ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  GUPSHUP MELANCARKAN PENYELESAIAN PERDAGANGAN BERASASKAN WHATSAPP UNTUK MEMBOLEHKAN MUKA KEDAI MUDAH ALIH BAGI SEMUA PERNIAGAAN

Tuesday 21/12/2021



Bertujuan untuk mewujudkan muka kedai yang berasaskan WhatsApp bagi beribu-ribu perniagaan pada tahun 2022

SAN FRANCISCO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gupshup, peneraju di dalam pemesejan perbualan, hari ini mengumumkan pelancaran satu penyelesaian perdagangan berasaskan WhatsApp yang dapat membolehkan mana-mana perniagaan untuk mewujudkan sebuah “muka kedai” digital di WhatsApp. Perniagaan dapat membolehkan perjalanan perbualan merentasi setiap peringkat bagi proses pembelian: prapembelian, pembelian dan selepas pembelian. Berdasarkan kepada keupayaan perdagangan WhatsApp yang dilancarkan baru-baru ini, Gupshup boleh membantu sebuah perniagaan menguruskan pengalaman pembelian yang lengkap di WhatsApp. Dengan lebih daripada dua bilion pengguna bulanan aktif di 180 buah negara menggunakan WhatsApp, ia merupakan platform perdagangan perbualan yang ideal untuk perniagaan. Penyelesaian perdagangan yang bercirikan lengkap ini juga memanfaatkan ciri Bayar Bil 1-Klik Gupshup yang dilancarkan baru-baru ini, yang membolehkan perniagaan untuk mengutip pembayaran melalui WhatsApp dan aplikasi pemesejan yang lain.

Dengan penyelesaian perdagangan berasaskan WhatsApp Gupshup, sebuah perniagaan boleh membuat satu katalog produk di WhatsApp, berbual dengan pelanggan melalui chatbot yang dikuasakan oleh AI untuk penemuan produk, membimbing mereka melalui daftar keluar dan pembayaran, serta menyokong mereka 24/7 dengan chatbot dan ejen langsung. Elemen interaktif baharu seperti mesej berbilang produk menjadikannya lebih mudah bagi perniagaan untuk mempamerkan penawaran mereka melalui katalog kedai.

Ini membolehkan perniagaan untuk mempersembahkan penawaran mereka melalui pengalaman berstruktur dengan imej dan butiran produk yang teratur. Pelanggan juga boleh menambahkan item pilihan pada troli mereka di WhatsApp, berinteraksi dengan perniagaan dalam masa nyata dan membuat pembayaran melalui pautan Bayar Bil 1-Klik Gupshup yang dilancarkan baru-baru ini, kesemuanya tanpa meninggalkan tetingkap sembang. Banyak perniagaan telah memanfaatkan WhatsApp untuk perjalanan prapembelian dan selepas pembelian, dan dengan ciri-ciri Perdagangan yang baharu tersedia, mereka kini boleh menguruskan keseluruhan perjalanan pembelian untuk pelanggan pada aplikasi pemesejan paling popular di dunia itu.

Beberapa fakta yang menarik tentang WhatsApp untuk Perniagaan¹:

  • Lebih 175 juta orang menghantar mesej kepada sebuah akaun perniagaan di WhatsApp setiap hari²
  • 68 peratus pengguna berkata WhatsApp adalah cara paling mudah untuk menghubungi sebuah perniagaan³
  • 71 peratus berasa lebih yakin mengenai sebuah perniagaan selepas menghantar mesej di WhatsApp³
 
“Gupshup menawarkan platform perdagangan perbualan yang termaju, komprehensif dan mudah untuk digunakan,” kata Gaurav Kachhawa, Ketua Pegawai Produk, Gupshup. “Matlamat kami adalah bagi membolehkan setiap perniagaan, besar dan kecil, untuk memulakan perdagangan dengan cepat dan mudah melalui WhatsApp serta merealisasikan potensi penuh bagi keupayaan ini untuk mengubah perniagaan mereka.”

“Sebagai satu daripada rakan kongsi Penyedia Penyelesaian terawal di WhatsApp, kami telah membantu beribu-ribu perniagaan di seluruh dunia untuk bersiaran secara langsung di WhatsApp Business. Pasukan jualan dan penyelesaian kami yang berpengetahuan, bersama-sama dengan satu rangkaian rakan kongsi global, membantu perniagaan mempercepatkan transformasi digital mereka,” jelas Ravi Sundararajan, Ketua Pegawai Operasi, Gupshup. “Kami melihat permintaan yang kukuh untuk ciri Perdagangan baharu itu, dan keputusan awal untuk perniagaan menunjukkan masa depan yang cerah. Ini pastinya akan merevolusikan cara perniagaan menjalankan e-dagang.”

Terokai Penyelesaian Perdagangan berasaskan WhatsApp Gupshup

Maklumat mengenai Gupshup

Gupshup membolehkan penglibatan pelanggan yang lebih baik melalui pemesejan perbualan. Gupshup adalah platform pemesejan perbualan terkemuka, yang memperkasakan lebih 6 bilion mesej setiap bulan. Di bahagian menegak, ribuan perniagaan besar dan kecil di pasaran baru muncul menggunakan Gupshup untuk membina pengalaman perbualan merentasi pemasaran, jualan, dan sokongan. Platform gred pembawa Gupshup menyediakan satu API pesanan tunggal untuk lebih 30 saluran, satu kit peranti yang membina pengalaman perbualan yang kaya untuk sebarang kes penggunaan dan satu rangkaian perkongsian pasaran yang baru muncul merentasi saluran pesanan, pengeluar peranti, ISV, dan pengendali. Dengan Gupshup, perniagaan telah menjadikan perbualan sebagai satu bahagian penting bagi kejayaan penglibatan pelanggan mereka. Gupshup hadir di India, LATAM, Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Syarikat. Sila layari  www.gupshup.ioBerbual dengan bot Gupshup.
  1. https://blog.whatsapp.com/two-billion-users-connecting-the-world-privately/?lang=en
  2. https://blog.whatsapp.com/shopping-payments-and-customer-service-on-whatsapp
  3. “Motivasi dan Set Minda dalam Pemesejan” oleh Sentient Decision Science (Kajian yang ditugaskan oleh Facebook terhadap 8,157 orang yang menggunakan Messenger, WhatsApp dan/atau Instagram Direct setiap hari), berumur lebih 18 tahun di Amerika Syarikat, United Kingdom, BR dan IN, Jun 2018.
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211220005093/en/

Hubungi

Media
Richard Laermer
RLM PR
gupshup@rlmpr.com 
(212) 741-5106 x 216
 
Sumber : Gupshup

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.