ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  OKX MENGATASI BURSA KRIPTO GLOBAL SEBAGAI KE-2 TERBESAR, MENJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI PENYEDIA PERKHIDMATAN MERENTAS PLATFORM

Wednesday 19/01/2022



Dahulu OKEx, jenama baharu OKX menyerlahkan rangkaian produk pelaburan kripto, NFT dan DeFi yang mantap pada platformnya

VICTORIA, Seychelles, 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKX, yang baru-baru ini menjadi pertukaran mata wang kripto kedua terbesar di dunia mengikut volum dagangan semerta, hari ini mengumumkan penjenamaan semula seluruh syarikat yang mencerminkan kedinamikan dan penerimaan mata wang kripto yang semakin pantas. Ditubuhkan pada 2017 sebagai perkhidmatan perdagangan mata wang kripto, sejak itu OKX telah mengumpulkan lebih 20 juta pengguna dan mengembangkan suit produk pelaburan aset digitalnya untuk memasukkan OKX Earn, alat untuk memperoleh pendapatan kripto pasif; pasaran NFT dan hab penemuan aplikasi terpencar; dan terbaharu, MetaX, mod terpencar baharu OKX yang menampilkan papan pemuka rantaian silang dan dompet Web 3.0 jagaan sendiri untuk menyimpan aset digital, termasuk NFT.

Peralihan ini, seperti yang ditekankan melalui pertukaran nama syarikat daripada OKEx kepada OKX, mencerminkan jumlah peluang penciptaan kekayaan yang semakin meningkat di luar pertukaran, yang digunakan oleh pelabur untuk mendagangkan ratusan aset digital secara semerta, margin dan pasaran derivatif.

Sebagai sebahagian daripada langkah itu, OKX telah mengisytiharkan misinya untuk "menghapuskan halangan kepada penciptaan kekayaan dengan memberi anda akses kepada semua yang ada pada masa depan terpencar kami." Ini menekankan evolusi berterusan platform ke arah pemencaran, termasuk memberi pelabur pilihan untuk menjaga sendiri aset digital mereka. Berbeza daripada pertukaran mata wang kripto berpusat yang lain, OKX komited untuk mengurangkan secara beransur-ansur tahap penglibatan syarikat dalam aktiviti pengguna, dengan matlamat utama untuk menghapuskan pengantaraan sepenuhnya.

"OKX bergerak melangkaui model pertukaran berpusat standard untuk memberikan pelanggan kami pengalaman mata wang kripto hujung ke hujung," kata Jay Hao, Ketua Pegawai Eksekutif OKX. “Paling penting, kami melakukan ini sambil menegakkan prinsip teras kripto — pemencaran dan autonomi. Matlamat kami ialah untuk memberi pelanggan alat yang diperlukan mereka untuk memperoleh, memindahkan dan membelanjakan kekayaan mereka dengan mudah dan selamat, tanpa pengantaraan daripada kami. Kami telah menggugurkan 'E' daripada nama kami kerana kami lebih daripada pertukaran, sama seperti kripto adalah lebih daripada aset spekulatif.”

OKX, yang menyenaraikan lebih 250 aset digital dan telah lama memegang kedudukan #1 untuk volum dagangan masa hadapan mata wang kripto, baru-baru ini menjadi platform dagangan semerta mata wang kripto kedua terbesar di dunia. Pada 2021, jumlah volum dagangan pada platform, termasuk instrumen semerta dan derivatif, meningkat lebih 700%, manakala bilangan dagangan yang dilaksanakan pada platform meningkat lebih 480%. Staking, simpanan dan penawaran DeFi melalui OKX Earn nampak lebih $5.1 bilion didepositkan oleh pengguna dan membayar melebihi $314 juta dalam pendapatan pasif dalam tahun kebelakangan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati OKX.com dan ikuti @OKX di Twitter.

Perihal OKX

Ditubuhkan pada 2017, OKX merupakan pertukaran dan ekosistem mata wang kripto terkemuka di dunia. OKX telah menggunakan teknologi blok rantai untuk membentuk semula ekosistem kewangan dan menawarkan beberapa produk, penyelesaian dan alat perdagangan yang paling pelbagai dan canggih dalam pasaran. Dipercayai oleh lebih 20 juta orang di 180 wilayah di seluruh dunia, misi OKX adalah untuk menghapuskan halangan kepada penciptaan kekayaan dengan menawarkan akses kepada segala yang ada pada masa depan terpencar. Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi, OKX membayangkan dunia rangkuman kewangan untuk semua melalui kuasa kripto dan kewangan terpencar.

Hubungi kami

E-mel: media@okx.com
Olivia Capozzalo:
olivia.capozzalo@okx.com
@oliviacap (Telegram)

Sumber: OKX

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.