MAHE, Seychelles, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform pelaburan kripto BitMEX sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill Beller sebagai Ketua Perdagangan, berkuat kuasa 1 Januari. Bill bertanggungjawab untuk menerajui strategi perdagangan syarikat itu dan mengembangkan pasukan perdagangan BitMEX dan keupayaan mereka.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005650/en/Sebelum menyertai BitMEX, Bill adalah Pengarah Urusan di Greenville Advisory selama hampir lima tahun, di mana beliau telah membantu syarikat permulaan FinTech melancarkan platform pertukaran kripto dan memenuhi keperluan kawal selia yang berkembang. Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan - Ketua bagi Ekuiti untuk Sberbank CIB dan Pengarah Urusan, Ketua bagi Perdagangan Aliran Derivatif Ekuiti EEMEA di UniCredit. Beliau membawa pengalaman lebih satu dekad di dalam pengurusan risiko, membina infrastruktur perdagangan, dan menguruskan pelaburan ekuiti dan derivatif merentasi pasaran modal global.
Bill berkata: “BitMEX semakin pantas mencapai peringkat seterusnya di dalam transformasi mereka, dan ini masa yang sesuai bagi saya untuk menyertai kumpulan orang yang sangat dinamik dan berbakat ini. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan itu untuk meningkatkan ekosistem BitMEX dengan membangunkan strategi yang berkesan yang meningkatkan pengalaman perdagangan platform itu.”
Alexander Höptner, Ketua Pegawai Eksekutif BitMEX, berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill sebagai Ketua Perdagangan kami yang baharu. Rekod prestasi dan tahap kepakaran beliau adalah cemerlang, dan peringkat pembangunan kami yang seterusnya akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas beliau di dalam menyampaikan strategi pelaburan yang mantap.”
BitMEX sedang aktif dalam mengambil pekerja.
Klik di sini untuk meneroka peluang-peluang kerjaya yang terbuka di BitMEX.
***
Maklumat mengenai BitMEXBitMEX adalah sebuah platform perdagangan yang menawarkan kepada pengguna dengan akses kepada pasaran kewangan aset digital global. BitMEX dimiliki oleh HDR Global Trading Limited. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BitMEX, visi kami, pasukan yang semakin berkembang dan jalan ke hadapan, sila ikuti kami di
Twitter,
Telegram, dan di
Blog BitMEX. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi
press@bitmex.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005650/en/HubungiMediaJessica Lindeman
press@bitmex.com+852 5717 5579
Sumber : BitMEXTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA