ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  MUZIUM NASIONAL BAGI SENI LUKIS MODEN, TOKYO MELANCARKAN PROGRAM PERBUALAN DALAM BAHASA INGGERIS "LET'S TALK ART! ONLINE,", MULAI FEBRUARI 2022

Thursday 10/02/2022

AsiaNet 94424

TOKYO, 10 Feb., 2022 /Kyodo JBN*AsiaNet/--

Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo (MOMAT) di Jepun telah melancarkan “Let's Talk Art! Online,” (“Mari Berbicara mengenai Seni Lukis! Dalam Talian”) sebuah program perbualan dalam talian dalam bahasa Inggeris, pada 2 Februari, 2022.
Permohonan diterima melalui Viator.
 
Tidak seperti lawatan berpandu di mana orang ramai hanya mendengar kepada penerangan tentang karya seni, “Let's Talk Art!” adalah satu program pengalaman di mana peserta berinteraksi di antara satu sama lain di bawah bimbingan seorang fasilitator, mendalami pemahaman mereka tentang karya seni dan budaya Jepun. MOMAT telah menjalankan program ini untuk pelawat muzium, tetapi sekarang memandangkan ia sukar untuk melancong ke Jepun, muzium itu telah melancarkan satu versi baharu dalam talian bagi program itu supaya orang ramai boleh turut serta dari mana sahaja di dunia.
 
MOMAT mempunyai satu koleksi besar yang memberi tumpuan kepada seni lukis Jepun dari awal abad ke-20 sehingga ke hari ini. Dalam program ini, peserta meluangkan masa selama 60 minit untuk menghargai tiga karya daripada koleksi muzium itu yang dipilih dengan teliti berdasarkan kepada satu tema tunggal (keseluruhan program itu mengambil masa 80 minit).
 
Program itu disyorkan bukan sahaja untuk pencinta seni lukis, tetapi juga bagi mereka yang ingin mendalami pemahaman mereka tentang budaya Jepun dan mereka yang berminat di dalam pertukaran silang budaya.
 
Foto
https://kyodonewsprwire.jp/release/202201316807?p=images
 
“LTA Maya! – Cahaya”
https://www.youtube.com/watch?v=qhSyDsrooOM
 
Maklumat balas daripada peserta
“Saya amat terhibur! Cara saya melihat seni lukis itu telah berubah. Saya tidak sabar untuk pergi ke muzium itu.”
“Saya sangat seronok dengan peluang itu untuk mendengar perspektif orang lain daripada seluruh dunia mengenai karya seni yang berbeza. Saya sungguh-sungguh menikmatinya. Terima kasih!”
 
Panduan
Tarikh & Masa: 10:30-11:50 pagi pada Rabu atau Sabtu (JST/GMT+9:00)
Tempat: Program akan dijalankan secara dalam talian menggunakan Zoom.
Bahasa: Inggeris
Untuk: Umur 12 tahun ke atas
Kapasiti: Sehingga 6 peserta dalam setiap sesi. *Tempahan diperlukan.
Yuran: JPY1,000
Laman web: https://www.momat.go.jp/english/am/learn/lets-talk-art/
 
Maklumat mengenai Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo
Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo (MOMAT) adalah muzium seni lukis nasional yang pertama di Jepun. Ia terletak menyeberangi Istana Diraja. Muzium itu adalah tempat kepada satu daripada koleksi seni lukis terbesar Jepun, termasuk karya agung yang tidak terkira banyaknya, sejak awal abad ke-20 sehingga ke hari ini, oleh artis Jepun dan asing.
Laman web: https://www.momat.go.jp/english/
 
Sumber: Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.