ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MENGALU-ALUKAN KESATUAN TELEKOMUNIKASI ANTARABANGSA SEBAGAI RAKAN KONGSI PBB BAHARU DALAM MERAPATKAN JURANG JANTINA DIGITAL

Wednesday 09/02/2022



Table
 
​Doreen Bogdan-Martin, Pengarah bagi Biro Pembangunan Telekomunikasi di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) (Foto: Mary Kay Inc.)


Aktiviti akan Memberi Manfaat kepada Usahawan Wanita daripada Negara-negara Membangun dan Kurang Maju

NEW YORK & GENEVA, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu laporan McKinsey Global Institute yang penting mendapati bahawa $12 trilion boleh ditambah kepada KDNK global menjelang tahun 2025 jika wanita yang terabai di seluruh dunia diberikan akses kepada pendidikan kemahiran digital yang penting.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005293/en/

Jurang yang membimbangkan ini memaklumkan perkongsian terbaharu Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) dengan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), sebuah agensi khusus di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi. Bersama-sama, WEA dan ITU merancang untuk merapatkan jurang jantina digital.

Bersama-sama dengan sokongan Mary Kay, ITU dan WEA akan tidak lama lagi melengkapkan usahawan wanita di seluruh dunia dengan kemahiran digital yang diperlukan untuk pemerkasaan ekonomi mereka sendiri melalui satu program latihan kemahiran berkualiti tinggi. Sebagai tambahan kepada modul dalam talian, dan sebagai sokongan kepada WEA, ITU dan Mary Kay akan juga menyumbang kepada membina sebuah ekosistem pemerkasaan wanita melalui pelancaran satu Cabaran Inovasi tahunan.

“Kecelikan digital bukan sesuatu yang bagus untuk dimiliki lagi—ia adalah satu keperluan,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Adalah penting bagi wanita di negara membangun dan kurang maju untuk diberikan akses kepada latihan kemahiran digital yang berkualiti tinggi, dan sangat efektif agar mereka dapat bersaing bersama-sama dengan usahawan dari pasaran maju. Melalui usaha kami dengan WEA dan ITU, kami akan merealisasikan perkara itu.”

Jurang digital itu kekal luas di negara-negara membangun, di mana hanya 19% wanita menggunakan dan mendapat manfaat daripada internet¹. Ketidaksamaan ini telah didedahkan terutamanya melalui pandemik COVID-19. Ramai—jika tidak semua—usahawan telah terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dengan memindahkan perniagaan mereka secara dalam talian. Ringkasnya: bakal usahawan wanita di negara-negara membangun dan negara kurang maju (LDC) tidak boleh menjalankan perniagaan melainkan mereka mempunyai kemahiran digital yang diperlukan.

“ITU teruja untuk bekerjasama dengan Pemecut Keusahawanan Wanita untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia,” kata Doreen Bogdan-Martin, Pengarah bagi Biro Pembangunan Telekomunikasi di ITU. “Dengan bekerjasama untuk membina kemahiran digital dan sebuah persekitaran yang dibolehkan ICT di sekeliling usahawan ini, kami boleh membantu wanita mengambil tempat mereka sebagai pemimpin yang berkemahiran dan setara dalam memacukan pertumbuhan ekonomi.”

Inisiatif “Merapatkan Jurang Jantina Digital” itu, yang akan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, akan terdiri daripada:

· 17 modul dalam talian mengenai latihan Kemahiran Digital Am untuk wanita muda dan usahawan di negara-negara membangun dan negara kurang maju
· 8 modul dalam talian mengenai Kemahiran Digital untuk Usahawan Wanita dalam sektor Tekstil dan Pakaian
· 4 modul dalam talian mengenai Kemahiran Pengurusan untuk Usahawan Wanita dalam Teknologi
· 2-4 modul dalam talian untuk Kursus mengenai Keusahawanan Hijau dan Ekonomi
· 2-4 modul dalam talian untuk Kursus mengenai Keusahawanan Penjagaan dan Ekonomi
 
Projek itu tidak pernah berlaku dahulu dalam potensi jangkauan global mereka. Tumpuan bagi latihan itu—untuk menyediakan kemahiran digital transformatif jantina untuk usahawan wanita—akan juga menyumbang kepada memastikan masyarakat dan ekonomi yang inklusif melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ia akan membolehkan wanita daripada negara membangun dan LDC untuk mengakses sebuah kurikulum percuma dan berkualiti tinggi yang akan membawa mereka melalui satu perjalanan pembelajaran strategik daripada mengenal pasti diri sebagai seorang usahawan kepada memperoleh kemahiran digital yang diperlukan untuk meningkat maju dalam ekonomi digital itu.

Projek itu akan menyumbang kepada Pemecut Keusahawanan Wanita dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita untuk berkembang maju dan memajukan pertumbuhan yang inklusif dan mapan. Ia juga secara langsung menyumbang kepada pencapaian Agenda Pembangunan Mapan 2030, dan beberapa matlamat mereka, yang berkaitan dengan SDG 1 (kemiskinan), SDG 4 (pendidikan), SDG 5 (jantina) dan SDG 17 (perkongsian).

Maklumat mengenai Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang memacukan inovasi dalam ICT bersama-sama dengan 193 Negara Anggota dan menjadi keahlian di lebih 900 syarikat, universiti dan organisasi antarabangsa dan serantau. Ditubuhkan lebih 150 tahun yang lalu pada tahun 1865, ITU adalah badan antara kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan penggunaan global yang dikongsi bagi spektrum radio, menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam menetapkan orbit satelit, menambah baik infrastruktur komunikasi di negara-negara membangun, dan mewujudkan piawaian sedunia yang memupuk kelancaran perhubungan bagi pelbagai sistem komunikasi. Daripada rangkaian jalur lebar kepada teknologi tanpa wayar termaju, pengemudian aeronautik dan maritim, astronomi radio, oseanografi dan pemantauan bumi berasaskan satelit serta penumpuan telefon mudah alih tetap, Internet dan teknologi penyiaran, ITU komited untuk menghubungkan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itu.int.

Maklumat mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita
Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) adalah satu inisiatif pelbagai perkongsian mengenai keusahawanan wanita yang ditubuhkan semasa UNGA 74. Ia merangkumi enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Program Pembangunan PBB (UNDP), PBB Global Compact (UNGC),  Wanita PBB dan Mary Kay Inc. untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang tahun 2030.
 
Matlamat utama bagi inisiatif itu adalah untuk memaksimumkan kesan pembangunan oleh keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan untuk usahawan wanita di seluruh dunia. Pemecut itu memberi contoh kekuatan transformasi bagi satu pelbagai perkongsian dengan kekuatan yang unik untuk memanfaatkan potensi usahawan wanita.
 
Ketahui lebih lanjut di we-accelerate. Ikuti kami: Twitter (We_Accelerator), Instagram (@we_accelerator), Facebook (@womensentrepreneurshipaccelerator), LinkedIn (@womensentrepreneurshipaccelerator)

Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com.

¹ https://www.itu.int/itu-d/reports/statistics/2021/11/15/the-gender-digital-divide/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005293/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.