ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MCAFEE BERTERUSAN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN DALAM TALIAN TERKEMUKA KEPADA PENGGUNA

Friday 21/01/2022



Dengan dunia digital yang berkembang dengan begitu pesat, McAfee berdiri teguh bersama pengguna untuk menyampaikan penyelesaian perlindungan dalam talian yang terkemuka

SAN JOSE, Calif., 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, McAfee Corp. (NASDAQ: MCFE, “McAfee”), sebuah peneraju dunia di  dalam perlindungan dalam talian, menyediakan satu kemas kini berhubung penawaran pengguna pure-play mereka dan penyahlaburan bagi perniagaan perusahaan mereka yang diumumkan sebelum ini.

Pada Julai 2021, McAfee melengkapkan penjualan bagi perniagaan perusahaan mereka. Urus niaga ini membolehkan McAfee untuk menumpukan perhatian khusus kepada perniagaan pengguna mereka dan mempercepatkan strategi mereka untuk menjadi peneraju di  dalam perlindungan dalam talian untuk pengguna.

“McAfee terus berusaha melindungi privasi, keselamatan dan identiti pengguna kami ketika dunia digital berkembang dengan begitu pesat,” kata Gagan Singh, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Hasil dan Produk, McAfee. “Kami terus berpendirian teguh bahawa perlindungan yang bermakna adalah satu hak peribadi untuk pengguna dan telah baru-baru ini melancarkan kemas kini utama dan yang pertama dalam industri, termasuk Perlindungan Menyeluruh dan Skor Perlindungan McAfee, yang mengawasi pengguna dalam talian, termasuk privasi dan identiti mereka.”

Perniagaan McAfee Enterprise telah dibeli oleh Kumpulan Symphony Technology (STG). STG mengumumkan pada penghujung tahun lalu bahawa ia telah juga membeli FireEye, sebuah syarikat keselamatan berasingan yang diterajui risikan. STG baru-baru ini mengumumkan pelancaran Trellix, perniagaan yang baru muncul daripada gabungan baru-baru ini di antara McAfee Enterprise dan FireEye.

“STG adalah rakan kongsi yang tepat untuk membantu membuat perubahan ini bagi pelanggan dan pekerja perusahaan, dan kami tidak sabar untuk melihat impak daripada peneraju industri yang berterusan yang akan dimiliki oleh syarikat yang baru digabungkan ini,” kata Singh. “Apa yang tidak berubah ialah McAfee akan terus berada di sisi pengguna dan rakan kongsi di seluruh dunia.”

McAfee terus beroperasi seperti biasa, bekerja tanpa mengenal penat untuk melindungi pengguna di seluruh dunia. Kami berterima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi kami kerana kesetiaan mereka yang berterusan dan berkongsi matlamat untuk menikmati kehidupan dalam talian dengan penuh yakin.

Maklumat mengenai McAfee

McAfee Corp. (Nasdaq: MCFE) adalah sebuah peneraju dunia di dalam perlindungan dalam talian untuk pengguna. Dengan memberi tumpuan kepada melindungi orang ramai, dan bukan hanya peranti, penyelesaian pengguna McAfee menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna dalam dunia yang sentiasa dalam talian, memperkasakan mereka untuk hidup dengan selamat melalui penyelesaian bersepadu dan intuitif yang melindungi keluarga mereka dan komuniti dengan keselamatan yang tepat pada masa yang tepat. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mcafee.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220120006089/en/

Hubungi

Colton Hightower:
Chightower@webershandwick.com

Sumber : McAfee Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.