ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) BOOK CHARITY FOR NEEDY : 5,973 BUKU SUMBANGAN KELUARGA HASIL KEPADA PERPUSTAKAAN MINI PUSAT KOMUNITI MASYARAKAT KOTA ANGGERIK

Wednesday 16/02/2022



KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bagi menyemai minat dan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengumpul dan menyumbangkan sebanyak 5,973 bahan bacaan kepada Perpustakaan Mini Pusat Komuniti Masyarakat Kota Anggerik melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) yang diadakan pada hari ini.

Majlis Penyerahan Book Charity For Needy kepada YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik telah berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan Dewan Rujukan, Pusat Sumber Ibu Pejabat HASiL, Menara Hasil Cyberjaya. Sebanyak 5,973 bahan bacaan meliputi pelbagai kategori dan bidang termasuk Pengurusan, Rujukan Peperiksaan (UPSR, PT3, SPM, STPM, UPKK), Fiksyen Dewasa, Fiksyen Kanak-Kanak, Motivasi, Sukan, Agama Islam dan lain-lain telah disumbangkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik yang kemudiannya akan diserahkan kepada perpustakaan mini berkenaan.

Antara objektif utama Program CSR ini bertujuan untuk membantu menaik taraf pembangunan perpustakaan setempat dengan mempelbagaikan koleksi-koleksi bacaan di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma dan minat membaca dalam kalangan Keluarga HASiL.

Adalah diharapkan bahawa sumbangan HASiL ini sedikit sebanyak dapat membantu Pusat Komuniti Masyarakat Kota Anggerik dalam usaha mempelbagaikan koleksi bahan rujukan di Perpustakaan Mini yang akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memupuk amalan membaca. Program CSR ini juga merupakan siri Kempen Jom Derma Buku yang telah dimulakan sejak April 2019 oleh HASiL dan akan diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara bagi membantu komuniti yang memerlukan dalam kalangan masyarakat. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 16 Februari 2022

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.