ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  NIELSENIQ: 60% DARIPADA PELANCARAN SEMULA PRODUK TIDAK MEMBUAHKAN HASIL

Thursday 10/02/2022



NielsenIQ BASES memperkenalkan satu produk baharu untuk membantu jenama kekal relevan.
BASES Renovator ialah satu penyelesaian berinovatif yang membantu jenama kekal mendahului pesaing mereka.

CHICAGO, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di seluruh dunia, lebih daripada 230,000 produk baharu dilancarkan setiap tahun, bagaimanapun, hanya 8% daripada pengguna komited dengan jenama semasa mereka, menurut penyelidikan NielsenIQ. Untuk kekal relevan dalam persekitaran persaingan ini yang sentiasa berubah, jenama-jenama perlu menyesuaikan diri atau menghadapi risiko untuk hilang bahagian pasaran mereka. Walau bagaimanapun, jika jenama-jenama menunggu terlalu lama untuk berkembang, ia mungkin sudah terlambat.

NielsenIQ sentiasa menginovasikan penawaran produk mereka bagi menyediakan kepada pelanggan dengan wawasan yang boleh diambil tindakan yang membolehkan mereka membuat keputusan yang cekap dan bermaklumat. Kami tahu bahawa 60% daripada pelancaran semula tidak pulih daripada arah aliran menurun mereka, justeru kami telah membangunkan satu penyelesaian baharu yang berinovatif yang akan menyediakan kepada jenama dengan analisis yang komprehensif dan wawasan yang lebih pantas untuk membantu mereka menyesuaikan produk sedia ada mereka kepada arah aliran pengguna dan faktor pasaran yang pelbagai.

BASES Renovator mengimbangi keperluan untuk menyesuaikan diri sambil mengukuhkan prestasi jenama melalui sebuah platform perisian interaktif dan pantas. Dengan menggunakan sebuah metodologi yang sedang menunggu kelulusan paten, BASES Renovator menggabungkan kedua-dua penilaian konteks kompetitif luaran dan dalaman. Wawasan yang terhasil memberikan satu gambaran yang jelas tentang cara membuat perubahan akan memberi kesan kepada kesejahteraan kewangan, interaksi yang kompetitif dan pandangan strategik bagi jenama itu pada masa hadapan. Selain itu, BASES Renovator mencapai hasil ini dalam separuh daripada masa yang diperlukan oleh penyelesaian tradisional yang lain.

“Ketibaan Renovator datang pada masa yang paling sesuai,” kata Joe Willke, Presiden bagi NielsenIQ BASES. “Faktor luaran telah memaksa banyak pelanggan kami untuk memberi tumpuan kepada penawaran teras mereka. Renovator adalah penyelesaian yang tepat bagi syarikat-syarikat yang ingin melabur dan berinovasi pada jenama sedia ada mereka. Wawasan kukuh yang diperolehi daripada penyelesaian ini akan menjadi penting untuk bersaing dengan jayanya untuk pembelian pengguna sambil mengukuhkan ekuiti jenama itu.”

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220209005150/en/

Hubungi

Alex Tekip
alexandra.tekip@nielseniq.com
+1 517-249-1588

Fernanda Paredes
fernanda.paredes@nielseniq.com
+1-917-291-1196

Sumber : NielsenIQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.