ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN GROUP OF NATIONS MENGUMUMKAN PAKATAN PERNIAGAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN UNTUK PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

Tuesday 22/02/2022

AsiaNet 94603

YOKOHAMA, Jepun, 22 Feb., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

- Memperkenalkan Halaman Eksklusif UNIPLAT pada Platform Penerbitan Group of Nations -

UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia untuk penyelidik dan usahawan yang telah dibuka sejak September 2021, dan Group of Nations, penerbit berdaftar paling lama bagi sidang kemuncak global (sidang kemuncak G7, G20, B20, W20, G20 YEA, dan APEC), mengumumkan satu pakatan perniagaan pada 22 Februari dengan melancarkan halaman eksklusif UNIPLAT di dalam platform penerbitan Group of Nations. Halaman eksklusif UNIPLAT itu dipaparkan untuk memperkenalkan penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia bukan sahaja kepada universiti atau syarikat tetapi juga kepada kerajaan dan institusi kerajaan bagi negara-negara anggota sidang kemuncak global itu.
(*) Berdasarkan pada hasil carian Google.

Platform penerbitan Group of Nations: https://www.groupofnations.com/
Muka depan Group of Nations:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI2fl_m536V3u2.png


Prebiu bagi halaman eksklusif UNIPLAT di dalam platform penerbitan Group of Nations
(Imej daripada tapak pembangunan):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI1fl_rHRJ1F3E.png


Halaman eksklusif UNIPLAT itu adalah seperti satu peluang untuk melihat muka depan laman web UNIPLAT. Pelawat boleh melihat lakaran kecil itu dan perihal kandungan yang dimuat naik di UNIPLAT, kedudukan penyelidik bulanan dan syarikat yang sedang mengambil bahagian di UNIPLAT. Dengan purata 4 juta paparan halaman dari 64 buah negara bagi setiap laporan sidang kemuncak yang diterbitkan pada platform penerbitan Group of Nations, halaman eksklusif UNIPLAT itu akan dapat mempamerkan secara terbuka banyak penyelidikan dan hasil kajian yang mungkin kurang terdedah kepada dunia.

“Kami sentiasa mempunyai visi untuk mempamerkan hasil kerja kami dan membantu mendidik serta menyokong usahawan, komuniti perniagaan dan pemimpin kerajaan dari seluruh dunia. Dalam usaha kami mengejar kecemerlangan berterusan, kami amat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah organisasi yang mempunyai matlamat, nilai dan visi yang sama yang dimiliki oleh Group of Nations. Sebagai platform dalam talian (*) yang pertama di dunia untuk penyelidik dan usahawan, UNIPLAT adalah satu pengubah keadaan dan merupakan platform yang ideal untuk Group of Nations untuk terus mendapat pendedahan selanjutnya. Oleh itu, kami gembira kerana telah memutuskan untuk membentuk satu pakatan perniagaan dengan mereka. Kami percaya bahawa kerjasama itu di antara Group of Nations dan UNIPLAT akan membolehkan pelanggan kami, kebanyakannya adalah merupakan perbadanan utama dan kerajaan, untuk menyokong ramai usahawan dan penyelidik di seluruh dunia dan bantu mereka merealisasikan impian mereka,” kata Christopher Atkins, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Group of Nations.
(*) Berdasarkan pada hasil carian Google.

“Kami amat berterima kasih kepada Group of Nations untuk pakatan perniagaan yang hebat ini. Dengan pakatan ini, kami amat percaya bahawa kami boleh mencipta nilai yang hebat untuk menyediakan sebuah tempat dan ekosistem yang adil di mana usahawan dan penyelidik boleh memainkan satu peranan aktif pada sebuah skala di seluruh dunia. Perkongsian itu di antara UNIPLAT dan Group of Nations adalah mengenai penjelmaan kehidupan bagi SDG yang bukan sahaja menyokong mereka tetapi juga menyelamatkan dunia daripada pelbagai krisis seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19. Terima kasih kepada sokongan Group of Nations, kami berharap dapat membina sebuah ekosistem yang lebih berkesan sebagai satu cabaran yang belum pernah berlaku di dunia,” kata Takahisa Karita, pengasas bersama, Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi bagi Unify Platform AG, syarikat pengurusan bagi UNIPLAT.

Maklumat mengenai UNIPLAT

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI3fl_4IEZU22s.jpg


UNIPLAT adalah platform dalam talian (*) yang pertama di dunia yang khusus untuk penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia untuk berkongsi idea dan projek penyelidikan mereka serta mendapat sokongan daripada individu atau institusi. Dibangunkan dan diuruskan oleh Unify Platform AG (https://unify21.com/) yang berpangkalan di Switzerland, misi UNIPLAT adalah untuk mempercepatkan kejayaan SDG.
(*) Berdasarkan pada hasil carian Google.
Muka depan UNIPLAT: https://www.uniplat.social/

Maklumat mengenai Group of Nations

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI4fl_6R35Rj2E.jpg


Group of Nations, yang mempunyai pengalaman selama 26 tahun bekerja dengan sidang kemuncak global G7, G20, B20 dan APEC, berurusan dengan maklumat makro tentang arah aliran global bagi kerajaan dan perbadanan besar. Sebagai rakan kongsi penerbitan paling lama bagi sidang kemuncak yang dinyatakan di atas, Group of Nations telah membina satu reputasi yang tiada tandingan untuk menghasilkan dan mengedarkan kedua-dua penerbitan bercetak dan digital dan acara yang merapatkan jurang di antara dasar kerajaan dan komuniti perniagaan global.
Halaman pengenalan Group of Nations: https://www.groupofnations.com/about

Sumber: Unify Platform AG

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.