ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  EZEK MELANCARKAN JENAMA REKA BENTUK TERBAHARU JAY PHANTA BEAR NFT UNTUK MELANGKAH MASUK KE DALAM PASARAN BLOK RANTAI GLOBAL

Thursday 06/01/2022



Table

(Foto: Business Wire)
 

TAIPEI, Taiwan, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada tahun 2021, kerjasama di antara selebriti dan NFT sebenarnya menjadi semakin kerap di dalam industri hiburan global, setelah Mandopop King Jay, yang membantu untuk mengumpul sejumlah 846 juta HKD (109 juta USD) dalam lelongan Sotheby, telah baru-baru ini mengorak langkah! Pada 31 Disember, Jay berkata beliau telah menerima sebuah “hadiah NFT istimewa yang pertama”.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211231005077/en/

Platform Ezek itu, yang diasaskan oleh Will Liu & Mark G, bersama-sama dengan Ed Ow (perintis bagi teknologi NFT dan Kripto untuk HTC dan FullDive) dan pengeluar Johnson Chiang, akan juga mengumumkan pelancaran bagi Phanta Bear NFT pada 1 Januari 2022 di laman web rasmi mereka. Pengeluaran di peringkat global adalah terhad kepada 10,000 unit sahaja!

Berita itu serta-merta menggegarkan ekonomi blok rantai global, dengan media blok rantai Jepun dan Korea kesemuanya melaporkan tentang keluaran NFT itu oleh Raja Fesyen Asia itu!

Platform Ezek itu juga sedang pada masa ini dalam persiapan untuk konsert maya, pemilik bagi NFT yang telah merancang platform Ezek itu akan menjadi ahli bagi Kelab Ezek dan akan dapat menggunakan tiket NFT mereka untuk mengakses konsert maya VR/XR, yang dibuat dengan menggunakan teknologi terkini, dan ciri-ciri maya yang berkaitan pada masa hadapan.

Kelab Ezek itu telah dilancarkan di Discord dan mencapai lebih 30,000 peserta dalam masa hanya lima hari sahaja! Aktiviti ini bukan sahaja merupakan satu bukti kepada karisma Jay, tetapi juga sokongan komuniti itu terhadap konsep operasi bagi kelab Ezek itu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211231005077/en/

Hubungi

Johnson Chiang
E-mel Ezek: support@ezek.io
Laman web rasmi: https://www.phantacico.com/
Laman web rasmi Ezek: https://ezek.io
twitter:https://twitter.com/EZEKCLUB

Sumber : Ezek

Teks Bahasa Sumber Asal Pengumuman Ini Adalah Versi Rasmi Yang Sahih. Terjemahan Yang Disediakan Hanya Sebagai Penyesuaian Sahaja, Dan Hendaklah Di Silang-Rujuk Dengan Teks Bahasa Sumber, Yang Satu-Satunya Versi Teks Dengan Kesan Undang-Undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.