas bukit tanpa menggunakan elektrik atau bahan api dan pelepasan gas berbahaya.

Dilancarkan oleh Hadiah Kelestarian Zayed dengan kerjasama beberapa organisasi terkemuka, inisiatif Beyond2020 itu mencontohi legasi kemanusiaan bagi bapa pengasas UAE, allahyarham Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dengan menyumbangkan teknologi dan penyelesaian yang mapan kepada komuniti yang rentan di seluruh dunia. Filipina menandakan pengerahan kesepuluh bagi Beyond2020, yang secara berkesan menangani beberapa daripada cabaran pembangunan mapan yang paling mendesak di dunia, menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti, makanan berkhasiat, tenaga penting, dan akses kepada air selamat untuk diminum dan sanitasi.

T.Y.T. Mohammed Obaid Al Zaabi, Duta UAE ke Filipina, berkata: “Sebagai satu inisiatif kemanusiaan yang meluas yang diterajui oleh kerajaan UAE dan kepimpinan mereka yang bijak untuk memacukan pertumbuhan ekonomi yang mapan di peringkat global, Beyond2020 menawarkan penyelesaian penting dan mengubah kehidupan kepada penerima di seluruh dunia. Penggunaan inisiatif itu di Filipina menawarkan kepada komuniti dengan penyelesaian teknologi air yang berinovatif yang bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk luar bandar melalui impak jangka panjang, membuka jalan bagi gaya hidup yang lebih mudah, selamat dan lebih mapan.”

T.Y.T. Al Zaabi menambah, “UAE dan Filipina berkongsi satu visi yang sama ke arah membina sebuah masa depan yang lebih makmur dan mapan untuk rakyat mereka, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mapan PBB. Selain itu, kerjasama itu melengkapkan hubungan dua hala kami yang erat dari segi sejarah merentasi pelbagai jalan. Dengan menangani kekurangan air, dorongan untuk terus mengoptimumkan satu sumber penting bagi manfaat masyarakat di Filipina, juga bertepatan dengan pelancaran baru-baru ini ‘Prinsip 50’ UAE yang bertujuan untuk merangsangkan pertumbuhan sosio-ekonomi melalui bantuan kemanusiaan. Ia adalah prinsip panduan penting yang diilhamkan oleh legasi yang lama bertahan oleh bapa pengasas UAE, allahyarham Sheikh Zayed, berdasarkan kepada nilai teras beliau iaitu kemapanan, kemanusiaan dan kerjasama global.”

Komuniti di Cabagnaan dan Altavista, yang terletak di pulau yang berlainan, berkongsi cabaran yang sama, di mana air tidak tersedia dan perlu diambil dari satu sumber yang terletak lebih jauh menuruni bukit dari komuniti itu. Pengerahan itu menggunakan sebuah sistem air pam ram holistik oleh Alternative Indigenous Development Foundation, Inc. (AIDFI), sebuah finalis bagi Hadiah Kelestarian Zayed 2020 di bawah kategori ‘Air’.

Duta Besar Filipina ke UAE, T.Y.T. Hjayceelyn M. Quintana menambah, “Kami gembira untuk melihat pengenalan bagi penyelesaian penting, mesra alam dan mengubah kehidupan ini oleh inisiatif Beyond2020. Jangkauan dan impak ketara bagi teknologi itu menyokong usaha kerajaan Filipina untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan kesihatan rakyat kita, dengan air menjadi satu keutamaan penting bagi kebajikan sosial dan pembangunan mapan.”

“Kami yakin penggemblengan tindakan antarabangsa itu yang memperkasa dan menyokong keupayaan komuniti kami untuk mengakses dan mengurus sumber air akan menggalakkan manfaat yang meluas kepada kehidupan harian penerima yang terjejas. Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih kepada inisiatif itu dan rakan-rakan mereka di mana penglibatan mereka telah menjadi teras kepada merealisasikan projek itu di lapangan hari ini.”

T.Y.T. Ólafur Grímsson, Pengerusi bagi Juri Hadiah Kelestarian Zayed dan bekas Presiden bagi Republik Iceland, berkata, “Projek terbaharu Beyond2020 di Filipina menunjukkan kuasa dalam memanfaatkan satu penyelesaian berinovatif oleh komuniti pemenang dan finalis global kami serta meneroka kapasiti jangka panjangnya untuk penerima. Inisiatif itu juga menunjukkan kuasa kerjasama kerana Hadiah itu dan rakan kongsinya telah memberikan impak kepada komuniti di 10 negara setakat ini, dengan pengerahan selanjutnya dijadualkan pada tahun 2022.”

Selain menyediakan air bersih untuk minuman dan sanitasi, teknologi neutral karbon itu menawarkan peluang kepada penduduk untuk menambah baik atau mengejar mata pencarian yang berkaitan dengan air seperti kebun sayur, akuakultur, dan pembiakan ternakan, di samping memudahkan sebuah persekitaran yang lebih kondusif untuk mengelakkan beberapa penyakit bawaan air yang berpunca daripada air kotor. Tambahan pula, akses kepada kebersihan yang lebih baik semakin ketara memandangkan kepentingan mencuci tangan dalam mencegah penularan COVID-19, satu kebimbangan yang mendesak bagi komuniti yang terdedah di seluruh dunia.

Sepuluh pengerahan telah dilancarkan setakat ini di bawah payung Beyond2020, dengan sembilan lagi sedang berjalan. Pengerahan yang lengkap termasuk tenaga penting, kesihatan, air dan penyelesaian berkaitan makanan di Nepal, Tanzania, Uganda, Jordan, Mesir, Kemboja, Madagascar, Indonesia, Bangladesh dan Filipina.

Beyond2020 menghimpunkan beberapa rakan kongsi terkemuka yang termasuk Tabung Abu Dhabi untuk Pembangunan, Mubadala Petroleum dan Masdar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hadiah itu, sila layari https://zayedsustainabilityprize.com/

*Sumber: AETOSWire

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005619/en/

Hubungi

Medhat Juma
Hill+Knowlton Strategies
T: +971 561399482
Medhat.Juma@hkstrategies.com

Erika Spagakou
Hill+Knowlton Strategies
T: +971 551398765
Erika.Spagakou@hkstrategies.com

Sumber : Hadiah Kelestarian Zayed

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.