ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ROBOTIC RESEARCH MENGUMUMKAN PUSINGAN PEMBIAYAAN SIRI A BERNILAI $228 JUTA UNTUK MENSKALAKAN TEKNOLOGI BERAUTONOMI SECARA KOMERSIAL

Monday 10/01/2022



Table

Kit autonomi agnostik kenderaan syarikat itu, AutoDrive®, telah pun disepadukan dalam pelbagai kenderaan termasuk bas transit tugas berat autonomi pertama di Amerika Utara, trak Kelas 8 dan trak halaman. (Foto: Business Wire)

 
SoftBank Vision Fund 2, pelaburan yang diterajui oleh Enlightenment Capital akan membolehkan bahagian komersil syarikat itu, RR.AI, untuk menskala dan menyediakan satu penyelesaian berautonomi hujung ke hujung bagi pasaran pengangkutan dan logistik.

CLARKSBURG, Md., 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Robotic Research, sebuah peneraju dunia di dalam mobiliti berautonomi dan penyelesaian robotik, hari ini mengumumkan satu pusingan pembiayaan bernilai $228 juta—modal luar pertama yang diperolehi syarikat itu. Pembiayaan ini akan memacukan lagi inovasi dan pengembangan bagi bahagian komersial Robotic Research, RR.AI, yang memberi tumpuan kepada menyampaikan penyelesaian pemanduan berautonomi yang komprehensif untuk trak komersil, bas, kenderaan pengangkutan barang dan logistik. Pelabur di dalam pusingan Siri A itu termasuk SoftBank Vision Fund 2, Enlightenment Capital, Crescent Cove Advisors, Henry Crown and Company, dan Luminar Technologies, Inc.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211208006171/en/

“Pelaburan ini mencerminkan kejayaan kami di dalam membangunkan penyelesaian berautonomi untuk pelanggan kerajaan Amerika Syarikat kami, dan akan menyediakan sumber yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan komersial kami yang semakin meningkat dan pengembangan bagi usaha komersial kami,” kata Alberto Lacaze, Ketua Pegawai Eksekutif, Robotic Research. “Sejarah dan pengalaman panjang kami telah membolehkan kami untuk membangunkan satu penyelesaian yang terbukti yang bukan sahaja lasak, selamat dan boleh dipercayai, tetapi juga serba boleh dan sesuai untuk beroperasi merentasi pelbagai persekitaran, keadaan cuaca dan kes penggunaan.”

Robotic Research telah berjaya menggunakan penyelesaian berautonomi dan robotik di jalan raya di seluruh dunia serta dalam persekitaran industri yang paling mencabar dan tidak berstruktur. Kit autonomi agnostik kenderaan syarikat itu, AutoDrive®, telah pun disepadukan dalam pelbagai kenderaan termasuk bas transit tugas berat automatik pertama di Amerika Utara, trak Kelas 8 dan trak halaman. AutoDrive® boleh digunakan di atas jalan, luar jalan raya atau di halaman, menjadikannya sangat sesuai untuk menyediakan satu penyelesaian pemanduan berautonomi 360° yang merangkumi pelbagai domain reka bentuk operasi yang kompleks (ODD).

“Kami percaya bahawa teknologi kenderaan berautonomi mempunyai potensi untuk membentuk semula cara barangan dan orang dialihkan,” kata Akshay Naheta, Naib Presiden Kanan bagi SoftBank Group Corp dan bekas Rakan Pengurusan di SoftBank Investment Advisers. “Robotic Research mempunyai satu rekod prestasi operasi dalam sektor komersial dan telah membina satu penyelesaian berautonomi yang berbeza dengan memberi tumpuan kepada peluang yang nyata dan menjanakan pendapatan. Kami sangat teruja untuk menjadi sebuah rakan kongsi kewangan dan menyediakan sumber yang diperlukan untuk mempercepatkan pengkomersilan bagi penyelesaian Robotic Research.”

Ini adalah pelaburan ekuiti strategik pertama setakat ini oleh Luminar, sebuah peneraju dunia di dalam teknologi perkakasan dan perisian lidar gred automotif. Robotic Research bekerja bersama Luminar di atas peluang strategik untuk memajukan autonomi dan telah memilih Luminar sebagai pembekal lidar jarak jauhnya.

UBS Investment Bank bertindak sebagai penasihat kewangan dan ejen penempatan bagi Robotic Research. Cravath, Swaine & Moore LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang, dan Covington & Burling LLP bertindak sebagai peguam khas untuk Robotic Research.

Maklumat mengenai RR.AI

RR.AI adalah bahagian komersial bagi Robotic Research ––sebuah syarikat teknologi global yang telah menyampaikan penyelesaian mobiliti dan robotik berautonomi kepada sektor pertahanan selama dua dekad. Kit autonomi tindanan penuh kenderaan agnostik RR.AI (AutoDrive®) ialah sebuah sistem pemanduan berautonomi yang terbukti untuk kedua-dua persekitaran di atas jalan dan luar jalan raya serta dipercayai oleh rakan kongsi OEM yang terkemuka di dalam industri. Ia amat sesuai untuk menyediakan satu penyelesaian pemanduan berautonomi 360° hujung ke hujung untuk pengangkutan komersial yang merentasi domain reka bentuk operasi yang kompleks (ODD). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RR.AI, sila layari www.rr.ai.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211208006171/en/

Hubungi

Media
Don Lefeve
Ketua bagi Hal Ehwal Korporat
Press@rr.ai

Sumber : Robotic Research

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.