Syarikat akan memberikan pembentangan maklumat mengenai produk dada ayam mereka pada minggu depanSINGAPURA, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eat Just, Inc., sebuah syarikat yang menggunakan sains dan teknologi termaju untuk mencipta makanan yang lebih sihat, lebih mapan, hari ini mengumumkan bahagian GOOD Meat mereka telah diberikan kelulusan kawal selia untuk menjual jenis baharu bagi produk ayam yang diusahakan yang mencipta sejarah di Singapura. Pandangan sepintas lalu bagi satu daripada pelbagai format baharu, dada ayam, akan berlaku di JW Marriott Singapura South Beach pada minggu depan apabila sekumpulan anak muda dari
Kem Super Cef Kem Asia akan berkumpul untuk makan malam dengan ayam yang diusahakan.
Kelulusan terbaharu oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) dibuat sempena ulang tahun satu tahun
pelancaran pertama di dunia GOOD Meat bagi daging sebenar yang berkualiti tinggi yang dihasilkan terus daripada sel haiwan dan merupakan satu contoh cemerlang bagi komitmen negara itu kepada penyelesaian teknologi yang berdaya usaha yang memajukan pengawasan alam sekitar. Menyokong sektor daging diusahakan yang berkembang pesat adalah sebahagian daripada kempen berani “30 By 30” oleh Singapura untuk membina keupayaan dan kapasiti negara pulau itu bagi mengeluarkan 30 peratus keperluan pemakanan mereka secara tempatan dan mapan menjelang tahun 2030.
GOOD Meat terus melabur untuk masa depannya di Singapura juga. Reka bentuk dan pembuatan bekas dan sistem yang akan membolehkan peningkatan ketara dalam kapasiti pengeluaran daging yang diusahakan sedang dijalankan sekarang dengan matlamat untuk memasang dan mengendalikan peralatan itu dalam tempoh dua tahun akan datang. Syarikat itu akan terus mengupah jurutera, ahli sains, profesional pembuatan dan lain-lain secara tempatan untuk mengendalikan kemudahan dan memacukan perniagaan itu.
“Banyak yang telah berubah dalam dunia kita sepanjang tahun lepas, tetapi satu perkara tetap sama: Singapura terus menerajui dalam transformasi global kepada sebuah sistem makanan yang lebih pintar dan mapan. Kami berbesar hati untuk meraikan ulang tahun satu tahun bagi jualan pertama daging yang diusahakan dengan pengumuman kawal selia dan produk penting ini yang sekali lagi berlaku di Singapura,” kata Josh Tetrick, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Eat Just.
GOOD Meat sedang menyusun peluang baharu untuk pengguna membeli hidangan ayam yang diusahakan di beberapa pusat penjaja terkenal di Singapura pada tahun 2022, yang pertama adalah Nasi Kari Hainan Loo, sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga selama 74 tahun. Gerai-gerai penjaja adalah mikrokosma yang terkenal dalam masyarakat berbilang budaya di Singapura dan mata pencarian mereka telah terancam oleh kemerosotan dalam perniagaan semasa pendemik itu. Sebagai menyokong budaya penjaja dan masyarakat, GOOD Meat akan juga membuat satu sumbangan untuk tujuan ini melalui Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan (NVPC).
GOOD Meat juga
mengumumkan pada Rabu bahawa chef kemanusiaan terkenal dunia José Andrés telah menyertai Lembaga Pengarah dan telah berjanji untuk menghidangkan ayam yang diusahakan syarikat itu di sebuah restoran beliau di Amerika Syarikat berikutan semakan peraturan di sana. Andrés, di mana ThinkFoodGroup mengendalikan lebih daripada 30 restoran di Amerika Syarikat, akan memberikan nasihat kulinari kepada pasukan cef dan ahli sains di syarikat itu ketika mereka berusaha untuk meningkatkan rasa, tekstur dan kepelbagaian bagi produk mereka yang akhirnya akan dijual di Singapura dan di seluruh dunia.