ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MFA HULUR BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR

Thursday 13/01/2022



Table

Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh menyerahkan sumbangan bantuan kepada wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk diagihkan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat.

 
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama para ahli dan rakan strategiknya telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.

Program “Franchise CSR: SOS For Flood Victims” telah berjaya mengumpulkan bantuan banjir bernilai RM40,000 yang meliputi pek makanan sedia dimakan, pelbagai barangan termasuk peralatan elektrik, pakaian, set beribadah, selimut, barangan cucian serta lampin kanak-kanak dan dewasa.

Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh berkata, program “Franchise CSR: SOS For Flood Victims” dilaksanakan apabila melihat keadaan banjir yang luar biasa pada tahun ini dan telah mengakibatkan ribuan mangsa terkesan.

“Kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. MFA amat berterima kasih dengan semua penyumbang kerana turut cakna akan nasib masyarakat sekeliling walaupun ada diantara mereka yang turut terjejas akibat bencana banjir yang menimpa negara, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi menjayakan program ini, MFA telah mendapatkan kerjasama daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan. 
 
Semua sumbangan adalah hasil keprihatinan daripada Senheng, Harta Rovers, CIC-Where Leaders Are Born, Cambridge English for Life, OLDTOWN White Coffee, Global Art, Hot & Roll, Q Bistro, Nydot Marketing, NURI, Penyetpenyet.com dan Domino’s.

Program Franchise CSR merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh MFA bagi menzahirkan komitmennya untuk membantu golongan yang memerlukan atau yang tidak bernasib baik.  

MFA sentiasa cakna dan prihatin ke atas kesukaran yang menimpa rakyat Malaysia akibat bencana yang berlaku dan akan sentiasa mencari peluang untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya pada masa akan datang.

Sumber: Malaysian Franchise Association (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Ain 
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 603-6241 4141   
Faks: 603-6241 1551   
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my 
Laman web: www.mfa.org.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.