ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  AXA DIKENALI SEBAGAI SALAH SATU MAJIKAN TERBAIK

Wednesday 12/01/2022



KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah diiktiraf sekali lagi sebagai salah satu majikan yang paling berinspirasi melalui pelbagai anugerah berprestij yang telah dimenangi. 
  • HR Asia – Majikan Terbaik di Asia 2021: Anugerah Emas (tahun ke-5 berturut-turut)
  • Graduan Brand Awards – 3 Majikan Paling Digemari Di Malaysia (kategori insurans)
  • HR Excellence Awards 2021
o   Kecemerlangan dalam Penglibatan Pekerja – Anugerah Emas
o   Kecemerlangan dalam Transformasi Digital – Finalis
o   Kecemerlangan dalam Kesejahteraan Tempat Kerja – Finalis
 
Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf syarikat yang mempamerkan amalan HR yang patut dicontohi, tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan kecemerlangan tempat kerja. Penerima anugerah dipilih berdasarkan penilaian holistik yang ketat oleh panel pengamal industri, termasuk proses pengundian yang adil daripada para pekerja dan orang awam.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata kemenangan berturut-turut yang menjadi rebutan ini mencerminkan usaha gigih AXA untuk membina tempat kerja global di mana semua orang boleh berkembang dan melangkah maju bersama dalam komuniti yang berpelbagai.

“Sebagai sebuah organisasi yang inovatif dan tangkas, kami bukan sahaja komited untuk melindungi kepentingan pelanggan kami, malah kami juga mengutamakan keperluan kakitangan kami yang merupakan penggerak utama di sebalik semua usaha kami. Kami percaya ‘minda perkembangan’ adalah amat penting, ia merupakan langkah pertama ke arah memacu daya tahan, kebolehsesuaian dan ketangkasan kakitangan kami dalam norma baharu,” tambah Emmanuel.

Sejak bermulanya pandemik, AXA telah menumpukan fokus dalam membina keupayaan dan kapasiti untuk memperkasakan kakitangannya bagi merealisasikan potensi mereka dan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya tahan. Pelbagai inisiatif telah dijalankan untuk mencapai matlamat ini seperti membangunkan Akademi AXA untuk peningkatan kemahiran digital dan keupayaan data, memperkenalkan AXA Hackathon untuk menggalakkan pekerja menginovasi penyelesaian baharu, menawarkan bengkel e-pembelajaran untuk memanfaatkan kemahiran masa depan, dan bekerjasama dengan pakar industri seperti 30% Club, LeadWomen, CAD, Uipath dan banyak lagi.

Untuk merealisasikan sebahagian daripada impiannya dalam memupuk tempat kerja yang benar-benar progresif dengan keseimbangan jantina yang mampan dalam semua peranan dan peringkat, AXA telah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pemerkasaan wanita di tempat kerja. Menerusi pelancaran WoMen@AXA dan Program Kepimpinan Wanita selama 16 minggu, AXA berharap dapat memesatkan perkembangan kerjaya dan pembangunan kepimpinan kakitangan wanitanya melalui dialog aktif, bimbingan dan tunjuk ajar.

Untuk mencipta semula pengalaman pekerja dan meningkatkan penglibatan, AXA telah menjalankan tinjauan Pulse secara berkala untuk mendapatkan maklumat dan memahami pelbagai keperluan kakitangannya. Analitik dan teknologi ramalan ini telah membantu AXA dan pekerjanya untuk mencapai penglibatan optimum selaras dengan mandat kepelbagaian dan pemasukannya.

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Sheena Ho
Tel: +603 2170 8548/012-3091193
Emel: sheena.ho@axa.com.my

Nama: Allison Lee
Tel: +603 2170 8259/016-2282916
Emel: allison.lee@axa.com.my 

Corporate Responsibility strategy: 

axa.com/en/about-us/strategy-commitments
 
SRI ratings: 
axa.com/en/investor/sri-ratings-ethical-indexes

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.