Dibangunkan oleh ITC SheTrades dan dikuasakan oleh Mary Kay untuk menyokong WEA, Program Pensijilan berpandu itu termasuk 27 modul interaktif yang diperkayakan dengan lebih 200 video yang meliputi tujuh peringkat utama bagi pembangunan perniagaanNEW YORK & GENEVA, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita
(WEA), hari ini mengumumkan pelancaran di peringkat global bagi kurikulum keusahawanan dalam talian mereka yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia.
Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian itu pertama kali diumumkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA 76) pada ulang tahun kedua WEA.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220111005443/en/WEA adalah satu perkongsian strategik pelbagai pihak yang merangkumi enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), PBB Global Compact (UNGC), Wanita PBB, dan Mary Kay Inc. ITC menerajui komponen pembinaan kapasiti bagi pelbagai perkongsian itu.
Dibangunkan oleh ITC SheTrades dan dikuasakan oleh Mary Kay untuk menyokong WEA,
Program Pensijilan Keusahawanan berpandu itu termasuk
27 modul interaktif yang diperkayakan dengan lebih 200 video. Matlamatnya adalah untuk mengajar usahawan wanita—yang bercita-cita tinggi atau veteran—dengan kemahiran untuk mereka bentuk dan menubuhkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi. Peserta akan belajar cara bagaimana mengamalkan satu budaya keusahawanan, membangunkan idea melalui pemikiran reka bentuk dan metodologi permulaan yang padu, menyediakan satu kanvas model perniagaan, mereka bentuk satu pembentangan perniagaan, mengenal pasti sumber pembiayaan, mencari rakan kongsi yang sesuai, mengatur untuk bimbingan, membina sebuah pasukan, dan mewujudkan perniagaan mereka.
Program Pensijilan itu merangkumi tujuh peringkat utama bagi pembangunan perniagaan:· Sijil 1: Memutuskan untuk Menjadi seorang Usahawan (6 modul),
· Sijil 2: Membangunkan Idea – Idea Perniagaan (3 modul),
· Sijil 3: Permodelan Perniagaan (4 modul),
· Sijil 4: Pembentangan Perniagaan itu (4 modul),
· Sijil 5: Membiayai Usaha Niaga itu (3 modul),
· Sijil 6: Membina Pasukan (4 modul),
· Sijil 7: Menyediakan Perniagaan itu (3 modul).
Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian WEA itu kini boleh diakses di hujung jari oleh berjuta-juta wanita secara langsung di laman web ITC SheTrades (
www.shetrades.com/en/learn/e-learning) dan di laman web WEA. Ia kini tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis, dengan bahasa Arab, Rusia dan Mandarin bakal menyusul pada 2022
. Ia adalah percuma untuk semua pengguna shetrades.com tanpa halangan untuk masuk. Peserta akan menerima
sijil setelah selesai setiap daripada tujuh peringkat utama bagi pembangunan perniagaan.
“Dunia memerlukan lebih ramai usahawan wanita,” kata
Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Hampir separuh daripada semua usahawan wanita mendakwa didorong oleh keinginan untuk menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Impak mereka boleh menjadi sangat besar. Program Pensijilan Keusahawanan Dalam Talian WEA itu adalah satu pengubah keadaan bagi wanita dan gadis di seluruh dunia. Dengan peranti dan sokongan yang betul, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh wanita.”
“Kita harus meningkatkan penyertaan wanita di dalam perdagangan antarabangsa, membantu mereka meningkatkan perniagaan mereka agar mereka menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih inklusif dan mapan. Wanita adalah ejen perubahan yang berkuasa – dan memperkasakan wanita memberi manfaat kepada seluruh masyarakat,” kata
Pamela Coke-Hamilton, Pengarah Eksekutif bagi Pusat Perdagangan Antarabangsa.
Satu
acara pelancaran rasmi akan diadakan pada 18 Januari, 2022, pada jam 15:00 CET dengan kerjasama Mary Kay. Ia akan menghimpunkan usahawan wanita dan perniagaan milik wanita daripada rangkaian ITC SheTrades di seluruh dunia. Acara itu akan dihoskan secara maya dalam bahasa Inggeris dan akan menjadi sebuah platform untuk membentangkan Program Pensijilan Keusahawanan, dan latihan dalam negara yang akan datang. Pasukan SheTrades akan membentangkan kurikulum keusahawanan serta peranti lain yang tersedia di
www.shetrades.com. Daftar
di sini untuk pelancaran Program Pensijilan Keusahawanan percuma pertama WEA.
Pelancaran Program Pensijilan WEA itu pada platform ePembelajaran ITC SheTrades akan juga
ditambah di peringkat kebangsaan dengan latihan di lapangan untuk wanita dari negara membangun yang berminat dalam keusahawanan dan/atau merancang untuk menyepadukan ke dalam rantaian nilai serantau dan global. Sesi latihan dalam negara itu akan memberikan pandangan dan kepakaran praktikal kepada usahawan wanita dan MSME dan akan berlangsung secara maya di
Colombia, Brazil, Mexico dan India. Sesi latihan itu akan diadakan dalam bahasa Sepanyol (Colombia, Mexico), Portugis (Brasil) dan Inggeris (India). Sesi akan memberi tumpuan kepada dua topik utama: “Daya saing dan Kesediaan Eksport” (19-20 Januari) dan “Pemasaran Digital dan bengkel e-dagang” (1-3 Februari).
Sumbangan itu terletak di bawah “Memperkasakan Wanita untuk Program Berdagang” ITC yang menyumbang secara langsung kepada bidang tumpuan 5 ITC “Menggalak dan Mengarusperdanakan Perdagangan Inklusif dan Hijau” dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 5, 8 dan 17.
WEA komited untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang 2030.
Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan WanitaPemecut Keusahawanan Wanita (WEA) adalah satu inisiatif pelbagai perkongsian mengenai keusahawanan wanita yang merangkumi enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Mary Kay. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan PBB (UNDP), PBB Global Compact (UNGC), Wanita PBB dan Mary Kay telah membuat komitmen untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang 2030. Matlamat utama bagi inisiatif itu adalah untuk memaksimumkan kesan pembangunan oleh keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu memberi contoh kekuatan transformasi bagi satu pelbagai perkongsian dengan kekuatan unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita. Ketahui lebih lanjut di
we-accelerate.com. Ikuti kami: Twitter and Instagram (@we_accelerator), Facebook and LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator).
Maklumat mengenai ITC SheTradesInisiatif SheTrades Pusat Perdagangan Antarabangsa menyasarkan untuk menghubungkan tiga juta wanita ke pasaran menjelang 2021 dan mengumpulkan pemegang kepentingan di seluruh dunia untuk bekerjasama dalam menangani halangan perdagangan dan mewujudkan peluang yang lebih besar bagi usahawan wanita. Ia disokong oleh sebuah platform digital web dan mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila layari SheTrades.com:
https://www.shetrades.com/en.
Maklumat mengenai Pusat Perdagangan AntarabangsaPusat Perdagangan Antarabangsa ialah agensi bersama bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. ITC membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam membangun dan peralihan ekonomi untuk menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran global, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mapan dalam rangka kerja agenda Aid-for-Trade dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.intracen.org. Ikuti ITC di
Twitter |
Facebook |
LinkedIn |
Instagram |
FlickrLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220111005443/en/HubungiKomunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom(+1) 972.687.5332 atau
media@mkcorp.comSumber : Pemecut Keusahawanan WanitaTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA