DALLAS, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat pembangunan keusahawanan global dan penyokong bagi tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian, hari ini mengeluarkan sorotan akhir tahun mereka. Pada tahun 2021, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka sejak beberapa dekad untuk memperkayakan kehidupan kaum wanita di seluruh dunia dan membina komuniti yang lebih sihat dan lebih lestari.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220107005500/en/Ketahui lebih lanjut tentang pencapaian 2021 oleh Mary Kay
dalam laporan ini.
SOROTAN AKHIR TAHUN 2021Kecemerlangan Perniagaan· Mary Kay menerima 58 anugerah dan pengiktirafan pada tahun 2021, termasuk: Respons COVID (22 anugerah), pengiktirafan daripada rakan kongsi dalam impak sosial/laporan tahunan (4), pengurusan Mary Kay diiktiraf untuk kepimpinan (7), kecemerlangan perniagaan (10) dan satu dokumentari yang memenangi anugerah (4 anugerah; 5 pilihan penayangan). Selain itu, Mary Kay dan/atau pengasas ikonik mereka, Mary Kay Ash, telah dipaparkan dalam dua Kajian Kes Perniagaan Harvard, tiga buku teks dan satu kertas penyelidikan.
·
Mengumumkan pelantikan Wendy Wang sebagai Presiden bagi Rantau Asia Pasifik. 54% daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita.
· Pasaran Mary Kay meraikan ulang tahun: Mary Kay Lithuania (10 tahun) dan Mary Kay Jerman (35 tahun).
· Dinobatkan sebagai satu daripada Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika 2021 oleh
Forbes.
Studio Reka Bentuk Mary Kay Global & Inovasi Digital untuk Meningkatkan Pengalaman Pelanggan· Studio Reka Bentuk Mary Kay Global
dan Glamhive mengumumkan rancangan realiti TikTok global yang pertama berdasarkan kepada gaya, Step & Repeat. Pertandingan itu mempamerkan bakat dalam busana, solekan & rambut daripada pengguna TikTok di seluruh dunia. Peserta mempamerkan bakat mereka dari lebih 30 buah negara, dan kempen yang berinovatif itu telah dipaparkan dalam
Daily Mail UK, The Daily Front Row dan
Vogue Business yang menonjolkan pendekatan berinovatif mereka untuk menggunakan platform media sosial yang agak baharu.
· Melancarkan Suite 13, satu pengalaman kecantikan yang menggunakan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran pop timbul maya pertama syarikat itu; Mary Kay MirrorMe™ untuk pengubahsuaian realiti tambahan dan Aplikasi Penganalisis Kulit Mary Kay® untuk mengimbas wajah anda bagi satu rutin penjagaan kulit yang disesuaikan.
· Meraikan 25 tahun bekerjasama dengan Duta Kecantikan Global, Luis Casco.
Sains Di Sebalik Keindahan· Penjagaan kulit Clinical Solutions™ dilancarkan, yang terdiri daripada Mary Kay Clinical Solutions™ Retinol 0.5 dan Mary Kay Clinical Solutions™ Calm + Restore Facial Milk dan menerima Mohor Majlis Pakar Dermatologi.
· Dr. Michelle Hines, Ph.D., Pengarah bagi Perumusan Produk Mary Kay, telah diumumkan sebagai bakal presiden untuk Persatuan Ahli Kimia Kosmetik (SCC).
· Dengan kerjasama Society for Investigative Dermatology (SID), mengumumkan Geran Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit. Geran akan diberikan kepada penyelidik yang menjalankan kajian terobosan, berinovatif dalam kesihatan kulit dan penyakit kulit untuk mendedahkan perspektif baharu dan strategi intervensi.
· Mengumumkan penerima bagi pelbagai geran pendidikan sains termasuk: Persatuan Ahli Kimia Kosmetik dan Mary Kay Inc. - Biasiswa Puan C.J. Walker, sebagai sokongan kepada pelajar minoriti yang kurang diwakili yang mengikuti ijazah sarjana muda atau sarjana dalam bidang kimia, fizikal, perubatan, farmaseutikal, biologi, atau sains dan teknologi yang berkaitan; dan menyediakan lima geran Girls in STEAM kepada wanita muda yang sedang terlibat di dalam penyelidikan berinovatif. Penerima 2021 termasuk: Mylana Brodovska, Ukraine; Selin Alara Ornek, Turki; Jordan Reeves, Amerika Syarikat; Ivanna Hernandez, Colombia; dan Allie Weber, Amerika Syarikat.
· Mendedahkan penyelidikan di pelbagai persidangan sains maya. Penyelidikan itu termasuk: berkongsi penyelidikan mengenai satu proses retinisasi secara beransur-ansur yang meningkatkan toleransi dengan ketara kepada retinol tulen pekat yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama masih memberikan manfaat kulit utama retinol; membentangkan penemuan untuk penggunaan topikal bagi retinol tulen yang meningkatkan hiperpigmentasi dalam sebuah populasi Asia; dan Mekanisme modulasi yang dikaitkan dengan fungsi penghalang kulit yang secara berkesan mengurangkan 2 kebimbangan biasa yang berkaitan dengan kulit sensitif.
