ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN MENGENAI HARI ANTARABANGSA WANITA DAN GADIS DALAM SAINS 2022 OLEH LUCY GILDEA, KETUA PEGAWAI INOVASI DI MARY KAY INC.

Monday 14/02/2022



Table

Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)
 

DALLAS, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah ini adalah satu kenyataan oleh Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc., bersempena dengan Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220211005050/en/

Dalam satu kajian penting yang dijalankan di antara 1966 dan 1977, hampir 5,000 orang kanak-kanak telah diminta melukis seorang saintis. Daripada lukisan tersebut, hanya 0.6% menggambarkan saintis wanita. Kajian yang serupa, dan lebih terkini telah menunjukkan peningkatan, dengan 28% kanak-kanak zaman moden melukis saintis wanita apabila diberikan tugasan yang sama.

Ia adalah kemajuan. Tetapi kita belum lagi berada di sana.

Mary Kay Inc. membayangkan satu masa depan di mana lebih ramai saintis wanita wujud bukan sahaja di atas kertas, tetapi di dalam dunia nyata. Itulah sebabnya, pada Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains ini, kami menggesa semua kerajaan, institusi pendidikan dan rakan sejawat kami di dalam sektor swasta untuk melabur di dalam, menggalakkan dan menyokong lebih ramai wanita dan gadis di dalam pendidian STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Lebih ramai gadis dalam pendidikan STEM membawa kepada satu peningkatan dalam wanita yang menerima kerjaya STEM. Seterusnya, ini menyediakan akses kepada lebih banyak peluang yang sama rata bagi wanita, mengecilkan jurang gaji jantina, meningkatkan ekonomi dan menghapuskan berat sebelah dalam bidang saintifik.

Itulah sebabnya Mary Kay menyokong pelajar minoriti di dalam pengajian STEM dengan melabur berjuta-juta dolar di dalam projek seperti Akademi bagi Sains Pemasaran, Persatuan Dermatologi Penyiasatan dan Biasiswa Madam C.J. Walker.

Itulah sebabnya setiap tahun, Yayasan Mary Kay AshSM menyokong pembangunan saintis wanita dengan geran penyelidikan yang membantu dalam mencari penawar untuk kanser yang menjejaskan wanita secara khusus.

Setiap hari, melalui inovasi dan sains, wanita di seluruh dunia sedang menyelesaikan sebahagian daripada masalah kami yang paling kompleks — tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengiktiraf sumbangan mereka, memberi mereka satu suara dan meningkatkan perwakilan mereka di dalam bidang STEM.

Di masa hadapan, apabila kami meminta gadis muda untuk melukis seorang saintis, harapan saya ialah mereka akan melukis diri mereka sendiri.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Selama beberapa tahun kemudian impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara.

Selain melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan produk termaju, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka. Dengan menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa penderaan domestik yang terselamat, mencantikkan komuniti dan menggalakkan kanak-kanak mengikuti impian mereka, syarikat kami memastikan bahawa visi asal Mary Kay Ash terus bersinar sehingga ke hari ini. Ketahui lebih lanjut di MaryKayGlobal.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220211005050/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.