ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  GEGANTI FOTO PACUAN VOLTAN 4-BENTUK-A BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI SATU DARIPADA RUANG PEMASANGAN PALING KECIL[1] DALAM INDUSTRI, AKAN MEMBANTU MENGURANGKAN SAIZ PENGUJI SEMIKONDUKTOR

Thursday 16/12/2021



Table

Toshiba: empat litar, 4-Bentuk-A, geganti foto yang dipacu voltan ditempatkan dalam sebuah pakej kecil S-VSON16T yang baharu dibangunkan. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Japan, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan tiga geganti foto dipacu oleh voltan 4-Bentuk-A, “TLP3407SRA4,” “TLP3412SRHA4,” dan “TLP3475SRHA4,” yang mempunyai satu daripada ruang pemasangan paling kecil[1] di dalam industri itu. Penghantaran volum bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005331/en/

Produk baharu itu ialah geganti empat litar, 4-Bentuk-A Toshiba yang pertama seumpamanya. Ditempatkan dalam sebuah pakej S-VSON16T kecil yang baru dibangunkan, ia menampilkan satu ruang pemasangan biasa 12.5mm2, satu daripada yang paling kecil[1] di dalam industri. Dengan menggabungkan perintang pada bahagian input, produk itu dibuat untuk dipacu oleh voltan tanpa memerlukan perintang luaran. Ciri-ciri ini membantu mengurangkan keperluan ruang pada papan litar, sekali gus membolehkan lebih banyak geganti foto untuk dipasang.

Geganti foto baharu itu sesuai untuk aplikasi seperti penguji semikonduktor, yang memerlukan pemasangan pelbagai geganti pada papan litar yang saiznya terhad.

Penarafan suhu pengendalian maksimum bagi produk baharu itu ialah 125°C, membolehkan penggunaan dalam keadaan suhu tinggi dan dengan mudah mendapatkan margin reka bentuk terma.

Penggunaan

· Penguji semikonduktor (kad siasatan dan terus uji untuk ingatan, SoC dan LSI, dsb.)
· Peralatan gelapan
· Instrumen pengukur (osiloskop, pencatat data, dsb.)

Ciri-ciri

· Pakej S-VSON16T dengan satu daripada ruang pemasangan paling kecil[1]  dalam industri itu untuk hubungan 4-Bentuk-A
· Satu jenis pemacu voltan yang menggabungkan perintang input, tidak memerlukan perintang luaran (Voltan input: sistem 3.3V atau sistem 5V)
· Penarafan suhu pengendalian yang tinggi: Topr maksimum=125°C

Nota:
[1] Di antara geganti foto yang dipacu voltan. Tinjauan Toshiba, Disember 2021.

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
TLP3407SRA4
TLP3412SRHA4
TLP3475SRHA4
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang Pemencil/Geganti Keadaan Pepejal Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/isolators-solid-state-relays.html
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP3407SRA4
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP3407SRA4.html

TLP3412SRHA4
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP3412SRHA4.html

TLP3475SRHA4
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP3475SRHA4.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi kami
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005331/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.