Kesan Sosial/CSR· Pada tahun 2021, program pemerkasaan penyebab Pink Changing Lives
S℠ global Mary Kay menyokong lebih 15 NGO di seluruh dunia. Sejak 2008, program itu telah memberi kesan kepada lebih enam juta wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan lebih 3,000 organisasi, menyumbangkan lebih $16 juta.
· Mary Kay China: Wilayah Henan di China telah terjejas akibat banjir teruk. Berikutan dengan banjir itu, sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh, 8 yang lain hilang, 200,000 orang dipindahkan, 3 juta orang terjejas, dan kerugian ekonomi secara langsung adalah kira-kira $1.22 bilion yuan. Mary Kay China menyumbangkan produk bernilai 1 juta yuan kepada Persekutuan Amal Henan.
· Mary Kay Jerman: Banjir di Eropah memberi kesan kepada Jerman, Austria, Belgium dan Belanda dan disenaraikan sebagai bahaya semula jadi yang paling memusnahkan di Eropah Utara. Mary Kay Jerman berikrar sehingga $100,000 euro untuk menyokong mereka yang terjejas.
· Mary Kay Sepanyol: Pada 2020-21, bekerjasama dengan Fundación Vicente Ferrer untuk menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka di India. Sebelum pandemik COVID-19 (pada 2018), Mary Kay Sepanyol membiayai pembinaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di kampung Pagadalavaripalli, yang terletak di wilayah Kadiri (Anantapur) di India.
Pemerkasaan Wanita· Mengumumkan komitmen untuk memajukan kesetaraan jantina dengan mengeluarkan satu kertas kedudukan yang mengalu-alukan Strategi Kesamaan Jantina Suruhanjaya Eropah untuk 2020 – 2025 dan dengan menyertai Forum Kesamaan Generasi di Paris dan lima Gabungan Tindakan Global untuk mempercepatkan kesamaan jantina menjelang 2026.
· Dengan kerjasama Wanita PBB, ILO & WE Empower, mengeluarkan semula,
“Memperkukuhkan Sokongan untuk Usahawan Wanita dalam Tindak Balas dan Pemulihan COVID-19” di Suruhanjaya bagi Status Wanita (CSW65).
· Mary Kay dan Yayasan Mary Kay Ash
℠ telah diiktiraf dalam
Laporan bagi Entiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kesamaan Jantina dan Pemerkasaan Wanita mengenai aktiviti bagi tabung amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menyokong tindakan menghapuskan keganasan terhadap wanita kepada Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CSW65) dan Majlis Hak Asasi Manusia.
Kepelbagaian, Ekuiti & Perangkuman (DEI)· Mengumumkan 100% daripada Pengarah dan ke atas yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah melengkapkan latihan wajib Ketaksedaran Berat Sebelah.
· Mengeluarkan Kepelbagaian Jantina dalam Data Tempat Kerja: 54% daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita; 61% daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita; dan 54% daripada Naib Presiden Global dan ke atas adalah wanita; 59% Pengarah dan ke atas adalah wanita.
· Dengan kerjasama rakan kongsi global Equal Rights Trust, mengumumkan pelancaran bagi penyelidikan berinovatif mengenai ketidaksamaan jantina dalam algoritma dan kecerdasan buatan yang bertujuan untuk menangani kesamaan dan impak jantina bagi sistem algoritma, yang dibentangkan oleh Mary Kay.
Kelestarian· Mengumumkan strategi kelestarian global: Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk satu Hari Esok yang Lestari. Pendekatan holistik kami merangkumi tiga tonggak kelestarian—ekonomi, alam sekitar dan sosial—melalui lima tonggak, yang diaktifkan oleh 15 komitmen untuk menyampaikan satu dekad tindakan yang lestari.
· Menjadi penandatangan kepada dua penyebab penting dalam melindungi laluan air bagi dunia kita: Mandat Air CEO dan Prinsip Lautan Mapan Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
· Menyertai Yayasan Ellen MacArthur sebagai seorang ahli Rangkaian mereka, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadi sebuah perniagaan membulat yang lebih mapan.
· Mary Kay mengeluarkan dokumentari kedua mereka,
Forest of Hope, pada Oktober semasa Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021 (COP26). Dokumentari itu mengetengahkan karya Angelica, seorang pahlawan ekologi selama 70 tahun dan ketua bagi sebuah kumpulan usahawan wanita yang komited untuk menyelamatkan hutan Monterrey.
· Melalui perkongsian mereka dengan Yayasan Arbor Day, inisiatif Time for Trees®, mengumumkan pencapaian komitmen untuk menanam 100 juta pokok dan memberi inspirasi kepada 5 juta penanam pokok baharu menjelang April 2022, telah dicapai satu tahun lebih awal daripada jadual.
· Mary Kay telah bekerjasama dengan Nature Conservancy sejak 1991. Pada 2021, Mary Kay menyokong tujuh projek di Kepulauan Solomon, Australia Utara, New Zealand, luar bandar China, Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.
Maklumat mengenai Mary KaySatu daripada pemecah
glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di
www.MaryKayGlobal.com.