ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  INOVASI AWAN DAN DIGITAL STARTEK MENDAPAT PENGHORMATAN DI ANUGERAH INOVASI ANTARABANGSA 2021

Tuesday 11/01/2022



GREENWOOD VILLAGE, Colo. & KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Startek (NYSE: SRT) (“Syarikat” itu), sebuah penyedia global bagi penyelesaian pengurusan pengalaman pelanggan, telah diiktiraf oleh Anugerah Inovasi Antarabangsa (IIA) Enterprise Asia di dalam kategori Perkhidmatan dan Penyelesaian. Syarikat itu telah diberikan penghormatan di atas pelaburan mereka dalam teknologi awan dan digital yang membantu mengekalkan kesinambungan perniagaan dan memajukan keselamatan data yang dibolehkan oleh kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Setiap tahun, IIA memilih inovasi dan idea yang kreatif yang mengubah dan membentuk secara signifikan segmen perniagaan dan pengguna merentasi tiga kategori: Produk, Perkhidmatan dan Penyelesaian serta Organisasi dan Budaya. Tahun ini, Startek menyertai satu kumpulan penyedia Perkhidmatan dan Penyelesaian terpilih yang memanfaatkan inovasi digital untuk meningkatkan proses perniagaan yang sedia ada dan kecekapan tenaga kerja, meningkatkan pengalaman pelanggan (CX) dan melancarkan produk atau model perniagaan baharu.

“Startek Cloud adalah platform awan saluran pelbagai arah hibrid kami bagi generasi seterusnya. Platform itu disepadukan dengan keupayaan AI yang menghubungkan pasukan di kampus dan di rumah serta membolehkan  amalan bekerja dari rumah secara digital untuk meningkatkan ketangkasan dan kesinambungan perniagaan,” kata Gurpal Singh, Ketua Pegawai Operasi, Asia Selatan dan ASEAN. “Startek berbesar hati untuk menerima anugerah ini, yang mengiktiraf keupayaan kami untuk menilai dan menggunakan amalan terbaik CX dengan berkesan serta penyelesaian digital dan awan teras merentasi rantaian nilai pelanggan kami, termasuk automasi pintar, analitik yang dipacu oleh wawasan dan platform CX saluran pelbagai arah.”

Pengiktirafan ini juga menyerlahkan kekuatan dan kebolehskalaan Startek Cloud. Di antara penawaran saluran pelbagai arahnya, ia menggabungkan teknologi digital dan penyelesaian yang dibantu oleh manusia untuk menyampaikan satu pengalaman pelanggan yang berbeza. Ini menghasilkan di dalam satu penyelesaian CX yang dibolehkan secara digital dan sangat responsif, dengan AI terbina dalam, keupayaan automasi proses robotik (RPA) dan platform penglibatan.

Maklumat mengenai Startek

Startek adalah sebuah penyedia global bagi penyelesaian pengurusan proses perniagaan yang dibolehkan oleh teknologi. Syarikat itu menyediakan pengalaman pelanggan saluran pelbagai arah, transformasi digital dan perkhidmatan teknologi kepada beberapa jenama terbaik di seluruh dunia. Startek komited untuk memberi kesan kepada hasil perniagaan pelanggan dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan pengalaman pelanggan dan membolehkan digital & AI merentasi semua titik sentuh dan saluran. Startek mempunyai lebih daripada 40,000 pakar CX yang tersebar merentasi 46 kampus penghantaran di 13 buah negara. Syarikat itu memberikan perkhidmatan kepada lebih 200 pelanggan merentasi pelbagai industri seperti Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan, Insurans, Teknologi, Telekom, Penjagaan Kesihatan, Perjalanan & Hospitaliti, E-dagang, Barangan Pengguna, Peruncitan dan Tenaga & Utiliti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian global Startek, sila layari www.startek.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220110005235/en/

Hubungi

Perhubungan Media
Danveer Bhasin
Startek
+91-993-013-5788
danveer.bhasin@startek.com

Perhubungan Pelabur
Giuseppe Montefinese
Startek
+1 732-890-8929
giuseppe.montefinese@startek.com

Cody Cree atau Jackie Keshner
Perhubungan Pelabur Gateway
+1 949-574-3860
SRT@gatewayir.com

Sumber : Startek

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.