ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN IC PEMACU GET MOSFET BAHARU YANG AKAN MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN JEJAK PERANTI

Wednesday 09/02/2022



Table

Toshiba: satu IC pemacu get MOSFET baharu yang akan membantu untuk mengurangkan jejak peranti (Grafik: Business Wire)


- Siri TCK42xG menyokong sambungan belakang ke belakang MOSFET saluran N luaran -

KAWASAKI, Jepun, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah mengeluarkan “TCK421G” untuk talian kuasa 20V sebagai produk pertama dalam “Siri TCK42xG” mereka yang baharu bagi IC pemacu get MOSFET. Peranti di dalam siri itu dikhaskan untuk kawalan voltan get bagi sebuah MOSFET saluran N luaran, berdasarkan kepada voltan input, dan mempunyai satu fungsi sekatan voltan lampau. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005552/en/

TCK421G sesuai untuk mengkonfigurasikan litar pemultipleks kuasa atau litar suis beban yang dilengkapi dengan penyekatan arus balikan, yang digabungkan dengan satu sambungan belakang ke belakang bagi MOSFET saluran N luaran. Ia menggabungkan sebuah litar pam cas yang menyokong pelbagai voltan input, daripada 2.7V sehingga 28V, dan membekalkan voltan yang stabil kepada voltan sumber get bagi MOSFET luaran dengan operasinya yang terputus-putus. Ini membolehkan penukaran bagi arus besar.

Ditempatkan di dalam sebuah pakej WCSP6G[1], satu daripada yang paling kecil di dalam industri[2] itu, TCK421G merealisasikan pemasangan berketumpatan tinggi dalam peranti kecil, seperti peranti boleh pakai dan telefon pintar, sekali gus membantu mengurangkan jejak mereka.

Toshiba akan terus membangunkan Siri TCK42xG dan merancang untuk memperkenalkan enam versi kesemuanya. Sekatan voltan lampau Siri TCK42xG itu akan menyokong satu voltan input 5V hingga 24V. Dua jenis voltan keluaran get, 5.6V dan 10V, akan disediakan, untuk voltan sumber get berbeza di dalam MOSFET luaran. Sekatan voltan lampau dan voltan keluaran get boleh dipilih, mengikut peranti pengguna.

Nota:
[1] 1.2mm x 0.8mm
[2] Antara IC pemacu get MOSFET. Tinjauan Toshiba, setakat Februari 2022.

Penggunaan

  • Barang boleh pakai
  • Telefon pintar
  • Komputer buku, tablet
  • Peralatan penyimpanan, dsb.
Ciri-ciri bagi siri baharu itu
  • Tetapan voltan sumber get (5.6V, 10V) bergantung kepada voltan input dengan satu litar pam cas terbina dalam
  • Sekatan voltan lampau menyokong 5V hingga 24V
  • Arus MATI input rendah: IQ(OFF)= 0.5μA (maksimum) @VIN=5V, Ta= -40 hingga 85°C
Spesifikasi Utama

Table
 
Nota:
[3] Arus terminal kawalan (ICT) tidak disertakan.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TCK421G
Siri TCK42xG
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TCK421G

Pertanyaan Pelanggan
Bahagian Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami
 
* Nama Syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
 
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005552/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.