Kerja kursus layan diri yang kaya dengan media daripada Akademi Fastly kini tersedia, memperkukuhkan sumber daya syarikat itu untuk kejayaan dan sokongan pengguna.SAN FRANCISCO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fastly, Inc. (NYSE: FSLY), sebuah penyedia rangkaian awan pinggir global paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran
Akademi Fastly mereka, sebuah pusat pembelajaran atas permintaan yang direka untuk membantu pelanggan mempertajamkan kemahiran mereka dan pemaju yang ingin tahu mencari maklumat lanjut mengenai produk dan platform mereka. Memandangkan tekanan terus meningkat untuk pasukan pemaju dan kejuruteraan yang dikekang oleh sumber yang ditugaskan untuk mencipta pengalaman baharu yang berinovatif dalam sebuah dunia yang mengutamakan digital, persekitaran pembelajaran layan diri Akademi Fastly yang cekap melengkapkan pasukan dengan suai tugas yang lebih pantas dan mengurangkan masa ke nilai ketika mereka membina, menjamin selamat dan menyampaikan laman web dan aplikasi yang lebih berkuasa.
“Di Guardian, pasukan kejuruteraan kami terus membina dan mengoptimumkan teknologi yang menyampaikan berita-berita penting dengan pantas dan pada skala untuk pembaca kami di seluruh dunia, dan Fastly adalah merupakan satu bahagian penting dalam penyelesaian kami,” kata David Furey, Pengurus Kanan Kejuruteraan di The Guardian. “Itulah sebabnya Akademi Fastly ialah sebuah sumber baharu yang menarik untuk pasukan kami. Dalam menghadapi permintaan yang lebih besar, jangkaan pengguna akhir yang lebih tinggi dan cabaran keselamatan yang semakin meningkat, kami kini boleh mengakses latihan mampu diri dan pelbagai peringkat pada produk dan perkhidmatan Fastly, memastikan pasukan kami boleh terus bergerak dengan pantas dan membayangkan semula pengalaman digital pada skala.”
Akademi Fastly termasuk latihan untuk semua peringkat pelajar, daripada orang yang baru mula belajar yang mencari pengetahuan asas tentang web, kepada pengamal lanjutan yang mencari penjelasan yang lebih mendalam mengenai fungsi platform merentasi barisan produk Menghantar, Menjamin Selamat dan Mengira Fastly. Sebagai tambahan terbaharu kepada ekosistem pendidikan Fastly – termasuk
dokumentasi teknikal dan
Hab Pemaju – kerja kursus Akademi itu adalah mampu diri, interaktif dan kaya dengan media, dengan semua latihan menampilkan gabungan video, teks dan imej.
“Akademi itu pada akhirnya adalah mengenai menyediakan pengguna untuk berjaya dengan platform Fastly, dan untuk membantu pelajar dari semua peringkat menjadi lebih biasa dengan teknologi yang membuka kunci kepada prestasi dan keselamatan yang lebih baik untuk pengalaman digital - tanpa memerlukan sebuah akaun pelanggan Fastly,” kata Kim Ogletree, Ketua Pegawai Pelanggan di Fastly. “Dengan memberikan pasukan akses kepada pelbagai peringkat kerja kursus, keupayaan untuk menetapkan kadens latihan mereka sendiri, dan satu pandangan ke dalam kemajuan akaun individu dan penyiapan kursus, organisasi boleh menyeragamkan latihan pada skala, membolehkan mereka untuk memanfaatkan penawaran Fastly dengan lebih baik untuk membina pengalaman digital yang pantas, terlibat, dan selamat.”
Mereka yang berminat untuk meneroka Akademi Fastly perlu membuat sebuah akaun Akademi dan tidak perlu menjadi pelanggan Fastly untuk mengakses kerja kursus. Baca catatan blog kami, “
Memperkenalkan Akademi Fastly: pembelajaran atas permintaan di hujung jari anda,” untuk petua tentang cara bagaimana untuk bermula dan butiran lanjut tentang kandungan latihan, atau e-mel
academy@fastly.com untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Maklumat mengenai FastlyFastly sedang meningkatkan pengalaman internet untuk memberi orang ramai dan organisasi lebih kawalan, kandungan yang lebih pantas dan aplikasi yang lebih dinamik. Dengan menggabungkan rangkaian awan pinggir global paling pantas di dunia dengan perisian yang berkuasa, Fastly membantu pelanggan membangun, menyampai dan mendapatkan penggunaan pengedaran moden dan pengalaman digital yang menarik. Pelanggan Fastly termasuk banyak syarikat paling terkemuka di dunia, termasuk Pinterest, The New York Times dan GitHub. Untuk maklumat lanjut mengenai misi dan produk kami, sila layari
https://www.fastly.com.
Sumber: Fastly, Inc.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220127005429/en/HubungiHubungan Pelabur:ir@fastly.comHubungan Media:press@fastly.comSumber : Fastly, Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA