ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SYARIKAT PERMULAAN PEMANTAUAN WEB TERTUTUP DAN JENAYAH SIBER CYBLE MENGUMUMKAN AS $10 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI A

Wednesday 23/02/2022



Table
Pengasas bersama Cyble, Beenu Arora (kanan) and Manish Chachada (kiri) (Foto: Business Wire) 
 
ATLANTA & MELBOURNE, Australia, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perisikan siber yang dikuasakan oleh AI Cyble hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan satu pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS $10 juta yang diketuai oleh Blackbird, dengan penyertaan berterusan daripada Spider Capital, January Capital, Cendana Capital dan VentureSouq. Dana itu akan diperuntukkan untuk mengembangkan pelan hala tuju produk Cyble, membolehkan penembusan yang lebih mendalam ke dalam pasaran sedia ada & baharu, dan memperkukuhkan keupayaan Makmal Penyelidikan Cyble (CRL). 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220215006151/en/ 
 
Diasaskan oleh Beenu Arora dan Manish Chachada pada 2019, Cyble terus menerus memantau data web tertutup dan web terbuka dalam masa nyata merentasi sumber terbuka dan tertutup untuk memeta, memantau dan mengurangkan jejak risiko digital syarikat-syarikat. Hari ini, Cyble hadir di enam buah negara dan telah meningkat tiga kali ganda dalam perniagaan tahun demi tahun.

Berita mengenai pembiayaan Siri A itu menandakan hampir satu tahun sejak pusingan pendanaan modal benih permulaan Cyble. Pada April 2021, Cyble mengumumkan ia telah mengumpul $4 juta yang diketuai oleh Blackbird dan Spider Capital, dengan penyertaan daripada Picus Capital dan Cathexis Ventures. Sejak itu, syarikat tersebut telah membina satu asas yang kukuh melalui pertumbuhan yang mapan, mengembangkan penawaran pelanggan mereka dengan pemantauan web tertutup, jenama dan serangan terbuka, mengembangkan pangkalan pelanggan mereka merentasi 6 buah negara dan meningkatkan bilangan pekerja mereka daripada 25 kepada 80 orang.

“Cyble bermula dengan satu matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mendemokrasikan kebolehlihatan ke dalam web tertutup dan memperkasakan organisasi untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan mereka dan seterusnya memastikan daya ketahanan terhadap serangan siber yang berniat jahat,” kata Manish Chachada, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi bagi Cyble. “Kami sangat teruja untuk menerima sokongan daripada pelabur kami untuk terus melaksanakan visi Cyble, dan berbesar hati bahawa Cyble diiktiraf sebagai satu suara utama di dalam keselamatan siber dan sebuah rakan yang dipercayai yang membolehkan perniagaan untuk memajukan Strategi Perlindungan Risiko Digital mereka.”

Minsoo Chi dari Spider Capital menyatakan: “Kami kagum dengan Beenu dan Manish dan dengan seluruh pasukan Cyble di atas pelaksanaan mereka ke arah menyediakan organisasi dengan kebolehlihatan masa nyata ke dalam web tertutup. Kami sangat teruja untuk terus menyokong mereka di dalam visi mereka untuk mendemokrasikan perlindungan risiko digital.”

Tom Humphrey dari Blackbird menyatakan: “Dalam masa kurang daripada 12 bulan, pertumbuhan yang telah dicapai oleh Cyble adalah sesuatu yang menakjubkan. Beenu, Manish dan pasukan mereka telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pelan hala tuju produk dan pengembangan global, dan jelas sekali mereka baharu sahaja bermula. Cyble sedang menyelesaikan satu masalah besar dan menyakitkan untuk perniagaan di seluruh dunia dan kami berbangga untuk terus menyokong cita-cita mereka.”

Di samping tumpuan berterusan mereka untuk meminimum dan menguruskan risiko siber untuk pelanggan mereka, Cyble baru-baru ini telah memperkenalkan satu Agensi Penguatkuasaan Undang-undang (LEA) dan penyelesaian khusus perisikan ancaman pertahanan, Cyble Hawk untuk membantu penguatkuasa undang-undang dan agensi kerajaan dalam memerangi risiko siber yang mempunyai kesan yang merumitkan di peringkat nasional dan geopolitik.

“Pusingan pembiayaan Siri A itu ialah satu peristiwa penting bagi syarikat kami yang sedang berkembang pesat, dan pengesahan bagi kemunculan Cyble sebagai sebuah perintis dan peneraju pemikiran di dalam industri keselamatan maklumat. Kami teruja untuk menerima sokongan ini dan berhasrat untuk mengarahkan dana ini bagi memacukan keupayaan penyelidikan, pembangunan dan perisikan kami ke tahap yang lebih tinggi. Ia bukan satu rahsia lagi bahawa aktiviti jenayah siber yang dijalankan di web tertutup semakin meningkat dengan pesat, kami percaya bahawa risikan ancaman dan pemantauan web tertutup yang berterusan adalah penting bagi organisasi untuk mengenal pasti dan menguruskan pelanggaran data tepat pada masanya. Cyble komited untuk menyampaikan penyelesaian keselamatan siber yang komprehensif yang bergema dengan pangkalan pelanggan kami yang semakin meningkat,” kata Beenu Arora, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Cyble.

Maklumat mengenai Cyble:
Cyble adalah sebuah penyedia SaaS perisikan ancaman global yang membantu perusahaan melindungi diri mereka daripada jenayah siber dan pendedahan dalam web terbuka, web terkawal dan web tertutup. Tumpuan utama mereka adalah untuk menyediakan organisasi dengan kebolehlihatan masa nyata kepada jejak risiko digital mereka. Disokong oleh Blackbird Ventures, Xoogler dan Y Combinator sebagai sebahagian daripada kohort musim sejuk 2021, Cyble juga telah diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada 20 Syarikat Permulaan Keselamatan Siber Terbaik, bersama dengan beberapa pengiktirafan industri yang lain. Beribu pejabat di Georgia, Amerika Syarikat dan dengan mempunyai pejabat di Australia, Singapura dan India, Cyble mempunyai satu kehadiran global. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cyble, sila layari www.cyble.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220215006151/en/

Hubungi

Enquiries@Cyble.com
+1 678 379 3241

Sumber : Cyble

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.