|
|
Disember 17, 2024 -Selasa |
|
|
|
|
|
|
JIADING DI SHANGHAI MEMBERI TUMPUAN KEPADA SEL BAHAN API HIDROGEN DAN ICV, MENINGKATKAN INDUSTRI AUTOMOBIL
Monday 24/01/2022
AsiaNet 94111
Shanghai Hydrogen Propulsion Technology Co., Ltd.
SHANGHAI, 24 Jan., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
Daerah Jiading di Shanghai di timur China mengeluarkan dasar-dasar untuk menggalakkan pembangunan industri automobil yang menampilkan elektrifikasi, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian pada satu persidangan pada Rabu, dan satu pelan tindakan juga dikeluarkan untuk mempercepatkan pembangunan bagi kenderaan sel bahan api hidrogen, menurut Suruhanjaya Ekonomi Daerah Jiading. Melalui usaha dalam menaik taraf industri automobil mereka, Daerah Jiading telah membentuk satu asas industri yang kukuh dan rantaian industri yang dinamik.
Syarikat-syarikat terkemuka di dalam industri itu telah berkumpul di daerah itu untuk menggalakkan pembangunan industri automobil di dalam empat aspek utama iaitu elektrifikasi, automasi, sambungan rangkaian dan perkongsian. Ini termasuk SAIC Volkswagen, Volvo, NIO, Li Auto, Horizon Robotics, Shanghai Hydrogen Propulsion Technology, dsb.
Daerah Jiading juga telah memperoleh kelebihan utama di seluruh negara dari segi menyediakan kemudahan sokongan untuk industri automobil, dengan projek utama seperti satu-satunya zon perintis antarabangsa China untuk kenderaan elektrik, zon perintis pertama di China untuk kenderaan bersambung pintar (ICV) yang diluluskan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, stesen mengisi minyak hidrogen tetap yang pertama di China dengan rekod tempoh operasi selamat yang paling panjang, dsb.
Pada masa hadapan, daerah itu akan mengembangkan lagi kekuatan mereka di dalam industri automobil dengan membawa inovasi, perkhidmatan dan sumber mereka ke satu tahap yang lebih tinggi, berusaha untuk meningkatkan kecekapan global dan menjanakan lebih banyak teknologi dan piawaian baharu untuk industri itu. Sumber: Suruhanjaya Ekonomi Daerah Jiading Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=413060 Kapsyen: Shanghai Hydrogen Propulsion Technology Co., Ltd.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|