SEOUL, Korea Selatan, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini,
PanFriends melancarkan permainan P2E rangkaian sosial ‘I LOVE Pandonia’ di Google Store dan iOS di seluruh dunia.
Perdagangan maritim, pertempuran dan rangkaian sosial di bandar raya romantik Venezia!‘I LOVE Pandonia’ adalah satu Permainan Rangkaian Sosial (SNG) dengan bandar raya Itali Venezia ditetapkan sebagai latar belakangnya di mana pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti percintaan, perdagangan, pembuatan produk dan pertempuran yang unik khusus kepada sebuah bandar raya maritim. Ia juga mempunyai grafik yang comel dan menawan.
Cipta Venezia milik pengguna sendiri dan menjadi bandar raya terbaik di dunia melalui perdagangan dan pengeluaran!Dalam ‘I LOVE Pandonia’, sesiapa sahaja boleh mencipta Venezia mereka sendiri dan memperdagangkan sumber yang diperoleh secara bebas melalui pengeluaran dan pertukaran produk dengan bandar raya lain. Bandar raya itu berkembang dengan pembangunan pengeluaran dan perdagangan, dan pertempuran yang berlaku semasa perdagangan juga memberikan beberapa jenis daya tarikan khusus kepada permainan itu.
Sebuah kapal yang cekap diperlukan untuk memudahkan perdagangan dan memenangi pertempuran di laut. Pengguna boleh membina sebuah kapal yang cekap atau menjadikan sebuah kapal yang sedia ada lebih kuat. Mempunyai sebuah kapal berprestasi tinggi dan pembuatan pantas bagi pelbagai produk di dalam sebuah bangunan pengeluaran yang besar dan baik memberi impak yang besar kepada pembangunan bandar raya itu.
Fungsi rangkaian sosial, mari bantu bandar raya rakan-rakan!‘I LOVE Pandonia’ mempunyai satu fungsi rangkaian sosial. Pengguna boleh berkawan di dalam permainan itu, melawat bandar raya rakan untuk membantu mereka berkembang dan menerima ganjaran istimewa.
P2E tidak konvensional, kumpulkan mPANDO.Semasa bermain ‘I LOVE Pandonia’, pengguna boleh memperoleh mPANDO dengan menyelesaikan pencarian harian, mencapai tahap tertentu dan mendapatkan gelaran bangsawan. mPANDO ialah syiling MainNet yang direka untuk digunakan bagi pelbagai aktiviti dalam permainan seperti ‘pembesaran pulau’, ‘pembelian kapal’, ‘naik taraf kedai’, dll. Memperoleh dan menggunakan banyak mPANDO akan memainkan satu peranan yang sangat penting di dalam mengembangkan Venezia pengguna sendiri.
Penyepaduan dompet dan fungsi pemancangan sedang dibangunkan, dan peta hala tuju untuk ‘I LOVE Pandonia’telah diumumkan melalui laman web itu.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai ‘I LOVE Pandonia’, sila layari komuniti sosial rasmi di bawah.
Pengenalan Permainan:
https://docs.google.com/presentation/d/1JWpvt47q6qyekaA8ux3TVpmmjlB6AbwU/edit?usp=sharing&ouid=114978448260739767873&rtpof=true&sd=trueLaman web rasmi:
www.ilovepandonia.ioTelegram:
https://t.me/ilovepandoniaDiscord:
https://discord.gg/7pYQU6wYU3Facebook:
https://www.facebook.com/ilovepandonia2022Twitter:
https://twitter.com/ILovePandoniaMedium:
https://medium.com/@ilovepandoniaGaleri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52584995/en HubungiBagi pihak PanFriends Inc.
ITOXI
Hye Ryeong Kwon
+82-2-6207-7112
pr@itoxi.co.krSumber : PanFriends Inc.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA