ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  UNIVERSITI PENGURUSAN SINGAPURA BEKERJASAMA DENGAN XED UNTUK MENAWARKAN PROGRAM INTERAKTIF LANGSUNG BAGI PEMIMPIN KANAN

Wednesday 09/02/2022



SINGAPURA, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Pengurusan Singapura (SMU) diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana penyelidikan yang bertaraf dunia dan pengajaran mereka yang terbilang. Ditubuhkan pada tahun 2000, misi SMU adalah untuk menjanakan penyelidikan termaju dengan impak global dan melahirkan pemimpin keusahawanan yang kreatif dan berasas luas untuk ekonomi berasaskan pengetahuan.

Tertanam di dalam teras keseluruhan untuk menjangka dan merapatkan keupayaan bagi masa depan, Pembangunan Eksekutif Universiti Pengurusan Singapura (SMU ExD) telah bekerjasama secara strategik dengan XED untuk menawarkan program eksekutif bagi  pemimpin kanan merentasi organisasi. 

“Cara terbaik untuk meramalkan masa depan adalah dengan mewujudkannya. Pemimpin di seluruh dunia kini berhadapan dengan sebuah dunia yang tidak dapat diramalkan dan ekonomi yang terdedah kepada perubahan dan transformasi. Kami perlu membuang banyak perkara yang telah dipelajari dan belajar semula untuk mengemudikan peraturan baharu bagi permainan itu. Bekerjasama dengan XED membolehkan perkara ini, kerana kami kini dapat memanfaatkan pakar-pakar fakulti kami untuk menyebarkan pengetahuan merentasi geografi,” kata Eddie Tritton (Pengarah Eksekutif ExD di Universiti Pengurusan Singapura).

Program kami yang akan datang: Program Eksekutif dalam Kepimpinan Digital (EPDL) telah direka bentuk sebagai satu perjalanan pembelajaran dalam talian selama 5 bulan yang unik dalam format dan fokus untuk memastikan peserta didedahkan kepada teras tonggak bagi peneraju dalam era digital dan boleh menggunakan pembelajaran itu kepada persekitaran kerja mereka. Ketahui lebih lanjut.

Sesi itu disampaikan secara LANGSUNG di kalangan kumpulan kecil antara 40 hingga 50 peserta untuk pengalaman pembelajaran yang berkesan. Peserta mempunyai pengalaman kerja purata selama 15 tahun dan berpangkalan di Hong Kong, Filipina, Singapura, India, UAE, Afrika Selatan, Nigeria dan seterusnya.

Kerjasama itu dengan beberapa universiti terkemuka dan institusi Liga Ivy telah mencetuskan minat dan menyaksikan kejayaan serta penyertaan yang hebat. John Kallelil (Pengasas, XED) mengulas, “Profil peserta kami menunjukkan satu gabungan unik di antara pemimpin kanan perniagaan. Daripada pengasas syarikat permulaan kepada profesional veteran dari C-suite, peserta kami menunjukkan minat yang mendalam di dalam meningkatkan kemahiran dan menyediakan diri mereka untuk era digital. Model yang terus berkembang dan disruptif itu memerlukan pembelajaran yang berterusan untuk menjadi sebahagian daripada budaya organisasi.”

XED sehingga kini telah melatih lebih daripada 10,000 pemimpin kanan dari PepsiCo, IBM, Adobe, John Deere, Bank of America, WNS, Meinhardt, Kerajaan Abu Dhabi, antara lain. Melangkah ke hadapan, XED merancang untuk memperkenalkan program baharu yang memberikan pemimpin kanan dengan akses yang lebih luas kepada universiti global, pendidikan berkualiti dan pembelajaran tersuai.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220208005679/en/


Hubungi

John Kallelil | john@xedinstitute.org
https://xedinstitute.org/

Sumber : XED

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.