ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  KIOXIA MEMAJUKAN PEMBANGUNAN BAGI UFS VERSI 3.1 PERANTI INGATAN KILAT TERTANAM DENGAN TEKNOLOGI KUAD-TAHAP-SEL (QLC)

Wednesday 19/01/2022



Table

​Kioxia Corporation: Sampel Bukti Konsep (PoC) bagi UFS Versi 3.1 Peranti Ingatan Kilat Tertanam dengan Teknologi Kuad-tahap-sel (QLC) (Foto: Business Wire)


TOKYO, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan pelancaran Storan Kilat Universal (UFS) Versi 3.1[¹]  peranti ingatan kilat tertanam yang menggunakan teknologi 4-bit bagi setiap kuad-tahap-sel (QLC) berinovatif syarikat itu. Untuk aplikasi yang memerlukan kepadatan tinggi, seperti telefon pintar canggih, teknologi QLC Kioxia membolehkan keupayaan untuk mencapai ketumpatan paling tinggi yang tersedia dalam satu pakej tunggal.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220118006281/en/

Peranti bukti konsep (PoC) UFS Kioxia adalah satu prototaip 512 gigabait yang menggunakan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ 1 terabait (128 gigabait) syarikat itu dengan teknologi QLC, dan kini dijadikan sampel kepada pelanggan OEM. Peranti PoC itu direka bentuk untuk memenuhi peningkatan prestasi dan keperluan kepadatan bagi aplikasi mudah alih yang didorong oleh imej resolusi yang lebih tinggi, rangkaian 5G, video 4K plus dan seumpamanya.

Nota
[¹] Storan Kilat Universal (UFS) adalah satu kategori produk untuk satu kelas produk ingatan tertanam yang dibina mengikut spesifikasi standard UFS JEDEC. UFS menggunakan satu antara muka bersiri yang mempunyai satu kelebihan dupleks penuh dan komunikasi baca/tulis serentak dengan peranti hosnya.

Sampel itu adalah peranti POC dalam pembangunan dan mempunyai beberapa ciri yang terhad. Tambahan pula, spesifikasi bagi peranti itu adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

Di dalam setiap sebutan bagi sebuah produk Kioxia: Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada kepadatan cip ingatan di dalam Produk itu, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti boleh guna oleh pengguna akan menjadi kurang disebabkan oleh kawasan data overhed, pemformatan, blok yang rosak dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti dan aplikasi hos. Untuk butiran, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.

Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan bagi ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220118006281/en/

Hubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Jualan & Pemasaran Ingatan
Tel: +81-3-6478-2421
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.